Haiwan dari China dapat RM70 juta, haiwan dari Sabah terus diancam kematian

Monday 30 June 2014

Kerajaan Najib membelanjakan rm70 juta untuk dua ekor panda yang diPINJAM dari kerajaan China, tapi haiwan terlindung di Sabah terus diancam kematian kerana kekurangan peruntukkan..

KOTA KINABALU: Pencinta haiwan dan pakar hidupan liar di Sabah tidak puas hati dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang sanggup membelanjakan RM 70 juta untuk dua ekor panda yang dipinjam dari kerajaan China padahal beliau mengetahui tentang peningkatan kematian di kalangan haiwan yang terlindung dan kekurangan peruntukan dalam penjagaan haiwan liar di negara ini.

Contohnya, Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) yang mengalami kekurangan dana dan dikatakan sukar untuk melaksanakan penguatkuasaan dan perlindungan yang diperuntukkan melalui Enakmen Perlindungan Hidupan Liar Sabah 1997; akibatnya banyak kes kematian haiwan terlindung tidak dapat dijawab.

“Kerajaan Sabah hanya memperuntukkan sejumlah RM15 juta setahun untuk membiayai segala usaha penjagaan, pemulihan dan penguatkuasaan kawasan hutan dan haiwan liar,” kata satu sumber rasmi.

Dari jumlah tersebut hanya sebanyak RM0.5 juta yang di peruntukan untuk Zoo Lok Kawi di Sabah setahun dan adalah amat sedikit berbanding dengan peruntukan yang diberikan kepada pasangan panda Xing Xing dan Feng Ying sebanyak RM5 juta setahun.

Zoo Lok Kawi atau dikenali sebagai Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang dibuka pada tahun 2007 dikendalikan oleh SWD berkeluasan 280 ekar dan merupakan antara taman haiwan yang terbesar di Malaysia namun sering mengalami kekurangan tenaga kerja bagi pengendalian kerja seharian, menurut sumber tersebut.

“Peruntukkan yang diberikan kerajaan tidak cukup untuk menampung jumlah haiwan yang terkandas di pusat perlindungan dan zoo kerana banyak haiwan seperti gajah, orang hutan dan haiwan lain yang dipindahkan ke pusat haiwan tersebut telah bertambah,” kata sumber itu.

“Ini menyebabkan haiwan yang tinggal di kawasan tersebut tidak mendapat penjagaan yang secukupnya kerana kekurangan pekerja yang berpengalaman dan kawasan tempat tinggal haiwan tidak sesuai kerana kekurangan peruntukan untuk rancangan perluasan.”

Antara haiwan yang terdapat di Zoo Lok Kawi adalah gajah pygmy, orang utan, monyet proboscis, buaya, beruang malaya, kera, kijang, rusa dan lain lain.

Kerajaan Sabah masih gagal mengenal pasti punca pembunuhan gajah Borneo

Di Sabah terdapat sebanyak 200 spesies haiwan mamalia, lebih kurang 540 spesies burung dan 100 spesies reptilia dan di antara yang terlindung adalah badak sumatera, orang utan, beruang, banteng, kera bekantan, harimau dahan, gajah kerdil borneo, julung, penyu hijau dan penyu sisik.

2013 mencatatkan peningkatan kematian hidupan liar terutamanya kematian sebanyak 14 ekor gajah Borneo di Hutan Simpanan Gunung Rara yang ketika ini Kerajaan Sabah masih gagal mengenal pasti pembunuhnya. - Free Malaysia Today

Rampasan Tanah di Keningau

Lokasi jalan Sook - Tulid.. Tanah penduduk kampung dirampas, tanaman ditebang dan mereka dituduh sebagai penceroboh oleh Jabatan Tanah..

Inilah yang akan berlaku bila UMNO memerintah.. Orang Asal dituduh sebagai ancaman dan penceroboh sedangkan warga asing bebas berniaga, membuka penempatan, bercucuk tanam, menculik, merompak, membunuh, merogol dan sebagainya.. Manakala kroni-kroni UMNO pula terus mendapat keistimewaan dan kuasa seperti merampas tanah orang asal, memusnahkan hutan, menebang balak dan sebagainya tanpa perlu risau dikenakan tindakan undang-undang.. kenapa?? kerana semua dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO dan kroni-kroni UMNO ini telah "dipindahkan" dan "ditanggung" oleh orang asal Sabah.. Warga asing yang sering melakukan pelbagai jenayah di Sabah, tapi yang dituduh sebagai ancaman adalah Orang Asal.. Kroni UMNO yang memusnahkan jutaan hektar tanah atas alasan perladangan, tapi yang dituduh sebagai penceroboh adalah Orang Asal yang bercucuk tanam secara kecil-kecilan ditanah warisan nenek moyang mereka.. Apa lagi perkataan yang sesuai untuk menggambarkan UMNO jika bukan CELAKA?

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Masidi Manjun lebih risaukan undi berbanding kebebasan agama

Sunday 29 June 2014

Inilah Datuk Masidi Manjun... Orang Dusun ranau tapi ahli umno... Mengangkat perjuangan orang melayu... Jangan ini datuk cakap yang dia bangga jadi orang Dusun Ranau... Itu PENGHINAAN etnik Dusun kerana ia jelas menunjukkan yang pemimpin Dusun hanya kuli/hamba/orang suruhan melayu... Lagu umno itu sendiri menyatakan "hidup melayu"... melayu yang dimaksudkan adalah Melayu Malaya yang rojak... Tiada identiti yang sebenar... terlalu murah untuk memperolehi identiti ini...

Bukan kebebasan agama yang ditekankan tetapi pengundi pula... Memang otak malaya betul datuk ni... Shame on you masidi lanjun!


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Mana hilangnya pinjaman RM235 juta untuk air bersih Keningau?

