Disinilah Lahirnya Sebuah Pengkhianatan

Wednesday, 23 July 2014

umno-bn terus melakukan dakyah "Perbodohkan" orang Sabah dan Sarawak agar mereka TIDAK mengetahui kebenaran tarikh Kemerdekaan negara mereka. Mereka mahu bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak terus tunduk selamanya kepada malaya... 

Bagi mereka, "disini lahirnya sebuah cinta" TAPI bagi bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak "Disinilah lahirnyanya sebuah Pengkhianatan"...

SAY NO TO UMNO-BN SABAH!
SAY NO TO MALAYAN PARTIES!

Inilah hasilnya bertuankan UMNO Malaya

Inilah hasilnya bergabung dengan Malaya dan bertuankan pengkhianat UMNO Malaya.. Orang asal kini menjadi minoriti di negara sendiri dan bakal kehilangan hak, suara dan sebagainya.. Sia-sia RCI ditubuhkan apabila sehingga kini warga asing masih bermaharajalela sementara Projek IC terus berjalan untuk kepentingan UMNO.. Bukan sahaja kerajaan UMNO gagal mengambil tindakan, malah enggan mendedahkan laporan hasil siasatan.. Syabas kepada badut dan penganut-penganut UMNO di Sabah kerana BERJAYA mengkhianati kedaulatan negara Sabah hingga Sabah tidak henti-henti diancam pengganas..


Was MAS flying in war zone to save fuel?

Friday, 18 July 2014

‘Malaysia Airlines, like a number of other carriers, have been continuing to use it because it is a shorter route, which means less fuel and therefore less money.’

LONDON: Air accident investigators are planning to inspect the proposed flight plan lodged by pilots on board Malaysian Airlines flight MH17 to see if they flew over a warzone to save fuel.

The 17-year-old jet was shot down over eastern Ukraine despite British, European and US commercial aircraft being warned against using the airspace since April.

One of the major questions is whether the Malaysian flight crew received the warning from flight safety officials about the risk to safety.

One aviation expert revealed: ‘Malaysia Airlines, like a number of other carriers, have been continuing to use it because it is a shorter route, which means less fuel and therefore less money.’

The jet was travelling at 33,000 feet at 490 knots when it disappeared from radar screens while approaching the Russian border. - Free Malaysia Today

Ukraine Tersalah Tembak MH17!

pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang..

Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG?

Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Brado Kapak.

[GAMBAR] Ukraine Sahkan MH17 Terkena Tembakan

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko mengesahkan bahawa pesawat MH17 terkena tembakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran Torez. 


Menurut Bloomberg, Gerashchenko menyatakan ini di Facebook beliau. 

Laporan mendakwa pesawat Malaysia itu, yang membawa 295 orang, jatuh di wilayah ketenteraan di mana tentera kerajaan Ukraine bertempur dengan berjuang pemisah pro-Rusia. 

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu terhempas 50km sebelum memasuki ruang udara Rusia. 

Ia "mula menurun, selepas itu didapati terbakar di wilayah Ukraine," laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata. 

Satu lagi sumber yang tidak dinamakan dari pihak keselamatan Ukraine, dipetik oleh Interfax, sebagai berkata pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,000 meter selepas itu ia menurun berhampiran bandar Shakhtyorsk. 

Presiden Ukraine Petro Poroshenko juga menafikan bahawa Tentera Udara Ukraine menembak pesawat tersebut. Puak pemisah bagaimanapun, menafikan ia menembak jatuh pesawat itu dan sebaliknya menyalahkan Kiev, lapor penyiar milik negara Rusia. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis dalam tweet bahawa tentera Malaysia masih mengesahkan perkara itu. 

MAS berkata MH17 berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pagi dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan. 

MAS terputus hubungan dengan pesawat itu pada 1415 GMT ketika berada 30 kilometer dari Tamak, sebuah bandar yang terletak 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. -mk


Bangkai pesawat terbakar, mayat bergelimpangan 

Berpuluh-puluh mayat bertaburan di sekitar bangkai pesawat jet penumpang yang terbakar selepas terhempas di sebuah padang di timur Ukraine pada hari Khamis, kata seorang wartawan Reuters. 

Seorang pekerja menyelamat berkata sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui setakat ini di tempat kejadian, berhampiran kampung Grabovo, dan serpihan bangkai pesawat itu bertaburan di seluruh kawasan sehingga keluasan kira-kira 15 km. 

Serpihan sayap bertanda biru dan merah cat - warna yang sama sebagai lambang syarikat penerbangan Malaysia yang pesawatnya, Boeing 777, hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa hampir 300 orang. 

"Saya sedang memandu traktor di padang itu apabila saya mendengar bunyi kapal terbang dan kemudian letupan dan tembakan. 

"Lalu saya nampak pesawat itu terhempas dan patah dua. 

"Ada asap hitam tebal," kata seorang saksi, yang memberikan namanya hanya sebagai Vladimir. 

Seorang pejuang pemisah dari Krasnyi Luch yang berdekatan, yang memberikan namanya hanya sebagai Sergei berkata: "Dari balkoni saya saya nampak kapal terbang itu mula menurun dan kemudian terdengar bunyi dua letupan." 

Beliau menafikan pemberontak menembak jatuh pesawat itu. 

"Ini boleh berlaku hanya jika ia jet pejuang atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," katanya kepada Reuters, sambil berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian begitu. 

Semua 295 orang di atas kapal pesawat terbunuh, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri Ukraine, dengan menyalahkan "pengganas" menggunakan peluru berpandu darat ke udara. 

