Bung Mokhtar gelar kaum Indian dilahirkan untuk jadi perompak!

Wednesday, 11 June 2014

Yang terkenal dengan sikap boros, rasuah, penyamun, pengkhianat, penipu, rasis.. tu siapa pula?? bukan UMNO??.. Memang spesis UMNO celaka la si Bung Mokhtar ni.. harap bini saja cantik, tapi dia dari luaran sampai dalaman semua nampak hodoh dan bodoh..

Jika masyarakat India tidak dilantik ahli parlimen, mereka akan memilih menjadi penjenayah! Ini satu kenyataan yang benar-benar menghina kaum India di Malaysia.

Dan kata-kata penghinaan ini dihamburkan ahli parlimen Umno bagi Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar ketika perdebatan di Parlimen.

Bung tidak ditegur Speaker dan penghinaa tersebut dianggap “kenyataan yang sah”! Kaum India di Malaysia dilahirkan untuk merompak!

Nah! Itulah yang difikirkan Barisan Nasional pimpinan Umno tentang masyarakat India. Hey! Rakyat Malaysia masih juga mahu mengundi BN dan tidak perlu merungut.

Anda mendapat kerajaan yang anda mahukan. Anda memang layak mendapat layanan sebegitu.

Di dalam klip video Malaysiakini bagi perdebatan di Parlimen, Bung dan ahli parlimen Kapar G Manivannan (PKR) telah bertegang leher ketika kenyataan tersebut diutarakan.

Bung berkata: “Jika anda bukan ahli parlimen, anda akan menjadi perompak!”

Adakah sikap rasis dari ahli parlimen Umno mengejutkan rakyat Malaysia?

Bilakah kata-kata penghinaan seperti itu akan terhenti?

Mungkin ia akan berterusan kerana pada pilihanraya umum, rakyat Malaysia akan tetap terpesona dengan janji manis BN. Pada pilihanraya kecil Teluk Intan yang lalu, sikap ini terbukti.

Dan jangan ingat Bung hanya mensasarkan kaum India. Semua rakyat Malaysia yang tidak menyokong Umno akan dijadikan sasaran.

Utusan Malaysia yang dimiliki Umno melalui kolumnis selebritinya Ridhuan Tee Abdullah kini memberitahu Umno agar tidak terlalu berterima kasih terhadap pengundi bukan Melayu.

Malaysiakini melaporkan Ridhuan berkata, walaupun undian dari masyarakat Cina dan India meningkat di Teluk Intan, parti pemerintah tidak perlu terlalu berterima kasih kepada mereka.

“Apapun alasan peningkatan undi di kalangan masyarakat Cina dan India, perhatian perlu diberikan terhadap pengundi Melayu beragama Islam.

“Jangan terlalu berterima kasih kepada orang lain sehingga lupakan bangsa sendiri,” kata Ridhuan melalui tulisan kolumnya.

Apa lagi yang hendak diharapkan daripada seseorang yang melupakan asal-usulnya sendiri, dan bersikap lebih Melayu dari orang Melayu itu?

Kerajaan BN pimpinan Umni membenarkan golongan taksub kaum dan agama ini menghamburkan kata-kata kesat. Sikap sebegini dijangka berterusan pada pilihanraya umum ke-14 nanti.

Dan politik perpecahan Umno dijangka tetap membawa kemenangan baginya.

1 comments:

  1. orang yang dah matang berpelajaran pun masih ....macam ni.....

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.