Pengganas tidak takut ESSCOM, cemar imej Najib

Sunday 13 July 2014

Disebabkan pengkhianatan UMNO, kini Polis sendiri tidak mampu melindungi diri mereka, inikan pula mahu melindungi orang awam..

Insiden tembak menembak terbaru di Pulau Mabul, Sabah oleh tiga lelaki bersenjata yang tidak dikenali malam tadi mendedahkan kegagalan Putrajaya memastikan tahap keselamatan bukan sahaja kepada orang awam, tetapi juga pasukan keselamatan, kata DAP.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng mengaitkan insiden berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berada di Sabah sejak semalam.

"Ini cubaan menghina dan tiada rasa hormat kepada kerajaan Barisan Nasional dan Najib," kata Lim hari ini.

Serang hendap pada jam 10.30 malam itu mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh.

Sekumpulan individu bersenjata turut menculik seorang lagi berikutan serang hendap berkenaan.

"Najib ada di sana untuk perbincangan menstruktur semula Esscom, dan ini berlaku. Pengganas tidak takutkan Esscom. Sia-sia," kata Lim.

Lim bagaimanapun turut menyampaikan rasa simpati kepada keluarga anggota polis marin yang meninggal dunia, dan berkata pihaknya tidak menyalahkan pasukan keselamatan atas insiden tersebut, tetapi pemimpin dan kerajaan.

"Polis sendiri tidak mampu melindungi diri mereka, bagaimana mereka mahu melindungi orang awam," katanya.

Kerajaan juga katanya gagal menunaikan tanggungjawab asas mereka memastikan keselamatan rakyatnya. - Malaysian Insider

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.