Perdana menteri Ukraine menyifatkan nahas yang menimpa pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu sebagai satu "bencana". - Reuters

Pengkhianat UMNO merayu kepercayaan rakyat

Thursday, 17 July 2014

Lagi mahu rakyat memberikan kepercayaan kepada kerajaan UMNO si pengkhianat?? Makin banyak wang rakyat dibelanjakan, makin kerap pencerobohan dan penculikan berlaku.. Disebabkan kepercayaan kepada UMNO, Sabah berkali-kali ditimpa bencana baik dari segi sosial, mahupun ekonomi dan politik.. Masih tak sedar dan tak malu kah menteri-menteri UMNO merayu kepada rakyat supaya memberikan kepercayaan sedangkan sudah puluhan tahun rakyat memberikan kepercayaan kepada UMNO celaka.. Lihat lah apa hasilnya.. Warga asing kian bertambah, projek IC terus bermaharajalela dan kini Sabah terus menerus diceroboh dan diancam pengganas angkara pengkhianatan kerajaan UMNO..

Bila rakyat mahu berbincang menuntut sebuah kerajaan yang jujur, telus dan bersih, hasrat murni itu tidak pula dilayan oleh kerajaan celaka.. Sebaliknya kerajaan lebih suka berbincang dengan kumpulan pengganas yang awal-awal lagi sudah melakukan jenayah rentas sempadan.. Bila rakyat bangkit berhimpun dijalanraya menuntut sebuah kerajaan yang jujur, telus dan bersih, mereka ditembak dengan pancutan air dan gas pemedih mata.. Sebaliknya bila pengganas menceroboh perairan Sabah untuk tujuan menculik dan membunuh, kerajaan celaka mengarahkan anggota keselamatannya supaya tidak menembak pengganas-pengganas ini..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Kumpulan pengganas sudah bersiap sedia serang Sabah?

Info dari Sitangkai 6 buah highspeed pumpboat dengan lebih kurang 50 orang penumpangnya memakai baju T shirts hitam seluar celoreng dan kepala diikat kain merah semua bersenjata, siap sedia untuk menyeberang ke perairan Sabah antara Lahad Datu atau Semporna.. Manakala 5 buah pumpbot highspeed lebih kurang 40 orang bergerak bersenjata ke sandakan dan berlabuh di Bakungan Besar bersebelahan dengan Pulau Selingan.. Info ini disahkan oleh 6 sumber melapor perkara yang sama

Ini semua adalah hasil daripada projek UMNO Task Force yang dipimpin oleh harris salleh, musa aman, yahya hussein atas arahan mahathir semata-mata untuk menguasai pentadbiran kerajaan Negara Sabah dan pada masa yang sama adalah bertujuan untuk merampas kerajaan pbs melalui pengundi hasil projek projek ic mahathir.. - Remove Musa Remove UMNO Sabah

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Lagi bukti warga asing mudah dapat IC di Sabah

"Dokumen ini ditemui di kaunter Hospital keningau.. saya dan rakan yang menemui dan siasat sendiri dengan pemilik ic ini.. memang menyirap darah dengar begitu mudah dapat ic.. lagi menyakitkan hati bila diberitahu ic ini dikeluarkan pada bulan selepas Sabah diceroboh (tahun lalu), kemudian saya sudah buat semakan dalam daftar pemilih dan nama beliau sudah berdaftar sebagai pemilih tanpa melalui tempoh proses selama 3 bulan seperti warganegara yang lain..'' - 1 Suara Sabah

Pengkhianatan seperti ini pasti akan terus berlaku selagi UMNO memerintah dan selagi Musa Aman memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.. Misi UMNO untuk meminoritikan orang asal bukan lagi rahsia, malah perbuatan keji, jijik dan zalim itu dengan sendirinya tersembul keluar ketika UMNO berusaha untuk menyembunyikan hasil siasatan RCI..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

"Made in Malaya" Di Sabah

IC Projek Malaya di Sabah adalah perbuatan yang paling sadis, suatu serangan yang paling kejam terhadap generasi Sabahan yang akan datang, yang juga mungkin paling diingati dalam sejarah Sabah zaman-berzaman. Dalam erti kata lain, IC Projek adalah plot terbesar ekspedisi Malaya untuk menghancurkan identiti nasional Sabah, yang bagi saya ia akan meninggalkan penyesalan abadi.

Oleh : NASPAZI

SEJAK penubuhan Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan selepas pemasyhuran penggabungan rasminya pada 16 September 1963, Sabah sudah mula pesat membangun dengan pembiayaan pendidikan yang diutamakan serta percuma.

Kekayaan dan kemewahan Sabah juga melimpah, walaupun hasil bumi belum diteroka sepenuhnya dalam konteks era 70-an atau di zaman pemerintahan USNO.

Tetapi, pasca USNO Sabah sudah mula menjunam ke dalam gaung kebodohan muktamad yang dipaksakan ke atasnya oleh Malaya dalam konteks dan senario hanya menjadi barua kuda tunggangan kepada regim Malaya, yang sudah lebih dari tiga puluh tahun telah berlalu dan apa yang Sabah dapat sekarang hanyalah bacaan kemiskinan dan keaiban mutlak.

Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens adalah pengasas kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963. Selepas dua minggu Sabah mengisytiharkan kemerdekaannya, Sabah bersama-sama dengan Malaya, Singapura dan Sarawak telah membentuk Malaysia (bukan masuk Malaysia) pada 16 September 1963. Dalam erti kata lain, tanpa Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens Malaysia tidak terbentuk atau Malaysia tidak wujud.