Pada Jun 2012, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman berjumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah bagi membina sebuah loji rawatan air bersih di Keningau. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, berita gembira itu adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat terutama di kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas yang terbaik.. Kini, setelah dua tahun berlalu, ribuan penduduk Keningau masih bergantung dengan air hujan.. Mana hilangnya pinjaman RM235 juta??

Inilah yang berlaku bila UMNO celaka memerintah.. Sungguh pelik bila sebuah negara yang kaya raya memberikan kekayaannya secara percuma kepada Malaya, kemudian bila ada keperluan pembangunan, negara kaya ini pula yang terpaksa meminjam dari Malaya.. Dan lagi bertambah pelik bila penduduk Keningau masih bergantung dengan air hujan selepas kerajaan penyamun Malaya meminjamkan ratusan juta untuk membekalkan air bersih di daerah itu dua tahun lepas..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Rakyat Sabah semakin benci dengan Musa Aman

Wahai Musa Aman, rakyat Sabah akan menyayangi kamu sepenuh hati seperti rakyat Sarawak menyayangi Adenan Satem kalau kamu berani dan lantang seperti beliau untuk MENGEMBALIKAN @ MEMULIAKAN 20 Perkara/MA63. Semakin hari, rakyat Sabah membenci kamu kerana kamu sering membelakangkan kepentingan rakyat Sabah dan kepentingan Sabah khasnya pada masa hadapan. Kamu seharusnya MENDIDIK rakyat Sabah bahawa Sabah adalah antara pihak yang MEMBENTUK MALAYSIA dan BUKAN MASUK MALAYSIA. Fakta Sejarah ini adalah KUNCI UTAMA KEDAULATAN, KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN SABAH.

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Projek IC UMNO melalui Sijil Daftar Lewat Kelahiran?

'The State Government of Sabah should instruct NRD to stop entertaining applicants for Malaysian Identity Cards with Late Registration of Birth Certificates unless authenticated by the Native Courts of Sabah. In this way, foreigners can no longer abuse the system.'

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Apa lagi UMNO Malaya Mahu?

Friday 27 June 2014

Saya ikhlas cakap, sudah beratus-ratus billion hasil minyak telah digunakan oleh Malaya membangunkan negeri-negeri di Malaya, membangunkan Putrajaya (2001), membina twin Tower (94), memulihkan Bank Bumiputera (85 & 91), Konsortium perkapalan berhad (97) .. semuanya yang tiada kaitan dengan Sabah. 

Tuntutan kita bukan sukar sangat untuk ditunaikan.. hormati dan perteguhkan 20 perkara, kerana tanpanya, tiada MA63.. kaji semula perjanjian petroleum dan daftarkan semula rakyat Sabah. 

Setelah kamu rompak minyak Sabah, apakah masih terlalu sukar untuk kamu tunaikan tuntutan rakyat Sabah. jangan cakap soal perbelanjaan tinggi, jangan cakap soal risiko, jangan cakap soal kesuntukan masa.. kami sudah bayar Malaya dengan harga yang tinggi melalui minyak.. sehingga kamu sanggup memiskinkan negara Sabah demi untuk memajukan Malaya. apa lagi kamurang mau??

TJ Jamain.

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Ingat jasa UMNO! Kerana UMNO telah..

Ingat jasa UMNO! Kerana UMNO telah..

1. Menjajah Sabah selama 50 tahun.

2. Merompak minyak petroleum/ gas Sabah sebanyak 95% setiap tahun.

3. Merompak hutan simpan, tanah-tanah kampung dan tanah-tanah NCR milik penduduk asal Sabah melalui syarikat-syarikat kapitalis Malaya.

4. Merompak kayu balak.

5. Merompak tembaga.

6. Merompak hasil-hasil cukai Sabah.

7. Menternak dan meningkatkan populasi Warga Asing/PTI di Sabah sehingga melebihi 1.72 juta. 

8. Membuat Projek IC, Projek Pengundi Hantu, Projek Pengundi Pos, Projek Kewarganegaraan Songsang dan Projek Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya.

9. Memungkiri dan tidak melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, Perjanjian 20 Perkara (Sabah) dan Perjanjian 18 Perkara (Sarawak).

10. Menurunkan taraf/ status Sabah dan Sarawak daripada ‘Negara Sabah’ dan ‘Negara Sarawak’ kepada ‘Negeri Sabah’ dan ‘Negeri Sarawak’.

11. Menurunkan taraf/ kuasa ‘Yang Dipertua Negara Sabah’ kepada ‘Yang Dipertua Negeri Sabah’.

12. Menukarkan sistem kerajaan daripada Sistem Kerajaan Persekutuan kepada Sistem Kerajaan Kesatuan (Unitary State), di mana hampir semua kuasa diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat (Malaya), dan mencabuli hak dan kuasa autonomi 2 lagi ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’ yang lain, iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak.

13. Merompak/Memansuhkan kuasa eksekutif Ketua Menteri Sabah.

14. Meminda/ memansuhkan 5 Undang-Undang Sabah berkaitan Kuasa Eksekutif Ketua Menteri Sabah, Perlombongan, Yayasan Sabah, Tanah dan Hutan pada tahun 1994. 

15. Merampas kuasa kerajaan PBS melalui taktik divide and rule, iaitu melalui Projek IC, Projek Penggiliran Jawatan Ketua Menteri Sabah Setiap Dua Tahun, Projek Membeli Pengundi, Projek Menyewa Pengundi dan Projek Membeli ADUN-ADUN PBS yang telah menang pada Pilihanraya 1994.

16. Membubarkan parti USNO bagi memboleh UMNO bertapak di Sabah.

17. Memecah belahkan pemimpin dan rakyat Sabah (divide and rule) melalui penubuhan parti-parti politik serpihan/ proksi UMNO seperti AKAR (Datuk Mark Koding), SAPP (Yong Teck Lee), PDS/ UPKO (Bernard Dompok), PBRS (Joseph Kurup); dan sekarang PPS (Lajim), APS (Wilfred Bumburing).

