70 PERATUS PENDUDUK TUARAN TOLAK PERKASA

Tuesday 1 July 2014

Perlukah kita mencontohi pemimpin rasis macam Ibrahim Ali? yang perangainya tak ubah macam setan..

OLEH CHARLES P ANDIANG
TUARAN: Rakyat Sabah khususnya sebahagian penduduk Tuaran menolak mentah-mentah kemasukan sayap PERKASA di daerah itu kerana badan NGO itu merupakan parasit yang boleh memecahbelahkan perpaduan pelbagai kaum di Sabah khasnya di Tuaran.

Baru-baru ini Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah melancarkan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan Pengerusi PERKASA Daerah Tuaran Haji Rekan Setan Gundul dikediamannya.

Menurut beberapa orang penduduk Kampung Panjut Tuaran, kemasukan PERKASA di daerah Tuaran telah ditolak oleh 70 peratus penduduk-penduduk kampung tersebut, baik kaum bumiputera Islam dan bukan Islam kerana mereka tidak mahu sebuah badan NGO yang terlalu racist anti cina, anti india dan anti agama Kristian berada di daerah itu.

“Kami di Sabah khususnya di daerah Tuaran kini hidup dalam aman damai walaupun di kampung Panjut yang terdiri dari penduduk berbilang etnik dan mempunyai perbezaan anutan agama dan berlainan budaya boleh duduk makan minum bersama, tetapi apabila adanya PERKASA di daerah ini rakyat macam kurang senang dengan kehadiran PERKASA yang merupakan NGO condong kepada keganasan” ujar seorang penduduk Richard Mangkui Tabaan.

Kata Mangkui buat apa kita menyertai PERKASA sedangkan kita tidak tahu apa perjuangan sebenarnya.. yang kita tahu dan sering terbaca dimedia-media cetak dan portal PERKASA selalu buat orang marah macam-macam perkara dibuatnya yang benar-benar menyinggung perasaan dan mengguris hati masyarakat bukan Islam.

“NGO macam ini kah patut kita sokong? hanya orang-orang yang kecewa saja menjadi ahli PERKASA sebab sudah tiada tempat di mana-mana badan politik sama ada dalam BN/UMNO mahupun PAKATAN” ujarnya.

PERKASA baru-baru ini kata Mangkui, mendesak kerajaan BN supaya menutup sekolah cina dan sekolah India kerana kedua-dua bangsa ini tidak layak duduk di bumi Malaysia.. Perlukah kita mencontohi pemimpin rasis macam Ibrahim Ali? yang perangainya tak ubah macam setan.. - Free Sandakan Today

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.