Namun begitu, pada tahun 1975 Tun Razak telah mendesak Tun Mustapha untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, sebab Tun Mustapha telah menolak atau tidak bersetuju dengan pulangan royalti minyak 5% kepada Sabah yang dicadangkan oleh Tun Razak.

Tetapi, Tun Mustapha bukan sahaja enggan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, bahkan menuntut Tun Razak untuk memberikan pulangan royalti minyak 45% kepada Sabah, dengan alasan Sabah memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pendidikan dan pembangunan.

Tatkala Tun Mustapha enggan meletak jawatan, Tun Razak telah bertekad untuk menjatuhkan Tun Mustapha dan USNO. Yang demikian, Tun Razak telah menubuhkan parti BERJAYA untuk mencabar USNO.

Seterusnya, Tun Razak telah mengarahkan Tun Fuad Stephens dan Tan Sri Harris Salleh untuk memimpin parti BERJAYA bagi menentang USNO dan Tun Mustapha.

Mereka juga telah melancarkan pelbagai bentuk tuduhan fitnah jahat terhadap Tun Mustapha sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, kejam dan bercadang untuk melantik dirinya sendiri sebagai Sultan Sabah.

Ekoran dari itu, Tun Mustapha dan USNO kalah juga akhirnya. Lantaran kekalahan USNO kepada BERJAYA pada 14 April 1976, maka bukan sahaja royalti minyak 5% kepada Sabah ditandatangani, bahkan telah mengakibatkan kepada penyerahan besar-besaran hampir seluruh jabatan kerajaan negara Sabah termasuk Pulau Labuan kepada Malaya atas nama demi ‘Kerajaan Pusat’ dan ‘Integrasi Nasional’ apanama kononnya.

Yang demikian, ia merupakan awal mula kepada penghancuran peradaban Sabah bermasyarakat, berkerajaan, bernegara dan akhirnya Malaya telah menjatuhkan status negara Sabah kepada status negeri pada 27 Ogos 1976 dan ternyata rakyat Sabah hanya mengangguk sahaja.

Mengapakah rakyat Sabah hanya mengangguk sahaja kepada kemahuan, pelanggaran dan pencabulan mutlak Malaya terhadap ‘Perjanjian 20 Perkara’ dan ‘Perjanjian Malaysia 1963’ yang menjadi prinsip dasar kepada pembentukan Malaysia?

Jawapan mudahnya adalah kerana Sabahan telah dilanda badai kekaburan jati diri dan identiti nasional atau sudah bankrap nasionalisme.

Sesungguhnya, kekaburan jati diri, identiti nasional dan kebankrapan nasionalisme Sabahan, sama ada menggunakan alasan atas kehendak zaman atau hanya satu bentuk pengkhianatan kepada jati diri dan identiti nasional leluhur Sabahan silam, yang nyata telah mengakibatkan kepada kecairan dan kehancuran jati diri dan identiti nasional Sabahan sendiri, lantaran diasimilasikan ke dalam identiti nasional Melayu baru dan nasionalsme Malaya atas nama Malaysia.

Sabah Dilanda Kekaburan Identiti

Betapa, identiti nasional sering dianggap sebagai keadaan semula jadi dan anugerah Tuhan. Tetapi, benarkah begitu dalam situasi cabaran dunia moden? Pendekatan pemikiran dalam konteks dunia moden atau masa kini, begitu melihat identiti nasional sebagai pembinaan sosial. Dalam erti kata lain, identiti nasional boleh dibangun, dihancur dan dibangunkan semula.

Menurut David Campbell (1998), identiti nasional tidak bersifat baku, kekal atau tetap, tetapi relatif dan mengalir. Justeru, pengembaraan untuk mencari identiti nasional tidak pernah mencapai ke titik akhir kerana bersifat berterusan.

Yang demikian, David Campbell percaya, bahawa setiap orang tidak boleh mengecualikan dirinya dari proses pembinaan identiti nasional yang dimaksudkan.

Lantaran itu, nasionalsme dalam konteks negara moden memainkan peranan yang amat penting untuk membina identiti nasional atau jati diri bangsa.

Negara-negara moden yang merdeka dan berdaulat dengan serius dan dedikasi, tekun dan setia membina identiti nasional mereka sebagai bangsa yang wujud melalui pelbagai cara, tetapi saluran yang paling nyata adalah menerusi adat dan budaya, tradisi dan warisan identiti nasional leluhur silam mereka, yang disampaikan kepada generasi ke generasi berikutnya melalui pendidikan, sama ada dalam bentuk pendidikan formal mahupun tidak formal.

Sehubungan itu, dalam usaha membina identiti nasional, sering dibandingkan dengan negara luar atau masyarakat luar, contohnya masyarakat Eropah, Afrika, India, Arab dan China.

Lantaran itu, nasionalisme merupakan proses pembinaan identiti nasional. Dengan kata lain, dalam proses membina identiti nasional adalah perjuangan 'counter narrative' terhadap makna dari penjajahan dan penaklukan atau exploitasi dan penindasan.

Dalam wacana politik penjajah, sejarah panjang eksploitasi dan penindasan telah melahirkan kesedaran baru bagi membina identiti nasional baru kaum terjajah. Namun begitu, rakyat Sabah (Sabahan) masih belum atau enggan menyedarinya.

