S’bah dan S’wak perlu bersatu dalam menuntut royalti

Monday 9 June 2014

“Jika kerajaan persekutuan dan Petronas tidak mendengar pandangan rakyat Borneo mengenai isu royalti dan hak pemilikan, penggubal undang-undang perlu menyuarakan bahawa mereka perlu ‘meninggalkan’ BN.. Malah jika perlu, keluar dari Persekutuan Malaysia yang mana merupakan permintaan majoriti penduduk Borneo..

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak perlu bersatu dalam menuntut kenaikan royalti minyak dan gas.

Ketua STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pemimpin Borneo perlu bersatu dalam menuntut kenaikan royalti yang lebih tinggi.

“Pemimpin negeri pengeluar minyak terutama Sabah dan Sarawak perlu mempercepatkan tindakan mereka dan bertindak sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan permintaan ke atas royalti minyak yang lebih tinggi,” katanya ketika mengulas usul parlimen yang dibentangkan oleh ahli parlimen Kuching dari DAP untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus dari lima peratus.

Penggubal undang-undang Sarawak telah menyatakan pendirian tidak berbelah bahagi mengenai sumber minyak dan isu pembayaran minyak yang kini akan dibentangkan kepada kerajaan persekutuan dalam persidangan parlimen yang bermula pada 9 Jun.

DUN Sarawak memulakan isu royalti apabilla usul disokong dengan undian 71-0 untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus.

Perkembangan ini menunjukkan hasil yang signifikan sejajar dengan perdebatan dan usul dibentangkan oleh BN Sarawak walaupun pembangkang iaitu DAP Sarawak telah menghantar usul yang sama.

Dr Jeffrey berkata usul parlimen oleh DAP telah ‘dibalas’ oleh Datuk Seri Najib Razak semasa di Miri yang berkata bahawa kerajaan persekutuan akan memberi ‘pertimbangan yang sewajarnya’ mengenai permintaan Sarawak juga sebagai respon kepada ucapan Ketua Menteri, Adenan Satem.

“Kerjasama antara Sabah dan Sarawak untuk mengkaji perjanjian minyak juga bertepatan dengan pengembalian pemilikan hak kepada semua negeri penghasil minya termasuk Terengganu dan Kelantan,

Usul ini akan menjadi langkah kanan yang menuju ke arah yang tepat.

“Saya juga optimistik dan percaya tindakan minyak yang digerakkan oleh penggubal undang-undang Sarawak akan membawa kepada kajian kepada hak minyak Sabah dan Sarawak melalui strategi yang betul dan melepasi halangan,” tambah Dr Jeffrey yang juga pejuang hak untuk melindungi hak negeri-negeri Borneo termasuk pengembalian hak minyak.

Beliau turut memuji ahli parlimen Kuching dari DAP yang sangat jelas dan seorang rakyat Sarawak yang berpatriotik kerana menuntut hak Sarawak dan berani untuk membentangkan usul untuk dibincangkan pada sesi parlimen yang akan bermula tidak lama lagi.

Selain daripada kenaikan pembayaran tunai (royalti minyak), kerajaan Sabah dan Sarawak perlu melakukan perbincangan terbuka dalam hak pemilikan termasuk hak pegangan perkongsian dalam Petronas untuk keempat-empat negeri penghasil minyak, tegas Jeffrey.

“Apabila Ketua Menteri Sabah menandatangani apa yang boleh dikatakan sebagai ‘Perjanjian Penyerahan Minyak’ pada 14 Jun 1976, Sabah melakukan sumbangan pertama sebanyak RM380 juta kepada Petronas dan kerajaan Persekutuan.

Sebagai pulangan, Sabah hanya menerima RM20 juta untuk minyak dan gas mereka pada 1976.

Ia merupakan ‘kegembiraan’ untuk melihat kerajaan Sarawak akhirnya mengambil langkah tepat dalam menuntut hak mereka dan wakil pembangkang yang mengundi untuk kepentingan Sarawak.” ujar Dr Jeffrey.

Sabah pernah melakukan usul yang sama untuk mengkaji perjanjian Petroleum tetapi ditolak.

Kajian yang dicadangkan oleh Dr Jeffrey ditolak oleh Datuk Seri Musa Aman.

“Ini merupakan perbezaan antara Sabah, yang dikawal oleh Umno dan Sarawak, yang diperintah oleh parti politik mereka sendiri.

“Dunia kini sedang memerhati ‘langkah seterusnya’ oleh kerajaan Sabah dan penggubal undang-undang mereka terutama sekali pemimpin Umno Sabah mengenai isu royalti.

“Adakah mereka akan menuntut minyak Sabah dan bertinak seperti kerajaan Sarawak atau ‘mengecewakan’ generasi masa depan Sabah yang hidup dalam kemiskinan?

Beliau turut berkata mengenai penolakan usul isu minyak, rakyat sudah mengetahui mereka yang menjadi pengkhianat.

“Jika kerajaan persekutuan dan Petronas tidak mendengar pandangan rakyat Borneo mengenai isu royalti dan hak pemilikan, penggubal undang-undang perlu menyuarakan bahawa mereka perlu ‘meninggalkan’ BN,

“Malah jika perlu, keluar dari Persekutuan Malaysia yang mana merupakan permintaan majoriti penduduk Borneo.” katanya. - Free Malaysia Today

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.