Tanpa Sabah/Sarawak, Malaya menjadi sebahagian Indonesia

Tuesday, 17 June 2014

Kita rakyat Negara Sabah dan Sarawak selalu dituduh tidak bersyukur kononnya 'jika tidak kerana Malaysia, Sabah dan Sarawak sudah masuk Indonesia'.. Tapi dokumen ini menceritakan sebaliknya.. Tanah Melayu mungkin sudah menjadi sebahagian Indonesia kalau tidak kerana Borneo Utara dan Sarawak... Jangan mudah lupa dan sombong!!

Sedangkan masyarakat dunia pun menggelar kerajaan Malaysia (UMNO) sebagai kerajaan pembohong dan putar belit hanya kerana satu insiden (kehilangan MH370), inikan pula rakyat Sabah dan Sarawak yang telah dijajah ekonomi, sosial, politik dan negaranya selama lebih 50 tahun..

Suara Nafiri Malaya sentiasa putar belit. Sabah Sarawak dan Kalimantan, satu kumpulan bangsa yang unik dan tidak ada persamaan dengan Sumatera dan Jawa. Malaya memang ramai pendatang dari Sumatera. Pada masa British, jelas bahawa penduduk Sabah dan Sarawak bersaudara juga dengan Kalimantan, terdiri daripada pelbagai etnik. 

Malaya pula mempunyai penduduk asal tersendiri, tetapi ditenggelami pendatang terutama dari Sumatera, pekerja lombong dari China dan pekerja ladang dari India. Ketepikan terlebih dahulu zaman British, tiga kumpulan ini saling bersaing antara satu dengan yang lain untuk berkuasa ke atas Malaya. Penduduk asal mungkin semakin terpinggir di Malaya.

Sabah dan Sarawak perlu berganding bahu mengelakkan kemaraan luar biasa dari Malaya dalam pelbagai peringkat, sudut dan scope. Perhatikan hartanah semakin dikuasai oleh para pendatang, sementara orang-orang asal semakin kehilangan akibat ekonomi yang tersangat miskin disebabkan penjajahan lebih 50 tahun. Segala hasil Sabah digunakan untuk membangun Malaya. Sabah mungkin sengaja diperlakukan demikian demi mengelak rakyat Sabah membangun dan berdikari.

Remaung Emond Bukan SAS dan Sarawak Ranger yang support pertahanan di sana pada masa tu ka? Boleh baca buku Kanang, bagaimana Sarawak Ranger membantu Malaya pada masa tu

Jonathan Fabian Statement dari malaya yang sudah basi tetapi masih juga dijaja. Kalau tidak kerans SS silap2 malaya sudah di ambil siam menjadi semenanjung siam.

Harry V. Wijeh Inilah yg dinamakn propaganda malaya...dan akhirnya diterima sbg kebenaran bg mereka yg x mau belajar sejarah sebenar tentang malaya


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.