18. Merompak hak-hak dan bidang kuasa Agensi-Agensi Kerajaan Negara Sabah seperti LKTNS, Jabatan Pertanian, LIGS dan lain-lain dengan membawa masuk Agensi-Agensi Persekutuan (Malaya) ke Sabah seperti FELCRA, FELDA, RISDA, etc., tetapi tidak melaksanakan ‘Borneonisasi’.

19. Memonopoli agihan kerusi Parlimen/ Kerusi DUN Sabah, di mana Malaya membolot 166 kerusi Parlimen, sementara Sabah hanya 25 dan Sarawak 31. Ini mewujudkan ketidakseimbangan kuasa politik dan membawa implikasi ketidakstabilan politik, ekonomi, pelaburan dan menjejaskan integrasi dan perpaduan. 

20. Menjadikan pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah sebagai kuda tunggangan dan kambing hitam Malaya.

21. Melaksanakan dasar kabotaj (Carbotage Policy) yang merugikan dan membawa impak negatif kepada pembangunan, pelaburan, kadar harga barang keperluan harian, kos bahan api, kos pengangkutan, pengangguran, inflasi dan kos sara hidup rakyat Sabah dan Sarawak.

22. Memiskinkan dan memundurkan Sabah sehingga ketinggalan 30 tahun di belakang Malaya/ Singapura/ Brunei dalam arus pembangunan.

23. Merampas hak perjawatan dan perkhidmatan rakyat Sabahan dengan memonopoli 46 jawatan Ketua Jabatan daripada 51 Jabatan di Sabah. Ini melanggar dan bertentangan dengan konsep ‘Borneonisasi’ dalam Perkara 8, Perjanjian 20 Perkara.

Anda adalah sebahagian daripada punca kuasa yang membentuk pemimpin, kerajaan, dasar dan sistem. Pemimpin dan kerajaan adalah dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Hak dan kuasa untuk menentukan semua ini ada di tangan anda. Justeru, gunalah hak dan kuasa itu dengan bijak untuk menentukan kehidupan anda dan generasi anda yang akan datang! - Tulun Sabah

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Perjuangan warga Borneo adalah menjunjung tinggi kedaulatan Borneo

Sabahan dan Sarawakian jangan sekali-kali putus asa menentang penjajahan alaf baru UMNO Malaya..

Isu agama dan kaum sudah lama diselesaikan dahulu di Sabah dan Sarawak.

Keutamaan warga Sabah dan Sarawak masa ini bukanlah mengenai ketuanan bangsa dan agama tetapi 'penindasan halus' kerajaan Persekutuan.

  • Hak Minyak DIRAGUT!
  • Hak Borneonisasi DIRAGUT!
  • Autonomi Imigresen CUBA DIHAPUS!
  • Laporan IGC 1962 DINAFIKAN!

Untuk memecahkan perpaduan di Sabah dan Sarawak, 'pihak berkuasa' Persekutuan menimbulkan isu agama dan kaum.

Jadi, jangan kena 'racun' mereka!

Sabah dan Sarawak bukan milik mana-mana agama dan bukan juga milik sesetengah kaum dan ia juga bukannya tempat dimana semua orang hendak menjadi wira untuk mendapat nama.

Wilayah Borneo (Sabah Sarawak) ini milik semua orang Borneo (Sabah Sarawak) yang mengenal intipati perlembagaan yang sebenar.

Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia bukan kerana Persekutuan ini mempunyai agama rasmi tetapi mereka menyertai sebab Persekutuan ini 'dijanjikan' sebagai sebuah wilayah sekular.

Warga Borneo (Sabah Sarawak) perlu berpendirian tegas mengenai budaya dan pemahaman mereka.

51 tahun sudah cukup 'tertindas' dan 'dianaktirikan'.

Status Persekutuan Malaysia hari ini diragui sepenuhnya, setelah 51 tahun Sabah dan Sarawak menjadi 'rakan setaraf' dengan Malaya.

Tiada keuntungan untuk ketiga-tiga pihak menjadi rakan setaraf lagi.

  • Royalti Minyak 5% (Padahal sumber minyak adalah milik kepunyaan penuh Borneo)
  • Sumber menjelaskan bahawa 20 tahun yang lalu, warga asal Sabah sekitar 70%-80% tetapi hari ini warga asal cuma 23%.
  • Isu agama dan kaum 'sengaja ditimbulkan' untuk membuatkan warga Borneo bertindak balas dan penguatkuasaan EO (Ordinan Darurat) boleh dilakukan ke atas Borneo (Peristiwa Kalong Ningkan 1966) :- Ini membolehkan pengambilalihan penuh Persekutuan terhadap undang-undang negeri.
  • Kerajaan Persekutuan buat masa sekarang memerhati 'pergerakan nasionalis' Borneo.

RUMUSAN :

Rakyat Borneo perlu bersatu tanpa mengira latar belakang politik. Perjuangan warga Borneo adalah menjunjung tinggi kedaulatan Borneo.

Jangan putus asa!!!

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Petronas Milik Melayu Tapi Minyak Milik Sabah/Sarawak

Ibrahim Ali and Perkasa should remember that Petronas has no value without Sabah, Sarawak..

An estimated 60% of the oil and gas recovery in Malaysia comes from the Sabah and Sarawak fields. This rate is going to increase substantially as more new fields are discovered and become operational in Sabah and Sarawak territorial waters.

Meanwhile oil fields in Terengganu are increasingly mature and being considered as marginal fields. In this situation the value of Petronas shares will depend much more on the Sabah and Sarawak fields than the Terengganu fields.

Once the ownership of Sabah and Sarawak territorial waters are taken back by the respective states, then the only thing of value in Petronas would be the oil and gas fields off Kelantan and Terengganu.

This also means that at least 60% of Petronas’ value as a company will be automatically taken over by whichever entity that Sabah and Sarawak will use to maintain and develop its own petroleum and gas industries.