Dalam erti kata lain, identiti nasional baru kaum terjajah bermaksud pembebasan, kemerdekaan, kedaulatan dan pengwujudan sosial. Oleh itu, berdasarkan kepada kesedaran tersebut, maka projek nasionalisme telah dibangunkan untuk membentuk sebuah negara bangsa yang berdiri bersama dengan bangsa-bangsa yang telah merdeka dan berdaulat di persada dunia.

Cabaran Kedaulatan Identiti Sabah

Menurut Eric John Ernest Hobsbawm (1991), gerakan nasionalisme telah melahirkan bangsa, dan bukan bangsa yang melahirkan nasionalisme.

Justeru, nasionalisme adalah projek membina identiti nasional sebagai applikasi dari promosi kemerdekaan dan kedaulatan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan yang akhirnya akan melahirkan identiti nasional baru sebagai bangsa baru, dalam erti kata keluarga baru masyarakat sejagat.

Justeru, dalam konteks masa kini atau dalam konteks Sabah keseluruhannya sekarang, bagaimanakah cendekiawan dan pemikir politik Sabah dapat mengimplementasikan gagasan identiti nasional dan projek nasionalisme oleh David Campbell dan Eric John Ernest Hobsbawm ke dalam susun atur dan urus tadbir Sabah?

Selanjutnya, bagaimanakah identiti nasional leluhur Sabah boleh dipertahankan agar dapat dihantar kepada generasi yang akan datang dengan selamat?

Sedia maklum, bahawa identiti nasional Sabah sedang dikepung dari segala penjuru dan sudut pemusnahan, dan pemusnah terbesar identiti nasional Sabah adalah agenda jahat melayu baru Malaya.

Maksud agenda jahat melayu baru Malaya dalam konteks Sabah adalah merujuk kepada apa yang dijalankan oleh mereka dalam bentuk operasi pemberian IC Projek kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yang datang dari pelbagai negara atas alasan demi Islam kononnya.

Sehubungan dengannya, tidak syak lagi, bahawa ia merupakan ancaman terbesar kepada kehancuran identiti nasional Sabah, dan sekaligus sebagai wajah baru penjajahan dan penindasan Malaya terhadap Sabah, yang tendensinya adalah neo-imperialisme Malaya yang dibangun di atas puing-puing runtuhan kehancuran identiti nasional Sabah, yang juga ada kaitan dengan sikap pengamal politik Sabah sendiri yang bankrap nasionalisme.

Justeru, para pengamal politik Sabah sekarang yang menjadi talibarut kepada parti-parti politik ‘Made In Malaya’ di Sabah adalah sinambung kepada proses pemusnahan total peradaban Sabah dalam segala bidang kehidupan sepanjang zaman.

Sesungguhnya, kehancuran identiti nasional Sabah dari tendensi IC Projek Malaya tidak dapat tidak akan membinasakan generasi Sabahan yang akan datang.

Lantaran itu, IC Projek Malaya di Sabah adalah perbuatan yang paling sadis, suatu serangan yang paling kejam terhadap generasi Sabahan yang akan datang, yang juga mungkin paling diingati dalam sejarah Sabah zaman-berzaman.

Dalam erti kata lain, IC Projek adalah plot terbesar ekspedisi Malaya untuk menghancurkan identiti nasional Sabah, yang bagi saya ia akan meninggalkan penyesalan abadi.

Justeru, pengamal politik Sabah, yang mendewa-dewakan parti-parti politik ‘Made In Malaya’ di Sabah, yang mendaulatkan ketuanan Malaya di Sabah, secara benarnya mereka adalah pencipta-pencipta menu dari makanan iblis untuk dihidangkan kepada generasi Sabahan yang akan datang.

Yang demikian, dalam paradigma ringkas ini, saya ingin menegaskan, bahawa kemakmuran dan kesentosaan Sabahan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan sendiri tidak boleh datang dari luar.

Oleh itu, Sabahan tidak boleh tidak, mesti belajar untuk memahami perjuangan politik sendiri, yang membolehkan Sabahan mengumpul kekuatan pada kekuatan idealistik seluruh Sabah.

Selama ini, Sabah sudah terlalu banyak membuat pengorbanan demi kewujudan dan keamanan Malaysia, tetapi pengorbanan Sabah tidak pernah dihormati untuk dihargai, melainkan menambah koleksi kepentingan Malaya di Sabah dengan mencabul Perkara 20 dan mengkhianati Perjanjian Malaysia 1963.

Yang demikian, Malaya bukan lagi ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’ dalam Malaysia, melainkan penyangak yang tidak bertanggungjawab dalam Malaysia.

Lantaran itu, Perjanjian Malaysia telah menjadi ikrar yang patah; janji yang patah secara besar-besaran. Ikrar dan janji yang tidak pun dipenuhi akhirnya, dan apa yang Malaya telah lakukan kepada Sabah? Sabah dirompak, Sabah dieksploitasi sehingga menjadi termiskin dalam Malaysia.

Dalam erti kata lain, pencabulan dan pengkhianatan Malaya terhadap Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia, tidak syak lagi, ia adalah penganiayaan terbesar dan paling keji terhadap ‘Kedudukan, Hak dan Masa Depan Sabah’ dalam pembentukan Malaysia.

Oleh itu, jika Sabah mahu menggapai impian kemenangan muktamad di langit harapan baru kedaulatan bernegara, maka seluruh nasionalis Sabah hendaklah bergabung menjadi satu unit tunggal yang baru. Seluruh rakyat Sabah juga hendaklah bersatu dalam konteks mengatasi semua prasangka agama dan kaum.

