Contoh manusia cacat pemikiran kerana menjadi badut UMNO

Friday, 20 June 2014

Tanpa kerajaan pusat (umno), Brunei dan Singapura kini menjadi antara "NEGARA" terkaya dunia.. sebaliknya, dibawah kerajaan pusat (umno), Sabah dan Sarawak kini menjadi "NEGERI" termiskin dan termundur walaupun hasil buminya jauh lebih kaya dari Brunei dan Singapura..

Kononnya jika bukan kerajaan pusat yang membantu, Sabah mungkin mundur.. Apakah saudara Ali Hussein melihat Sabah antara negeri termaju di Malaysia?? Bank Dunia sudah mengiktiraf Sabah sebagai negeri termiskin dibawah kerajaan pusat (UMNO).. Dan kini menjadi negeri paling tidak selamat dikunjungi pelancong mahupun orang awam..

Apa untungnya Sabah menyertai Persekutuan Malaysia dan apa untungnya Sabah dijajah oleh kerajaan UMNO jika selepas 50 tahun masih dibelenggu kemiskinan, kemunduran, kebanjiran warga asing tanpa izin, kebanjiran warga projek IC, pengangguran, kos sara hidup tertinggi di Malaysia, gaji minimum paling minimum di Malaysia, rampasan tanah NCR, orang asal dituduh ancaman dan penceroboh, kekayaan Sabah diangkut ke Malaya dan sebagainya..?

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.