In such a scenario Petronas will only be left with fields off Kelantan and Terengganu. In this situation, Sabah and Sarawak’s petroleum and gas entities will have a higher value than Petronas itself.

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

WTF.. Lelaki Muslim Halal Tiduri Gadis Bukan Islam?

Thursday 26 June 2014

Benarkah ini ajaran Islam sebenar? atau ajaran Islam Melayu? atau ajaran Islam Melayu UMNO?.. Mana hilangnya PDRM dan SKMM ketika provokasi dangkal dan jahil seperti ini berleluasa di media sosial? Mana hilangnya slogan 1Malaysia Najib bila penyokong ideologi "KeTuhanan" Melayu UMNO memainkan sentimen agama yang keterlaluan tahap binatang?..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

di Sulu jadi anggota pengganas, di Malaysia jadi anggota polis

Hanya di Malaysia, warga asing boleh menikmati hak-hak yang teramat istimewa dibawah pentadbiran kerajaan UMNO Celaka..  Selain diberikan IC, boleh Mengundi, boleh jadi ahli umno, dwi warganegara,.. warga asing ini juga boleh mengikuti latihan ketenteraan atau menjadi anggota pengganas Sulu dan dalam masa yang sama menjadi anggota polis di Malaysia.. Syabas kepada orang asal yang mengundi UMNO kerana bersekongkol dengan PENGKHIANAT Negara Sabah..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Penculikan: Musa Aman ludah muka sendiri

Tidak perlu penulis ulas panjang lebar mengenai kebodohan Ketua Menteri UMNO Sabah kerana gambar dibawah sudah cukup menjelaskan betapa bodoh dan dangkalnya menteri-menteri UMNO dalam menghadapi situasi kecemasan.. Ibarat mereka menegur diri mereka sendiri atau lebih tepat lagi meludah muka sendiri selepas kelemahan dan kegagalan mereka tidak mampu lagi disembunyikan..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

UMNO/BN berjaya bawa pembangunan di Sabah?

Bila Jeffrey Kitingan bangkitkan soal mengenai keadaan jalan raya, Musa Aman dan sekutunya melenting kononnya umno/BN telah berjaya membawa pembangunan di Sabah melalui peruntukan beribu-ribu juta dari kerajaan pusat.. Tapi gambar dibawah menceritakan hal sebaliknya..

Nah! inilah dia rupa bentuk jalan di N32 Tambunan sabah... berlubang-lubang dan berlumpur.. Mana peruntukan beribu-ribu juta kerajaan pusat seperti yang didakwa "Thief Minister" Musa Haji Aman?

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Culik: Pegawai risikan ESSCOM akui projek IC sebahagian dari punca

Tuesday 24 June 2014

Pegawai risikan ESSCOM mengaku gejala RASUAH, GAGAL MENGHALANG KEMASUKAN PATI, PENEMPATAN SETINGGAN, DAN PEMBERIAN IC SECARA HARAM sebagai punca berlakunya penculikan..

Siapa yang amalkan rasuah jika bukan penganut-penganut UMNO/BN.. Siapa yang gagal menghalang kebanjiran warga asing di Sabah, malah menganggap fenomena itu sebagai bukan ancaman keselamatan jika bukan kerajaan UMNO/BN?.. Siapa yang membiarkan warga asing membuka penempatan haram/setinggan di Sabah jika bukan kerajaan UMNO/BN?... dan siapa yang menubuhkan jawatankuasa khas memberikan IC kepada warga asing untuk menjadi ahli UMNO jika bukan kerajaan UMNO/BN?

Persoalannya, mampukah ESSCOM menangkap dan menghukum si pengkhianat UMNO CELAKA??

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Kerana dengkikan keharmonian Sabah/Sarawak, orang Malaya sebar fitnah

Ada orang Malaya yang dengki dengan keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Sabah dan Sarawak kini berusaha untuk memecahbelahkan dan mengancam keamanan dan keharmonian tersebut dengan menabur fitnah. Semoga orang seberang yang suka bermain api akan terbakar dengan niat buruk mereka sendiri..

Untungnya di Malaysia, perbuatan jijik dan keji seperti ini tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana perbuatan itu sesuai dan selari dengan perjuangan Ketuanan Melayu UMNO..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Keluar Malaysia: Siapa yang tidak matang?

MATANG bagi para badut-badut UMNO adalah apabila orang yang tidak suka kerajaan umno tinggalkan Malaysia, kerana yang untung adalah umno (boleh terus berkuasa sampai kiamat).. Manakala tindakan yang sangat TIDAK MATANG bila negara Sabah/Sarawak mahu berpisah dengan Persekutuan Malaysia, kerana yang rugi adalah kerajaan umno Malaya (Malaya masih bergantung dengan kekayaan bumi Sabah/Sarawak untuk membiayai pembangunan negeri-negerinya, membiayai kemewahan para pemimpin, badut dan kroni UMNO, disamping membayar hutang negara)..

Apa susahnya kerajaan UMNO tunaikan hasrat murni rakyat negara Sabah dan Sarawak untuk berpisah dengan Malaysia? Bukankah kerajaan UMNO juga yang menaja NGO-NGO perkauman seperti ISMA dan PERKASA yang lantang melakukan provokasi menghalau kaum dan penganut agama lain untuk keluar dari Malaysia?.. Bukankah orang-orang UMNO juga yang mahu rakyat yang benci pada kerajaan UMNO supaya keluar dari Malaysia? Tapi bila negara Sabah dan Sarawak mahu keluar Malaysia, badut-badut umno ini menuduh tindakan itu sebagai ugutan, hasutan dan tidak matang.. Siapa yang lebih dulu menunjukkan sikap tidak matang seperti ini sebenarnya??