Akhirnya, seluruh rakyat Sabah harus sedar akan fakta, bahawa tugas untuk mempertahankan identiti nasional dan membina semula harapan baru Sabah yang dinamik dan sentosa, tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab pelangi citra hati nurani para genius dan cendekiawan, negarawan dan nasionalis yang hebat sepanjang zaman; atas kehendak bersama seluruh rakyat Sabah dengan jujur dan setia kepada tradisi leluhur Sabahan silam untuk dihantar kepada generasi Sabahan yang akan datang dengan selamat.

Bangkit kamu, selamatkan Sabah!

Inilah hasil tuaian dari UMNO Task Force (Projek IC)

"Inilah hasil tuaian daripada kerja saya selaku UMNO TASK FORCE yang telah dipimpin oleh mahathir dan harris salleh" Jangan lupa undi umno dan bn lagi pada pru14 nanti...

Admin TIDAK MAHU menghuru-harakan keadaan namun rakyat perlu dan mesti tahu perkara yang sebenar... Sebelum itu, pihak admin ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada mahathir, harris salleh dan musa aman dan sekutunya atas projek ic yang telah berjaya kerana sumbangan dan jasa mereka kini terbalas juga... Sila baca dan sebarkan...

" Sekadar perkongsian sesama kita ok.

Sabah suda di iktiarkan darurat. Kod merah. Cuma belum diumumkan. Sama2 la fikir.

- putrajaya skg mmg ribut suda berkenaan kes disabah ni. Kemungkinan besar akan berlaku perang dgn sulu dlm masa terdekat. Palis2.

- ada yg pernah tgk video dr siaran CNN psl kerajaan sulu sedang bersedia ntuk menyerang sabah? Nampak senjata dorg? Itu adalah senjata berat model baru yg berharga jutaan ringgit.

- masi ingt kes penculikan rakyat china bru2 ni? Senyap suda kn? Sbb kerajaan sulu suda dpt wang tebusan dianggarkan x kurang dr 20juta. Ntuk beli senjata.

- yg polis bru2 ni masi ingt? Kerajaan malaysia bersutuju byr x kurang dr 10juta.

- kamu tau ka anak c kiram kana tangkap tu ari? Dia skg ditmptkan d kepayan. D penjara. Masi dlm siasatan.

- tangkapan bru2 ni d mabul pun kena simpan d kepayan.

- dr hasil siasatan,x kurang dr 17k org sulu siap bersenjata suda berada d sabah ketika pihak berkuasa sibuk mengetatkan jagaan diarea serangan bru2 ni. Pintu masuk? Kudat area paitan. Dan dipercayai,sejumlah besar yg memiliki senjata ini adalah mereka yg suda dpt projek IC.

- serangan akan berlaku bila2 masa saja dan target utama adalah rumah merah kinarut dan kepayan tmpt anak c kiram.

Sekadar perkongsian. Jgn mrh ah kwn2. Hehe.

Sumber dr Putrajaya dan bukit aman. Sumber sahih dr kementerian sendiri yg dimana sy xbleh sebut nama.

Semoga kita diberikan kekuatan menempuhi masa sukar sebagai penduduk sabah. Amin. Copy and paste drpd grup sebelah"

Sabah kaya-raya jika berkuasa penuh terhadap hasil sendiri

Ini belum termasuk sumber perladangan, pertanian, pelancongan dan lain-lain aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di Sabah..


Kereta tenggelam dalam longkang di Jalan Lintas Kepayan

Wednesday, 16 July 2014

Admin tidak pasti bagaimana kemalangan ini boleh berlaku.. Namun yang membuatkan kemalangan ini begitu sensasi di laman sosial ialah bilamana mangsa (wanita) yang berpakaian agak seksi mencetuskan spekulasi kononnya mereka baru pulang dari "clubing" dan memandu dalam keadaan mabuk. Walau apapun puncanya, yang penting semua penumpang dan pemandu selamat.. Menurut sumber, lokasi kejadian adalah berhampiran bangunan RTM di Jalan Lintas Kepayan, Kota Kinabalu..







Keluarkan UMNO dari Sabah dan singkirkan Musa Aman

Kerana UMNO dan Musa Aman; Sabah kini berstatus "negeri" termiskin, tidak selamat, kos sara hidup tertinggi di Malaysia, dibanjiri warga asing, projek IC, kekayaan dirampas Malaya, sejarah dimusnahkan, masalah pengangguran, dan sebagainya... Semua penderitaan yang ditanggung oleh rakyat negara Sabah ini hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kepentingan politik UMNO serta kepentingan negeri-negeri di Malaya..

Belajarlah dari kesilapan lalu agar masa depan kita selamat. Perkara seperti ini dapat dilihat daripada kenyataan orang terpenting UMNO/Malaya pada satu ketika dahulu dimana beliau yakni Tunku Abdul Rahman menggesa orang-orang Melayu untuk hapuskan Umno itu sendiri. Beliau berkata demikian kerana telah melihat hala tuju umno sebenar dan sangat pasti apa yang akan berlaku suatu hari nanti. Buktinya adalah SEKARANG dan KITA, ini adalah hasil perbuatan umno yang tidak adil dan hanya mementingkan kroni-kroni mereka. Kepentingan rakyat bukanlah perjuangan mereka sebaliknya kepentingan dan kekayaan pemimpin-pemimpin termasuk talibarut mereka adalah keutamaan. 

