Jangan terus melenting tengok anjing melekat..

Wednesday 2 July 2014

Tak kira anjing spesies UMNO atau anjing spesies Pakatan, mereka semua mesti kena sekat. Asalkan bukan Malaya. Terutama sekali anjing yang bernama Ibrahim Ali. Sekat anjing itu sebelum dia naik berahi. Bak kata pepatah anjing-anjing lama: "Dua tiga kucing berlari manakan anjing mahu lari kalau sudah melekat". Setuju?

APA DI SEBALIK GAMBAR. Berikutan sedikit kontroversi berkenaan gambar anjing ini sepanjang hari kelmarin. Maka dengan mulut memuncung dan geram-geram pakcik pun kena lah buat penjelasan.

Artis Page ini kelmarin cadangkan beberapa keping gambar sebagai gambar hiasan. Ada gambar bandaraya berkembar Kuching, ada gambar panda berkembar dan ada juga gambar Katak Ali tanduk berkembar. Itu semua graphic.

Pakcik pilih yang ini. Anjing atas anjing. Mesej dalam gambar sangat "Melekat" di hati. 

Jangan terus melenting tengok anjing melekat. Kita bukannya budak tadika lagi. Orang di sini semua matang-matang, dikecuali orang-orang yang sengaja tak nak matang. Lagipun tak nampak pun 'aurat' anjing kat situ. Mereka berpakaian penuh dari hujung hidung ke hujung ekor. Kita kena pandang gambar itu dari kacamata falsafah. Cari maksud yang tersirat. Dan bandingkan dengan realiti semasa.

UMNO sudah melekat di Sabah. Setuju?

Kalau tak setuju baik pakcik jelaskan.

Bersabar lah okay, cik Sabah. Sakit pun tahan. Tunggu sampai kering minyak Sabah. Masih melekat masih seronok. Tunggu sampai benih-benih penternakkan manusia celaka terpancut kesemuanya di dalam badan Sabah. Semakin hari semakin besar kandungan Sabah. Benjolan perut Sabah sudah hampir sama besar dengan Gunung Kota Kinabalu. Dari Sarawak pun boleh nampak. Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Malaya juga sudah beberapa kali cuba menunggang Sarawak. Terimakasih Taib dan Adenan, anjing UMNO tak boleh nak rapat. PAS cuba nasib. Cucuk-cucuk tak masuk. Tak melekat. PKR dan DAP sepakat. Mereka datang serentak. Cucuk-cucuk serentak. Eh, boleh masuk. Nak melekat lah tu tak lama lagi. Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Kalau Pakatan Rakyat pegang kerajaan, entah-entah nanti mereka juga akan menternak manusia celaka di dalam badan Sarawak. Boleh mengandung Sarawak nanti. Lahir lah anak-anak Taiwan dari mana entah. PR lagi ganas anjingnya. Semua lubang dia nak cucuk. Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Nanti bila Sabah lahirkan anak-anak anjing UMNO, Sarawak pula akan lahirkan anak-anak anjing PR. Beratus ribu anak anjing dari dua baka yang berlainan. Bila ini terjadi, Sabah dan Sarawak akan bertukar menjadi medan tempur anjing UMNO lawan anjing PR. Masalah berasal dari Malaya tapi Sabah/Sarawak pula yang kena menanggungnya. Jadi terbantut serba-serbi kemajuan Borneo. Hari-hari tengok anjing bergaduh. Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Sabah/Sarawak kena mencari ikhtiar dari sekarang. Jangan biarkan anjing-anjing Malaya terus-terusan menceroboh kawasan. Tak kira anjing spesies UMNO atau anjing spesies Pakatan, mereka semua mesti kena sekat. Asalkan bukan Malaya. 

Terutama sekali anjing yang bernama Ibrahim Ali. Sekat anjing itu sebelum dia naik berahi. Bak kata pepatah anjing-anjing lama: "Dua tiga kucing berlari manakan anjing mahu lari kalau sudah melekat". Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Kabotaj polisi. Akta 750. Perlantikan penjawat awam dan guru-guru sekolah. Gaji minimum dan elaun wilayah. GST. Jumlah kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak, termasuk Portfolio Kabinet Kerajaan Persekutuan. Agihan kekayaan Petronas. Hutang RM600 billion. Bangsa Lain-Lain. Laporan Audit Negara. Rasuah. RCI. Esscom. Pertelingkahan agama dan banyak lagi. Ini semua akan membebankan Sabah/Sarawak juga akhirnya. Ini semua kerja Malaya, berakar umbi dari Malaya. Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Ambil contoh Ordinan Darurat 1969. Melayu Malaya bergaduh dengan Cina Malaya. Sabah dan Sarawak tak ada kena mengena dengan Tragedi 13 Mei, tak ambil bahagian pun. Borneo hantar pulak Sarawak Rangers untuk menjadi orang tengah, beranikan diri demi kesejahteraan Malaysia. 

Tapi Sabah/Sarawak pulak yang kena tindas teruk-teruk oleh Ordinan Darurat selepas itu. Berpuluh-puluh tahun Borneo merana. Minyak kena rompak. Hak Bumiputera kena culik ke Malaya. Sampai jatuh miskin Sabah dan Sarawak. Setuju?

Kalau tak setuju, pakcik terangkan lagi.

Tak payah lah pakcik terangkan lagi. Setakat ini semua orang di Sabah/Sarawak semestinya sudah tahu the rest of the story. 

Perkara-perkara sebegini lah yang sepatutnya membawa perhatian kita kepada konsep asal penubuhan Persekutuan Malaysia. Before and After. Kita seharusnya mendesak supaya Malaysia Agreement dipatuhi. Kuasa dan suara DUN Sabah dan DUN Sarawak mesti diambil-kira dalam Persekutuan Malaysia Tiga Negara.

Rakan Kongsi. Status Sabah dan Sarawak. Hak autonomy imigresen. Land Code. Syarat-syarat Borneo dan sebagainya yang sudah tersurat sekian lama dan sudah menjadi lunas perundangan. Malaysia Agreement 1963. Adakah ini caranya masalah anjing melekat boleh diselesaikan?

Kalau bukan itu caranya, apa lagi cara yang boleh digunapakai?

Ha, nampak dah? Nampak dah mesej dan persoalan yang cuba disampaikan oleh gambar graphic di sini. Ada maksud yang tersirat. Ada cerita bermakna. Yang awak beriya-iya nak intip-intip kemaluan anjing tu buat apa? Memang tak nampak pun. - Haji Julaihi Haji Suut

Artikel terdahulu berkenaan sebab-sebab mengapa pemimpin-pemimpin Sabah/Sarawak mesti gunakan Malaysia Agreement dalam perjuangan mereka DISINI

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.