Sebelum menuduh tindakan keluar Malaysia ini sebagai tidak matang dan bersifat ugutan, para pemimpin dan badut-badut UMNO patut menjawab apa untungnya Sabah/Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia?? Kenapa Sejarah Sabah/Sarawak dihapuskan? Kenapa perjanjian Malaysia 1963 dibakul-sampahkan? kenapa kekayaan Sabah/Sarawak diangkut ke Malaya? Kenapa biarkan Sabah dibanjiri warga asing yang kemudiannya diberikan IC? Kenapa status "rakan kongsi" dihapuskan dan digantikan dengan status negeri ke 12 dan ke 13?.. dan banyak lagi..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Hanya mentaliti penjajah saja yang kata keluar Malaysia tidak matang

Sunday 22 June 2014

Bagaimana pula bila NGO pro UMNO yang menggesa kaum cina dan india balik ke negara asal? adakah kenyataan itu dikira matang?.. Adakah bagi IKRAM, tindakan menghalau bangsa lain yang bukan beragama Islam keluar Malaysia adalah lebih matang berbanding dengan Sabah/Sarawak keluar Malaysia??.. Terbukti bahawa NGO pro UMNO Malaya hanya berminat untuk mengusir kaum dan penganut agama lain keluar Malaysia tetapi takut mengeluarkan negara Sabah dan Sarawak kerana mereka sedar bahawa Malaya sangat bergantung dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak.. Jika sentimen keluar Malaysia ini disifatkan sebagai tidak matang, begitu jugalah dengan pengkhianatan, penipuan, penjajahan, rompakan dan pelbagai jenayah sosial, ekonomi dan politik yang dilakukan oleh UMNO Malaya terhadap Sabah dan Sarawak..

Sepatutnya, apabila sentimen keluar Malaysia ini semakin lantang dimainkan, pihak yang harus dipersalahkan adalah parti pemerintah iaitu UMNO kerana gagal memimpin negara ke landasan yang sepatutnya, sesuai dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.. Sedangkan masyarakat dunia juga mengakui bahawa kerajaan Malaysia (UMNO) adalah kerajaan yang gagal, inikan pula rakyat Malaysia yang setiap hari melihat dan merasai hasil-hasil 'kegagalan' kerajaan UMNO..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Perjuangan STAR beri kesedaran kepada rakyat Sabah

STAR mungkin dilabel sebagai pengkhianat atau penghasut oleh pihak luar yang anti terhadap kebangkitan nasionalime dikalangan rakyat negara Sabah dan Sarawak, namun bagi rakyat di kedua-dua negara ini, STAR adalah pejuang tulen masa kini yang menentang penjajahan alaf baru oleh parti-parti Malaya.. 

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Amran Pekida contoh manusia jahil bagai binatang

Lihat apa yang terbuku dihati para badut umno Malaya/Melayu terhadap orang asal borneo.. masih mahu duduk dalam persekutuan yang dipimpin dan dikuasai oleh manusia cacat pemikiran seperti ini?? Inilah akibatnya bila ketuanan Melayu umno dijadikan agenda perjuangan politik.. Makin lama ketuanan Melayu umno berkuasa, makin jijik dan hina bangsa lain dipandang mereka.. Bukan setakat bangsa, malah agama lain juga dihina, dikeji, dikutuk dan diperlekehkan sedangkan bangsa mereka tidak kurang hebatnya dalam melakukan jenayah seperti rasuah, pembunuhan kejam, penipuan, rogol, pengkhianatan, rampasan tanah, rampasan hak dan pelbagai jenayah sosial, ekonomi dan politik.. Dan lebih teruk lagi apabila penjenayah-penjenayah berpangkat menteri umno tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh mahkamah dan undang-undang ciptaan mereka sendiri..


Sandra Li John Legan mane si biadap ni dpt crite kat Sarawak adanye harimau, anjing hutan, gajah & badak sumatera ??? bodoh paloi ... otak dibawah pala tut engkau ... so what etnik kami ada dna Babi ... ko ade!

Felicia Joseph Dolinting DNA babi 80% sama dgn manusia.Bukan Iban saja. Diam! la kau amran kau pun ada DNA babi.

Hafizan Suin Ijan Jgn trhasut dgn ayat2 Amran Pekida ni.mrk ini adalah agen2 Dajjal Laknatullah di bumi Malaysia.mmng hidup mati mrk utk mnjayakn dajjal mission.

Mohd Yahya Aq dah lama kat semanjung ni. Tp org pekida sebenar bkn utk kutuk bangsa Lain. Amaran buat ko amran. Pekida adalah persatuan utk menolong org yg kesusahan bkn utk memusuhi org.

Lenn Oyo adehhh teruk jgk ini org.kutuk2 kaum lain,mcm lh kaum dia ni sempurna sngat..ada pegangan agama ka juga dia ni,,??sngat mnydihkn..

Muhammad Adam Bin Abdullah teda guna mo maki mo marah..nti kita jd sama ja mcm dorg..lebih baik kita bangun,sain petison,sokong DDJK..ksi sedar org kmpung

Mohd Yahya Wahai anak Sabah Dan Sarawak bersatu lah kita jgn sampai org negeri lain pijak kita. Buktikan kita Sabah dan Sarawak lebih baik drp dieorg.

HM Sinjan Taib mahmud keturunan bidayuh mana ada melayu di sarawak. Semua manusia mempunyai persamaan DNA babi termasuk AMRAN mikado ko seorang manusia lah.