1. Di Sabah sahaja, umno telah berjaya dengan baiknya menghapuskan kuasa orang asal dengan pemberian document pengenalan warganegara. 

2. Umno berjaya menjadikan Sabah sebagai sarang penjenayah dan menjadikan Sabah sebagai target militan sulu.

3. Umno berjaya menjadikan Sabah yang termeskin didalam persekutan Malaysia.

4. Umno berjaya menipu dan memanipulasikan sejarah sebenar pembentukan "Malaysia.

5. Umno berjaya merompak dan mengaut hampir semua hasil bumi Sabah.

6. Umno berjaya menjadikan kita bangsa di Sabah sebagai lain-lain.

7. Umno berjaya dengan ketuanan Melayu mereka

Satu saja UMNO tidak berjaya adalah menjadikan SAYA bodoh selamanya.. Oleh sebab itulah kita perlukan "SAYA" lebih ramai di Sabah dan bersatu untuk menghalau umno dari Sabah dan menggulingkan talibarut mereka iaitu Musa Aman. - Remove Musa Remove UMNO Sabah

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Bersatu untuk patahkan kekuatan UMNO di Sabah

Kekuatan UMNO di Sabah terletak pada undi warga projek IC yang diternak kerajaan UMNO sejak sekian lama. Sebab itulah kerajaan UMNO enggan mengambil tindakan terhadap kebanjiran warga asing di Sabah dan enggan mendedahkan hasil siasatan RCI.. Kekerapan pencerobohan dan penculikan di Pantai Timur Sabah juga membuktikan betapa jahanamnya dan celakanya pengkhiantan kerajaan UMNO terhadap negara Sabah..

Admin akan kongsikan kepada anda beberapa strategi untuk patahkan kekuatan umno Sabah.

Pertama, kekuatan umno lebih banyak tertumpu di kawasan pantai timur negara Sabah. Ini kerana kebanyakan pengundi-pengundi mereka disana adalah yang telah mendapat projek ic mahathir. Maka, strategi harus dan mesti ditumpukan dikawasan pantai barat negara Sabah terlebih dahulu dan kawasan pedalaman.

Ranau + Kundasang yang majoritinya terdiri daripada etnik Dusun MESTI menyingkir pengaruh umno yang dipimpin oleh "masidi manjun". Bagaimana?.. BERSATU!

Di Kota Belud pula majoritinya adalah daripada etnik Bajau dan Dusun.. Singkir Rahman Dahlan yang telah membawa pengaruh umno dan merupakan penjilat tegar punggung Malaya. Bagaimana?.. Etnik Bajau dan Dusun perlu BERSATU!

Begitu juga dikawasan Petagas, pantai manis, tenom, etc... Admin akan melengkapkan strategi ini dan kongsikan kepada anda. Apa peranan anda?.. Sila tawarkan diri anda untuk menjadi Sukarelawan dalam menumbangkan umno dan parti-parti malaya... Bagaimana?.. BERSATU! - Remove Musa Remove UMNO Sabah

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

ADUN Kundasang tidak pandai buat kerja

Salah siapa bila badut Malaya ini kekal sebagai adun Kundasang untuk 3 penggal berturut-turut?

Tulun Sabah Admin menerima aduan daripada orang Kundasang mengenai adun kundasang ini... Inilah SAMPAH ADUN yang TIDAK BERGUNA! ORANG KUNDASANG, apabila PRU 14, JATUHKAN ADUN INI DENGAN TIDAK MENGUNDINYA LAGI... SINGKIR PBS JUGA DARIPADA KAWASAN KUNDASANG...

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Orang Sabahan bumiputra tidak diberi status Warganegara?

Apa kata JPN?.. Berdiam diri juga adalah jawapan.. iaitu JPN memang terlibat meminoritikan kaum asal di Sabah untuk kepentingan politik UMNO Malaya.. Sebelum ini Jabatan Perhutanan menuduh orang asal sebagai ancaman dan penceroboh, kini JPN pula bertindak menjadikan orang asal sebagai warga asing di negara sendiri..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Beza KM Sabah dan KM Sarawak

Tuesday, 15 July 2014

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem berjanji akan melindungi rakyat Sarawak dan mendesak kerajaan persekutuan untuk mematuhi perlembagaan Malaysia yang betul.. Sementara Ketua Menteri Sabah, Musa Aman berjanji untuk melindungi dan menjaga kepentingan-kepentingan kerajaan persekutuan di Sabah disamping mematuhi setiap arahan atau telunjuk Kerajaan Persekutuan (Malaya)..


Download buku mengenai Pembentukan Malaysia

Sila luangkan waktu anda untuk download satu buku yang menceritakan perjalanan pembentukkan "persekutuan malaysia". Setelah anda membacanya, anda akan mula memahami cerita sebenar... Buku tersebut telah ditulis oleh seorang Professor British. Beliau telah memuatkan dalam satu buku yang mempunyai 800+ lebih muka surat. Mohon anda untuk sebarkan... "Share" sebanyak mana yang mungkin...

Sila klik link (http://www.scribd.com/doc/205722212/The-Making-of-The-Federation-of-Malaysia) ini untuk download buku tersebut.

Tolong Jangan Terlena Sehingga Ku Terabai..

Semasa datuk kesayang ku belum pergi, datuk ceritakan kepada ku bahawa hak ku sudah hilang dan hak cucu-cucu ku nanti juga akan hilang dirampas oleh manusia jahil. Air mata ku mengalir lagi, dengan siapakah aku bergantung? Siapakah pejuang untuk aku?..

