Ingat jasa UMNO! Kerana UMNO telah..

Friday 27 June 2014

Ingat jasa UMNO! Kerana UMNO telah..

1. Menjajah Sabah selama 50 tahun.

2. Merompak minyak petroleum/ gas Sabah sebanyak 95% setiap tahun.

3. Merompak hutan simpan, tanah-tanah kampung dan tanah-tanah NCR milik penduduk asal Sabah melalui syarikat-syarikat kapitalis Malaya.

4. Merompak kayu balak.

5. Merompak tembaga.

6. Merompak hasil-hasil cukai Sabah.

7. Menternak dan meningkatkan populasi Warga Asing/PTI di Sabah sehingga melebihi 1.72 juta. 

8. Membuat Projek IC, Projek Pengundi Hantu, Projek Pengundi Pos, Projek Kewarganegaraan Songsang dan Projek Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya.

9. Memungkiri dan tidak melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, Perjanjian 20 Perkara (Sabah) dan Perjanjian 18 Perkara (Sarawak).

10. Menurunkan taraf/ status Sabah dan Sarawak daripada ‘Negara Sabah’ dan ‘Negara Sarawak’ kepada ‘Negeri Sabah’ dan ‘Negeri Sarawak’.

11. Menurunkan taraf/ kuasa ‘Yang Dipertua Negara Sabah’ kepada ‘Yang Dipertua Negeri Sabah’.

12. Menukarkan sistem kerajaan daripada Sistem Kerajaan Persekutuan kepada Sistem Kerajaan Kesatuan (Unitary State), di mana hampir semua kuasa diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat (Malaya), dan mencabuli hak dan kuasa autonomi 2 lagi ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’ yang lain, iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.

13. Merompak/Memansuhkan kuasa eksekutif Ketua Menteri Sabah.

14. Meminda/ memansuhkan 5 Undang-Undang Sabah berkaitan Kuasa Eksekutif Ketua Menteri Sabah, Perlombongan, Yayasan Sabah, Tanah dan Hutan pada tahun 1994. 

15. Merampas kuasa kerajaan PBS melalui taktik divide and rule, iaitu melalui Projek IC, Projek Penggiliran Jawatan Ketua Menteri Sabah Setiap Dua Tahun, Projek Membeli Pengundi, Projek Menyewa Pengundi dan Projek Membeli ADUN-ADUN PBS yang telah menang pada Pilihanraya 1994.

16. Membubarkan parti USNO bagi memboleh UMNO bertapak di Sabah.

17. Memecah belahkan pemimpin dan rakyat Sabah (divide and rule) melalui penubuhan parti-parti politik serpihan/ proksi UMNO seperti AKAR (Datuk Mark Koding), SAPP (Yong Teck Lee), PDS/ UPKO (Bernard Dompok), PBRS (Joseph Kurup); dan sekarang PPS (Lajim), APS (Wilfred Bumburing).

18. Merompak hak-hak dan bidang kuasa Agensi-Agensi Kerajaan Negara Sabah seperti LKTNS, Jabatan Pertanian, LIGS dan lain-lain dengan membawa masuk Agensi-Agensi Persekutuan (Malaya) ke Sabah seperti FELCRA, FELDA, RISDA, etc., tetapi tidak melaksanakan ‘Borneonisasi’.

19. Memonopoli agihan kerusi Parlimen/ Kerusi DUN Sabah, di mana Malaya membolot 166 kerusi Parlimen, sementara Sabah hanya 25 dan Sarawak 31. Ini mewujudkan ketidakseimbangan kuasa politik dan membawa implikasi ketidakstabilan politik, ekonomi, pelaburan dan menjejaskan integrasi dan perpaduan. 

20. Menjadikan pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah sebagai kuda tunggangan dan kambing hitam Malaya.

21. Melaksanakan dasar kabotaj (Carbotage Policy) yang merugikan dan membawa impak negatif kepada pembangunan, pelaburan, kadar harga barang keperluan harian, kos bahan api, kos pengangkutan, pengangguran, inflasi dan kos sara hidup rakyat Sabah dan Sarawak.

22. Memiskinkan dan memundurkan Sabah sehingga ketinggalan 30 tahun di belakang Malaya/ Singapura/ Brunei dalam arus pembangunan.

23. Merampas hak perjawatan dan perkhidmatan rakyat Sabahan dengan memonopoli 46 jawatan Ketua Jabatan daripada 51 Jabatan di Sabah. Ini melanggar dan bertentangan dengan konsep ‘Borneonisasi’ dalam Perkara 8, Perjanjian 20 Perkara.

Anda adalah sebahagian daripada punca kuasa yang membentuk pemimpin, kerajaan, dasar dan sistem. Pemimpin dan kerajaan adalah dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Hak dan kuasa untuk menentukan semua ini ada di tangan anda. Justeru, gunalah hak dan kuasa itu dengan bijak untuk menentukan kehidupan anda dan generasi anda yang akan datang! - Tulun Sabah

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.