Tompipiris Minokok mau cari publisiti murahan ja ba c Amran Pekida ne.. salah satu ciri pengganas

Panglima Perang jika saya melihat benda apa yang dihujahkan sama sekali tidak mencerminkan kematangan berfikir, ia tidak akan memberi kesan apa-apa kepada pemikiran orang sarawak, saya kenal orang iban, saya,saya sekolah dengan orang iban dan saya tahu budaya orang iban. Apa yang saudara katakan itu hanyalah sejarah amalan pemenggalan tidak ada lagi diamalkan. adakah saudari buta kepada sejarah zaman boleh berubah dan pemikiran pun boleh berubah. satu lagi setahu saya taib mahmod bukanya melayu tetapi melanau dan saya tertanya saya tidak menjumpai kertas kerja professor albert domengo apa nama ini di ada-adakan untuk memecah belahkan perpaduan di sarawak ataupun cari publisiti murahan , inikah islam ajarkan kepada kita menghina orang atau bangsa orag, maka kita akan sebagai islam akan dipandang rendah, kerana hinaan begini rupa tidakkah mahu tuan hati-hati dalam melontarkan pandangan janganlah terlalu benci sesuatu kaum sedaangkan Allah tidak melihat paras rupa, warna kulit dan lain-lain selagi kamu bertakwa. mudah Allah bukakan pintu hati tuan semoga beradab dalam bertutur bicara. pandangan iklas dari saya..

Sea Dayak Sehina hina kami Dayak,belum ada satu pun masuk Bersama mu TV3. Makna nya kami Dayak kaum yang Unggul berbanding Melayu Perkida,satu hari nanti jika ada rezeki berjumpa dengan dia ini,aku pasti salah seorang antara kami akan Mati.

Vince Mun Itu pasal akta hasutan mesti dihapuskan dan tukar kepada akta racist baru macai ini tahu bagaimana menghormati kaum lain. Sepatutnya Sarawak dan Sabah seharusnya keluar dari semenanjung dan menubuhkan kerajaan baru dan pentadbiran baru utk kepada kebaikan rakyat Borneo serta memanfaatkan suku kaum disana. Jgn lagi ikut jejak dumno celaka, ubah bebaskan rakyat Sabah Sarawak.

Pius Lokiom Kita belajar daripada sejarah silam... Oleh kerana sikap orang2 kita Sabah Sarawak yg tidak suka golojo dalam setiap membuat keputusan dan terlalu berpagang kapada adat menghormati setiap tetamu yg datang yg berniat sesuatu dan akhir nya kita kehilangan kuasa... Pada ketika ini kita harus bersuara untuk mempertahankan hak2 kita yg semakin terhakis.

James Justine Kenyataan terkutuk beginilah yang lebih menambahkan semangat ingin cepat keluar dari persekutuan Malaysia.Apa ada kebaikan untuk borneon dari kenyataan Khunsa Amran ini?Borneon fikirlah...

Indeana Jai Tihing Bila sabah dan serawak keluar dari malaya gerenti orang2 malaya mati kelaparan dan jadi pengemis.. Ha ha betul tak orang2 malaya... Kikikikikik...

Melkom Asiap Jotel Sarawak ada harimau dan gajah??? Setahu saya jangan kata kan harimau gajah babi pun susah nak jumpa sekarang ni..semua nak oder dari semananjung skg..kikikikiki.....

Jengking Merah amran pekida!! jgn nk tnjuk hero dn berani atas nama pekida,klu stkat orang suruhan,baruah,balaci umno tahi jgn mimpi lh. bgus kau tlong mak bapa kau d kebun tanam nenas. ni lg brfaedah dripda kau mnambhkn dosa kau utk mrosakkn orang. sya nak tnya ni,knpa pekida ni jadi suruhan atau balaci umno utk mngngu hdup orang??? knpa ramai ahli pekida jd bounzer d kelab mlm?? knpa pekida sngup mbnuh sesama bngsa sndiri??? pekida d sabah dipimpin olh darah suluk kiram,mreka smua ni ada keahlian umno dn tdk hairan lh kes d tando tu ahli2 umno ni yg bt.pnculik2 pun ktrunan mreka.
apaaaaa mau banggaaa dgn pekida owhhhh.....!!!!!!!

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Baik haramkan semua sukan di Malaysia

Bila kerajaan UMNO memerintah, makin ramai manusia jadi Tuhan di Malaysia.. Tengok bola sepak pun dikatanya 'zina mata' sedangkan banyak lagi drama/wayang yang lebih teruk dari bola sepak.. Kenapa tidak haramkan saja semua drama, wayang, sukan atau fesyen di Malaysia? Dan, kenapa ditujukan kepada perempuan saja? bagaimana dengan lelaki yang menonton sukan yang mana atletnya dikalangan wanita?


Tony Liew Dlm dunia ini.hanya di malaya saja teruk betul2..ini haram itu haram???..tapi dlm hakikat di malaya..bangsa apa yg bnyak buang anak?????..penagih dadah???.rempit???ragut??rogol??rompok??..kwn2 ini bukan rekaan.tapi keyataan dlm kehidupan di urang..jadi apa2 dia urang ckp pasal haram ini itu sya tdk hairan..sebab sya suda tau yg mn haram dn yg mn halal..

Mohammad Safuan Dolsaha tengok World Cup "zina mata" katanya..habis tu pelakon perempuan drama melayu yang pakai seksi2 mcm pornstar tu bukan "zina mata" lah???aiyooo..banyak sangat makan Cadbury ni pakcik..

Vina Binut Drama2, filem2 melayu durg yg seksa dan seksi nda haram ka? Klu tingu yg tu mangkali nda zina...hahahahahhahahaha...paling muduh!

Jenneffer Jiminit hahaha...adaka org tngok bola smpi boleh menyebabkan sexual excitement?? !!! orng budu sja mcm tu..hhahaha..

Abdul Latif Ekong Mcmna pula dgn drama bnyk adegan rogol tu trutama drama melayu?????

Sam Samath Mah Mcm2 ada di malaysia, ada bangla, negro,indon,myanmar,china,russia,MELAYU CELUP, WARGANEGARA SEGERA, "MELAYU MENGAKU" "ORANG MELAYU SEGERA", tubuh undng2 tapi sendiri langgar, yang benar disalahkan, yg salah jadi benar, Saluran TV penipu, Bak kata MAlAYSIA BOLEH.