Dalam usia kecilku memikul beratnya beban ibubapaku. Ku korbankan masa mainku, masa ceriaku dan saat manis bersama guru kesayanganku. Mereka layak mendapatkannya! Namun aku harungi panas terik demi hidup tegarku. Dari jauh ku melihat mereka tertawa bersama, gembira bersama layang-layang diudara bersama sahabat. Dari jauh air mata ku jatuh bersama peluh-peluh derita melihat mereka. Didalam hati ku berbisik “ ya Tuhan, sesungguhnya aku layak menerima hidup seperti itu, berilah harapan kepadaku”. Terbenamnya mentari maka gelap tiba mengisi ruang rumah kotakku, bersama gelap malam bersama burung malam yang sunyi, sepi dan sayu menunggu bulan tiba, begitulah juga hidupku. bersama air mataku terlena dalam khayalan ku….

Ku Tanya ibu ku akan keperluanku namun ibu ku terdiam, ku Tanya ayah ku namun ayah ku tak terdaya kerana derita tubuhnya. Ku hidup dengan tangan kecil ku sendiri, bergantung kepada sisa-sisa buangan manusia yang boleh ku jual. Ku kimpalnya dengan batu hingga tangan kecil ku tak berdaya lagi. Dahulunya tubuh ku berisi dan kini seperti tin kosong yang ku kimpal. Aku budak yang rajin, aku tidak mengharapkan orang lain namun aku sedar yang aku perlukan mereka menghulurkan simpati kepada ku kerana aku tidak berdaya lagi. 

Dalam khayalan ku terdiam dan hati ku berbisik “Kenapa Bumi ini membuat ku derita?”. Ibu ku mengatakan “Bumi ini kaya, lihatlah sebelah kiri mu Hijau, lihatlah sebelah kanan mu kuning dan lihatlah sekeliling mu pulau yang sangat indah” seusia kecilku mampu berfikir akan tuntutan-tuntutan itu terhadap alam ini. Semasa datuk kesayang ku belum pergi, datuk ceritakan kepada ku bahawa hak ku sudah hilang dan hak cucu-cucu ku nanti juga akan hilang dirampas oleh manusia jahil. Air mata ku mengalir lagi, dengan siapakah aku bergantung? Siapakah pejuang untuk aku? “ya Tuhan, sesungguhnya itu adalah takdir buat hidupku, aku tidak akan bersyukur”. Aku tidak mahu hidup di bumi yang kaya ini seperti yang emakku ceritakan kepada ku dangan hidup ku yang derita ini !!!. siapakah yang paduli kepada ku?. Emakku cakap kita ditindas, kenapa? Kenapa kanak-kanak lemah seperti aku dilakukan seperti itu? Sehingga aku menderita di bumi kaya ini. Dimanakah hati murni mereka?

Air mata kanak-kanak itu mengalir sepanjang tidur hingga ke pagi. Seawal subuh, ayam berkokok menandakan bermulanya derita hidup kanak-kanak itu untuk mencari kehidupan dan berterusan sehingga diakhir hidupnya.

Anak sabahan tidak layak mendapat hidup seperti ini, sabah bumi yang kaya dengan hasilnya yang layak dimiliki oleh mereka. Siapakah yang berhati zalim yang bertopengkan malaikat yang merampas segalanya hak mereka? Tanya hati kita bagaimana kita boleh mengubah takdir kanak-kanak ini? - United Varsity Students of Borneo

Bendera Kesultanan Sulu bila mau bakar?

Monday, 14 July 2014

Sabah juga tidak aman angkara pengganas Sulu.. polis dan pelancong dibunuh, diculik.. belum termasuk kes-kes jenayah lain yang dilakukan oleh warga asing yang diberikan IC oleh UMNO.. kenapa tidak kutuk dan bakar bendera kesultanan Sulu? atau bendera UMNO??


Kerana KM MUSA di lantik oleh UMNO Malaya

PM Najib melawat Sabah baru-baru ini dengan tujuan utama berunding dengan KM Musa Aman agar tidak membahaskan isu royalti minyak dalam DUN, kerana dikhuatiri mendapat tentangan dari wakil suara rakyat Sabah. Kenapa KM Musa perlu mengikut telunjuk Kerajaan Pusat??

Sedih yang teramat sedih... Dimanakah otak si Musa Aman ini apabila dia mengatakan bahawa isu royalti minyak tidak akan dibincangkan/didebatkan di DUN??? Tahukah dia bahawa Minyak dan Gas adalah milik Rakyat Negara Sabah dan Rakyat Negara Sabah mempunyai Hak Mutlak untuk mengetahui tentang bagaimana kerajaan menangani dan mengurus hal tersebut di DUN. Ia mesti dibincangkan secara terbuka untuk mengelak penipuan dalam menangani perkara ini..

Antara jawapan YB UMNO/BN mengenai kemiskinan Sabah

Sunday, 13 July 2014

Gambar ini adalah ilustrasi dan ringkasan terbaik untuk satu sessi selama 1 jam setengah yang berlangsung di DUN Sabah pada 15hb April tahun ini apabila seorang Anak Sabah (Dr. Jeffrey Kitingan) masuk ke dalam Dewan untuk berbincang tentang hal ehwal Sabah..

Anak Sabah itu mulakan dengan isu kemiskinan di Sabah. Dia juga bertanya tentang peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, termasuk masalah kemasukkan pendatang asing tanpa izin ke Sabah. Beberapa isu lain juga diutarakan.

