Pengundi BN kecewa tidak menerima bantuan PPRT

Monday, 2 June 2014

Sudah undi umno/BN baru mau komplen?? Terima sajalah hakikat bahawa dibawah kerajaan umno/BN, tiada istilah "pihak yang undi BN dapat keistimewaan".. Salahkan diri sendiri kerana terus memberikan kepercayaan kepada penyamun dan penipu untuk memerintah negara..

Salam Datuk Seri.. saya Asmadi b, salam, ini adalah gambar sebahagian rumah saya yg telah usang.. telah memohon bantuan membaikpulih mahupun pprt sejak tahun 2012 lagi namun sehingga kini tiada menerima apa2.. apa yg menghairankan ada penduduk kampung yg mempunyai rumah yg selesa dari saya dan baru memohon 1-2 bulan saja sudah menerima rumah pprt.. sedangkan secara lojiknya tiada keperluan mendesak sebenarnya utk menerima bantuan tersebut.ada juga yg pernah menerima rumah pprt sebelum ini, masih lagi boleh menerima rumah yg baru malahan di buat pula ditapak rumah pprt yg lama. samaada ini satu penyelewangan amanah kerajaan ataupun salah guna kuasa pemimpin2 yg mementingkan kroni sendiri dulu, hanya Allah maha mengetahui.utk info Datuk Seri, saya pengundi dan penyokong BN, saya bekerja kampung, berpendapatan sekitar rm250 - rm300 sebulan, menyara isteri dan 3 org anak. tidak berkemampuan utk menyediakan rumah yg selesa utk keluarga.. lokasi adalah di kg. angitan, bambangan, membakut. Dlm parlimen Kimanis.. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.