Atiqah Tq Zina mata ni bila kita tengok sesuatu dan kita bernafsu syahwat. Wehhh. Please la. Cara perempuan tgok lelaki yg terbuka aurat tu BERBEZA dgn cara lelaki tgok aurat perempuan. Lutut wehhhhh.. mau syahwat apaaaaa.. vongok

Herman Liansim Apa la kamurang ni... Butul ba dia cakap. Cuba kamu tanya c gobuk atau org sana Hosp. Bukit Padang atau Tanjung Rambutan. Smua setuju tu...

Olivia Grace Gujiloh Kebodohan melampau...!!! Bagus kamu tinggal d gua la... smua pun tdak buli, smua pun haram...!!! Bangang!!!

Ynwa Ynwa Liverpool Datuk Daud coba Tanya Datin Seri Rosmah Ade tak ciri2 sexual fantacy jika tonton Badminton Final baru2 Ini???

Brenda Rozelya Jr. Hahaah... Dia jealous ba kali bini dia tgk World Cup pasal tu la dia kasi keluar statement mcm ni hahahah...

Leo Liew Don't involve sport with religion.... Malaysia has become more extreme and a big laughing stalk to the world because of this kind of stupidity....

Renzo Rnu BODOH TAHAP GABAN..yg kat tv tu x pula dikatakn haram.majalah2 hiburan x pula dikatakn haram...ingt org prmpuan ni tgk bola semata2 nk tgk "aurat" pemain tu ker??sah,umno penuh dengan org bodoh!!!

Ester Masri knapa ada pemikiran mcm ne ah?salah sepa bh buat ne urg jd bgni,ini la urg2 yg kuning utak,yg menyebbkn makin byk kes sabul ne tau,urg bru trdedah buku lali,da npk smpai bwh pinggang suda..btl2 bkin rusak perpaduan sja..

Alice Lo Bini dia pun ikut tonton world cup & hari2 mahu, nampak lelaki pakai seluar pendek, dah ada kemahuan, dia tak tahan bini dia kuat nafsu, jadi reka cerita yg bukan2. Jaga Bini di rumah aja sbb di mana2 aha ada lelaki yg pakai seluar pendek... sangat lucu & semua org di dunia ketawa sama u la..

Preslley Yatong Susah juga kalo manusia jd tuhan..yg baik jd salah,yg salah jd betul..besa la malaya..telampau pandai..utusan tuhan ni..

Nell Crystal Alamak....too much flavour!! Tu hati bkn tlebih iman tp tlebih nafsu sdh ni! Tgk bolapn blh ngang ka? Org bz tgk game bolalh! Msh ada masa utk naik nafsu meh?.. come onlh, skrg zaman apa? Smartphonepn blh tgk klu mau!!. Ada bola ada nafsu...lawak apakh ini??? Btw bila tgk worldcup kluarlh ridiculous statement... worldcup saja ke! M'sia fc?? malaysia ni memang boleh! Mcm2 ada. X pyh bt drama n filem sdh.. klu perlu ada bola suruh smua pmain pki jubah hbs cerita... klu x angin pokok tkkn bgoyang...mgknkh statement ni kluar atas pgalaman sendiri? Tuhan saja yg tau.

William B Bachelor Kenapa la Malaysia ni palui2 belaka? Semua pun no 1. Corruption, Racism, Double Standard, Stupidity, semua pun numbul satu.

Leo Tony Alang2 kasi banned trus bh world cup sni malaysia....bru puas hati kn...kita tgok apa respon orang....tpi drang jg yg byak tgok tu matches....x ka budu nma dia tu....ptutlh malaysia x akan kna snrai dlm world cup smpi bila2...smuanya HARAM!!!!!!

Chrysallis Trance Teda pun kami yg perempuan ni dapat sexual excitement bila tgk pemain bola yg sdg main bola....dia yg dpt sexual excitement tgk tu pemain bola mangkali tu 

Brenda Rozelya Jr. Hahaha punya buduh... Jd ppuan yg ikut sport swimming, tennis, golf yg pakai swimsuit n skirt tu x zina la d mata lelaki? Tu ms universe yg pakai bikini x zina la? Mo kasi salah ppuan ja kunun zina mata tgk World Cup... Apalaa

Colin Fredo Lin Only in malaysia,kenapa mau anjur piala malaysia...Bodoh punya statement...Sudah ku duga,selepas coklat mesti ada lagi isu halal haram ini...Tapi x sangka world cup pula yg kena...Bebal sangat ker Malaysia ni...

AngeL BeaR Seriously? Next time guys cannot watch gymnastics and any aquatic sports too. Orang yg mmg otak dia fikir pasal seks saja boleh fikir macam ni!!! Basug

Head Hunting Btul2 rosak..jgn mw jd tuhan..sma2 jg manusia..dosa,pahala,syurga,neraka tk da seorg yg tahu...jgn buat fakta yg mkn dri sndri...

Kenali kaum di Malaysia?

Saturday 21 June 2014

Inikah "fakta" yang mahu disuap ke minda generasi muda dengan memaparkan hanya ada enam kaum di Malaysia disamping memberikan gambaran yang salah mengenai kaum Kadazan dan Iban? Tidak cukup sejarah Sabah dan Sarawak dihapuskan Malaya, kini gambaran mengenai kaum di Sabah dan Sarawak juga cuba diterbalikkan?.. 

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Rupanya RCI Sabah hanya wayang untuk menang PRU13

Ketelusan dan kesungguhan kerajaan umno/BN untuk menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah hanya wayang kulit semata-semata.. penubuhan RCI bukan untuk menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing dan projek IC di Sabah, sebaliknya hanya untuk mempengaruhi rakyat Sabah untuk terus mengundi umno/BN pada PRU13 yang lalu.. Buktinya, sehingga hari ini, kerajaan umno masih belum dedahkan hasil siasatan, apatah lagi bertindak..