Pendapat-pendapat yang Anak Sabah terima daripada beberapa orang ahli Dewan adalah seperti yang diringkaskan di dalam gambar. Antara kata-kata yang menarik ialah:

"You're trying to mislead this Dewan. Ini adalah menghasut. Jangan bercakap bohong. Ini satu perkara yang durhaka. Rakyat Sabah tidak miskin seperti yang awak katakan. Gunung Kinabalu tiada kaitan dengan rakyat Sabah miskin." 

"Kenapa awak sebut 'Barang Itu'. Jangan bercakap lucah. Jangan buat andaian, tunggu kerajaan sahkan. Maklumat-maklumat dari wakil antarabangsa adalah tidak sah. Jangan bercakap yang menyalahi undang-undang. Saya ada bukti-bukti tetapi saya biarkan awak. Jangan sampai saya ambil tindakan ke atas awak."

... dan bermacam-macam lagi yang boleh buat awak menangis.

Anak Sabah Jeffrey Kitingan tidak menangis


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Bila si badut UMNO bertanyakan soalan BODOH!

Wah! Bukan main lagi soalan ADUN Sekong (UMNO).. Macam soalan killer.. Badut-badut UMNO yang lain bukan main riak lagi.. Macam mahu celebrate gol.. Bila kena jawab, nah.. tersengih-sengih muka seposen.. Bak kata pepatah Melayu lama: Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Jarum di seberang laut dia boleh nampak, bangkai gajah depan-depan mata dia tak nampak..

Kandawang Gang Hahaha..memang betul cakap yb dr.jk..saya sokong kamu walaupun saya anak swk bukan Sabah tapi kita sama anak borneo..yb sekong itu sampah yb Sabah hantar dia tidur ikut panda di malaya sana.. Kenapa yb Sabah hanya seorg Jeffrey ketingan saja menuntut hak Sabah sedangkn yb Sabah yg lain semua seperti panda.. memang biadap yb sekong ini layak di sebut pengkhianat negara Sabah.. kenapa dulu org spt ini tak ikut mh370 biar dia mampus satu kali...

Hero Julian pada masa ini lah si musa cakap sama DDJK pasal royalti minyak.... " apa review, review.. " dia bilang tapi lepas tu di masa yang lain dia kasi keluar statement di paper dia (si musa) bilang soal royalti minyak sudah lama disuarakan oleh pihak kerajaan dia bilang lagi .... betul, betul jilat ludah sendiri punya urang ..

Jemmry Raphael Inilah salah satu contoh pemimpin UMNO yg berfikir gunakan mulut dan bukannya gunakan otak.Last2 kena badan sendiri..

Felix Godomon Kan dah kena YB Sekong ni. Dia tak cerminkan muka dia dulu sebelum soal YB.Bingkor.


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition

Sabah bolos lagi: Tumbangkan pengkhianat UMNO

Tidak mungkin Putajaya dapat mengawal penculikan dan pencerobohan ini daripada terus berlaku. Tidak mungkin Putrajaya dapat mengesan dalang-dalangnya. Mereka (pengganas) punyai IC malah mereka kemungkinan telah menjadi ahli Umno..

Masalah bermula apabila Umno cuba menumbangkan Parti Bersatu Sabah dengan pengeluaran IC besar-besaran atau dikenali sebagai Projek IC Mahathir kepada PTI dari Filipina.

Kebajiran PTI dari Filipina dan Indonesia yang tidak dikawal oleh Putrajaya menyebabkan hampir seluruh pelusuk Sabah didiami oleh mereka.

Kemunculan mereka ini mula menimbulkan masalah sosial terutama yang melibatkan kes-kes kecurian, rompakan, dadah dan yang paling parah apabila mereka turut terlibat dalam kes-kes pembunuhan.

Peristiwa penculikan yang berlaku sejak kebelakangan ini hanyalah kisah panjang bagaimana amaran orang Sabah supaya Putrajaya tidak khianat kepada negara Sabah dengan memberikan IC kepada warga asing sewenang wenangnya.

Tidak mungkin Putajaya dapat mengawal penculikan ini daripada terus berlaku. Tidak mungkin Putrajaya dapat mengesan dalang-dalangnya. Mereka punyai IC malah mereka kemungkinan telah menjadi ahli Umno. Pentadbiran Najib hilang kawalan ke atas keselamatan Sabah. Mereka tidak mampu menangani dan sememangnya tidak mahu menyelesaikannya secara total.

Niat menempatkan imegresen sebagai badan yang mengetuai keselamatan pantai timur adalah tidak jujur. Umno tahu bahawa imegresen dapat dipergunakan untuk 'membersihan' statistics PTI.

Umno tidak pernah jujur untuk Sabah, umno pengkhianat kepada perjanjian pembentukan Malaysia. Umno khianat kepada pemimpin-pemimpin Sabah terdahulu.

Jika anda mengharapkan Umno cuba menyelesaikan PTI, ianya umpama mengharapkan Sharizat dan keluarganya mengaku bersalah kerana makan duit rakyat melalui projek ternakan lembu.

Tanyalah pemimpin-pemimpin Umno dari Sabah, apa tindakan mereka dalam kes-kes PTI, nada mereka sama seperti yang lain, diam dan cuba mengelak untuk menjawab. Hingga kini, Umno cuba melengahkan masa untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Kebanjiran PTI di Sabah.

Kepada Sabahan TULEN, satu-satunya penyelesaian kepada semua masalah ini adalah, TUMBANGKAN UMNO!!!

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]