Ibrahim Ali sebagai Presiden Perkasa menjadi jahil, rasis dan biadap apabila tewas pada pilihanraya umum ke 13 lalu di parlimen Pasir Mas Kelantan..
KOTA BELUD: Sejak akhir-akhir ini ramai kaum Cina, India, Bumiputera (Kadazan-Dusun dan Murut kalau di Sabah) Iban, Bidayu Melanau, Dayak dan sebagainya (kalau di Sarawak) dan termasuk juga 60% masyarakat Melayu ternyata menolak Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali.
Saya sempat bertanya beberapa orang sama ada dari kaum Cina, India dan bumiputera Islam dan bukan Islam serta banyak NGO di negara ini termasuk di Sabah hanya satu saja badan NGO iaitu Perkasa kamu tolak apa alasan dan apa sebabnya yang menjadikan kamu terlalu benci dengan Perkasa termasuk sekali Presidennya.
Apa jawab mereka, Perkasa 20 tahun yang dulu tidak sama Perkasa pada hari ini. Perkasa dulu bukan juga terlalu baik ataupun digelar jahil tetap mempunyai kesedarhanaan dalam perjuangan dan mempunyai landas-landasan tertentu tidak keterlaluan atau yang disebut rasis.
Timbulnya sikap jahil Ibrahim sebagai Presiden Perkasa apabila beliau tewas pada pilihanraya umum ke 13 lalu (PRU-13) di parlimen Pasir Mas Kelantan.
Ekoran daripada kekalahannya sikap Ibrahim jadi ganas, mulutnya jadi bacul daya pemikirannya jadi sempit sesempit liang lahat suka mengeluarkan kenyataan atau sentimen yang berbaur hasutan menyinggung perasaan orang lain suka menyentuh bangsa dan agama orang lain.
Apabila Ibrahim membuat perkara yang boleh mencetuskan huru hara dan boleh menimbulkan satu pergaduhan besar antara kaum A kaum B dan kaum C, dan tiada sesiapa yang mahu membuat teguran terhadap kelakuan yang mereka anggap biadap atau kurang ajar tambahan pula pihak kerajaan khususnya pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan walaupun perbuatan Ibrahim boleh mengancam keselamatan negara, disinilah mulanya masyarakat terus menganggap bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Ibrahim telah didalangi oleh orang-orang tertentu atau badan-badan politik tersebut.
Pelbagai persepsi atau tanggapan negatif bermain diminda masyarakat ekoran daripada sikap Ibrahim jadi angkuh, sombong, temberang, ego dan naik tocang sebab apa yang dilakukannya tiada sesiapa dalam negara ini berani menegur. Dalam erti kata lain Ibrahim kebal dengan undang-undang.
Contohnya apabila Ibrahim guna nama Perkasa menyuruh pengikutnya atau kuncu-kuncunya membakar gereja gara-gara marah di mana Kristian mengunakan kalimah Allah; mujurlah juga ahli-ahlinya itu masih berfikiran waras dan tidak jadi membakar gereja. Sendainya ini terjadi, bukankah ianya akan menimbulkan kekacauan dan rusuhan kaum di negara sendiri?
Niat Ibrahim dan Perkasa tidak kesampaian untuk membakar gereja tetapi pula berjaya membakar patung paderi dan bible. Inipun main biar saja tiada tindakan diambil.
Rentetan daripada perbuatan jahil ala setan ini Ibrahim dan Perkasa terus mendapat kutukan bertubi-tubi daripada pelbagai masyarakat kerana perbuatannya benar-benar menjadi kemarahan masyarakat majmuk di negara ini yang cintakan kedamaian dan kemakmuran.
Antaranya suka memaki hamun bangsa Cina dan India dan anti pula kepada para penganut Kristian. Inilah agenda sebenar Perkasa dan Ibrahim, kita tidak nampak apa impak dalam perjuangan Perkasa konon mahu membantu orang-orang Melayu dalam pelbagai sudut aspek. Apa kekuatan Perkasa adakah Perkasa kental dan mempunyai sumber kewangan (dana) yang kukuh
Kalau sekadar terpekik terlolong melalak macam anjing menyalak bukit ini adalah peranan utama Perkasa.
Bila dilihat dari kacamata ajaib orang-orang yang menjadi ahli atau pemimpin sama ada diperingkat parlimen, sebenarnya kebanyakan orang-orang yang telah kecewa dalam arena politik sama ada mereka disingkir daripada Umno, PAS dan PKR, menjadi ahli Perkasa adalah tempat sandaran untuk menumpang mempopularkan diri masing-masing di mata awam.
Dicadangkan para pemimpin politik di negara ini tidak kira daripada kerajaan BN kerajaan Pakatan tegur-tegurlah sedikit perangai yang tidak senonoh Presiden Perkasa itu bukan main biar begitu saja. Itulah dia semakin menjadi-jadi besar kepala dalam hatinya apa aku peduli apa yang aku buat selama ini baik Umno kah PKR kah dan PAS main tutup mata saja tiada sesiapa yang menegur aku.
Sampai bila masyarakat terus membenci Perkasa mungkin tunggu Ibrahim turun dari takta kerusi Presiden Perkasa baru orang pandang semula perjuangan Perkasa yang sebenarnya bukan mencerca memaki hamun atau menghasut.
Carilah pemimpin Perkasa orang yang sedarhana sikapnya ada pengaruh disukai oleh semua bangsa tidak kira siapa mereka jangan rasis macam Ibrahim, Insya Allah Perkasa akan jadi Perkasa 20 tahun yang dulu. Kalau mahu benar-benar memperjuangkan hak bangsa Melayu dalam pelbagai sudut aspek, saya yakin bila ada perubahan dalam system dan arus pentadbiran yang jitu ramai masyarakat akan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.