Mungkinkah disebabkan dalang-dalang projek IC ini adalah dikalangan orang-orang UMNO, malah ada yang kini bergelar menteri, maka hasil siasatan terpaksa disembunyikan?? atau, mungkinkah kerajaan UMNO memerlukan masa yang lama untuk mengubah suai hasil siasatan dan mencari jalan bagaimana supaya projek IC ini dapat diteruskan dan dalam masa yang sama pengkhianat-pengkhianat UMNO ini terus bebas tanpa dikenakan apa-apa tindakan?

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Warkah untuk Profesor Agus

Kami hanya mahu HAK kami dan kami tidak akan mengambil biar sesen atau seinci pun HAK kamu.. Kami menuntut, sebab kami tahu kami BERHAK untuk menuntut..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Profesor umno cetek perlembagaan

Jika perlembagaan Malaysia yang dilanggar, adakah ia versi 1963 atau versi 1976?

Sabah Report inilah salah satu sebabnya kenapa pelajar dan institusi pendidikan di Malaysia antara yang tercorot dalam ranking dunia.. dari pensyarah hinggalah profesor (tidak semua) adalah dikalangan badut2 umno yang punyai misi menjaga kepentingan umno dan ketuanan Melayu umno.. mereka tidak sesekali rasa bersalah mendidik anak bangsa dengan pelbagai fakta karut, putar belit, malahan menjadi penggerak utama kepada provokasi kaum dan agama....

Zainnal Ajamain Ini contoh professor yang hanya faham "Malaya" bukan MALAYSIA - kalau di kaji dengan lebih mendalam MALAYSIA di bentuk oleh Federation of Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore. Singapore telah menolak Malaysia dalam tahun 1965 - dan Federation of Malaya tidak wujud langsung sekarang - eartinya MALAYSIA sekarang hanya terdiri daripada Sabah dan Sarawak sahaja - bagaimana boleh PUTRAJAYA yang memberi arahan? Mana Sarjana Perlembagaan - tidak perjelaskan ini? Nah kalau mau perjelas mesti buat kajian dengan hati hati.

Poul Sarian Kita (Sabah Sarawak) tidak boleh berdiam diri begitu sahaja. Sebagai rakyat Sabah Sarawak, kita ada hak untuk mempertahankan kedaulatan. Di Sabah, dalam tahun-tahun 90 an, orang Sabah telah diperbodohkan oleh orang Malaya dengan membuat KEBENIT SABAH seperti JKKK. Dua dua tahun. Dalam satu penggal ( 5 tahun pemerintahan) sahaja, ada 3 ketua menteri berganti ganti. Lepas tu, bila UMNO bertapak di Sabah, penggiliran jawatan Ketua Menteri ini telah dibatalkan. Sungguh sedih dan memalukan. Sehingga hari ini, kita berada dalam sangkar emas UMNO. Fix DEPOSIT. Siapa yang makan keuntungannya?

Dagpa Rimpoche Professor Mohammad Agus Yusoff bukan cetek pengetahuan tetapi dia cuba memutarbelitkan kenyataan. Inilah tabiat buruk Bn and Umno yang menimbulkan kekecohan di Malaysia.Samalah seperti isu negara Islam.They have started talking about the Malacca Sultanate. Why are they not talking about their bamboo canons? They never like the truth. The truth is haram for them.

Lee Keng Hoon Would the Malays be happy to be dictated to by the Sarawakians? Would the Malays be happy to hear Ketuanan Kadazan shouted at them everyday? Viva Sarawak and Viva Sabah!

Mountaineers Highlanders Seorang lagi Prof Kangkung yang di keluarkan oleh BN UMNO untuk menjaga dan memelihara kepentingan UMNO Syaitan buat selama-lama nya.

Naspazi's Channel Salam hormat semua, bagi saya, apatah lagi sejarawan Malaya, bahkan sejarawan Asia dan dunia sekalipun, tidak akan dapat membuktikan bahawa, Malaysia itu bukan sebuah negara yang dimerdekakan pada tarikh 31 Ogos 1957, melainkan gabungan (Confederation) 4 entity negara merdeka yang membentuk (Formation) Malaysia pada tarikh 16 September 1963! - Naspazi

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Menghina agama lain dianggap sebagai perbincangan intelektual?

Friday 20 June 2014

Jika selepas ini ada seminar anti-Islam atau anti-Melayu atau anti-UMNO, anggaplah itu sebagai perbincangan intelektual.. dan seperti kata Muhyiddin, ia patut dilihat secara positif.. Malah gesaan Sabah/Sarawak keluar Malaysia juga patut dilihat secara positif sebelum mentaliti jijik UMNO menular ke Sabah dan Sarawak..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

Warga asing miliki senjata api buatan sendiri ditahan

Kebanjiran warga asing di Sabah bukan ancaman keselamatan?

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dua laras senjata api buatan sendiri dipercayai jenis ‘bakakuk’ dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Talibas, Buang Sayang, Jalan Segama, di sini awal pagi kelmarin.

Turut dirampas lima buah motosikal bersama beberapa komponen enjin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Shamsudin Mat ketika dihubungi berkata, bertindak atas risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Lahad Datu yang diketuai oleh ASP Ladamah Sulaiman mengadakan Ops Cantas Khas bagi menjejak dan menangkap suspek.

“Dalam serbuan di rumah terbabit pada jam 6.15 pagi itu, kita berjaya menahan suspek berumur 37 tahun di dalam bilik tidurnya, yang mana ketika penahanan dilakukan, suspek yang menyedari kehadiran polis telah bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditangkap,” katanya sambil menambah, turut ditahan isteri dan anak suspek berumur 22 dan 4 tahun kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek, polis menjumpai dua laras senjata api buatan sendiri yang telah dileraikan dan disembunyikan di dalam sarung kusyen tempat duduk.

“Selain senjata api, kita juga berjaya merampas lima buah motosikal bersama beberapa komponen injin yang disimpan didalam dan dibawah rumah suspek,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek juga turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Suspek dan barang rampasan kemudiannya di bawa balik ke IPD untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1960, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10 ribu atau kedua-dua sekali. - The Borneo Post

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]