Apa keistimewaan menyertai Malaysia?

Monday, 9 June 2014

Mulanya diwar-warkan persekutuan malaysia ini adalah untuk perkongsian dan kerjasama dari segi keselamatan dan ekonomi tetapi itu cakap sahaja, niat sebenar lain.. 

soalan ini lebih kurang kenapa pemimpin kita dahulu bagi negara mereka kepada malaya? .. untuk dapat jawapan kena baca panjang sedikit...

memang benar jika kita lihat dan toleh kembali ke belakang lebih banyak keburukan dari kebaikan dari penubuhan persekutuan malaysia.. jika ss tidak berada dalam persekutuan maka ss ini adalah sama seperti brunei.. aman, mewah, harmoni, maju, tiada masalah sosial, ekonomi dan tiada masalah politik kaum dan kaum yang diamalkan oleh malaya, boleh merancang sendiri pembangunan ss.. hanya yang baik2 sahaja akan ada dinegara ss.. cuba lihat shj perwatakan ss ini lebih sederhana, tidak mahu kekecohan, bersikap baik kepada orang lain tetapi sifat baik ss inilah juga yang diambil kesempatan oleh malaya...

mulanya diwar-warkan persekutuan malaysia ini adalah untuk perkongsian dan kerjasama dari segi keselamatan dan ekonomi tetapi itu cakap sahaja, niat sebenar lain.. 

mana2 perkara yang tidak dipersetujui dipaksakan secara ugutan dan tipu helah, kalau tidak berjaya akan berlaku nahas bermacam-macam spt nahas kapal terbang etc.. Kesilapan paling besar ss masa itu ialah tidak menubuhkan pasukan tentera terlebih dahulu supaya mereka dapat menghadapi the worst case scenario.. 

selepas penubuhan persekutuan malaysia, pelbagai buli, penindasan, ancaman dan ugutan kepada ss supaya ikut telunjuk malaya spt menurunkan status negara kpd negeri, 95 peratus aku punya 5 peratus kamu punya dan lain2 yang semuanya berat sebelah.. tidak mungkin ada manusia waras didunia ini mahu setuju begitu, tidak mungkin ada manusia waras yang mahu menyerahkan negaranya senang2 begitu saja....

jika dilihat dari segi agama, moral dan kemanusiaan ianya dicapai dengan cara yang keji, hina oleh manusia yang tamak, penipu, munafik tetapi mereka mungkin berbangga jika dilihat dari segi kepandaian berpolitik kononnya walaupun sama sahaja tindakan mereka dengan yahudi zionis, melampaui batas agama, dan menurut nafsu mereka semahu-mahunya.. tetapi hakikat sebenar adalah tiada manusia didunia ini bangga dengan perbuatan jahat dan kejam mereka .. itu pun jika mereka masih ada sifat manusia dalam diri mereka..

ianya mudah dilakukan pada masa itu kerana rakyat ss ini ketinggalan dari segi pengetahuan dan pemikiran berbanding malaya dan singapura masa itu.. perkara ini memang telah disedari oleh pemimpin ss masa itu sebab itu mereka menuntut perkara 18/20 semasa pembentukan persekutuan..

dan perkara yang kedua kerana pemimpin ss yang sangat taksub mahu jadi leader dengan cepat dan tidak sabar maka senanglah diperkotak-katikkan oleh orang luar... walaupun itu kelemahan dipihak kita, tetapi itu juga menunjukkan pemimpin malaya menipu, tidak jujur perjanjian, menindas negara lain, tidak adil, munafik, tamak dan lari jauh dari ajaran agama .. sama sahaja perangai mereka dengan yahudi zioanis menindas palestin sekarang.. 

selepas lebih 50 tahun kita ditindas, diancam, dibuli oleh mereka pelbagai perkara yang sukar difahami oleh rakyat ss sendiri wujud dalam ss disebabkan oleh pelbagai penipuan dan tindakan brainwash oleh malaya seperti penipuan sejarah dalam buku2 sejarah di sekolah, menanam kepercayaan malaya adalah tuan mereka, pelenyapan etnik, ancaman dan ugutan melalui undang2 darurat, menggunakan perkataan keamanan untuk melindungi perbuatan mereka dan lain2 lagi ... 

hasilnya ramai rakyat ss tidak tahu sejarah sebenar, tidak peduli kepada sejarah sebenar ss, wujud rakyat ss yang jadi talibarut, jadi sikitul, menganggap malaya adalah tuan mereka, mereka tidak layak memiliki kekayaan ditanah mereka sendiri dan perlu menyerahkan kekayaan kepada malaya, tidak ada rasa patriotik kepada negara sendiri, jadi individualistik melampau sampai tidak peduli kepada negaranya, asal dia tidak terganggu kononnya, wujud pemimpin2 bacul penakut pengecut sampai menyembah2 dan menjilat pemimpin dari malaya etc.. 

hasilnya sabah jadi negara yang paling miskin, sarawak antara yang paling miskin, pengagihan peruntukan tidak adil, ss dianaktirikan dalam kemajuan infrastruktur, ketidakseimbangan ekonomi di negara ss berbanding malaya, pelenyapan etnik disabah, politik malaya diserapkan kepada negara ss sampai keamanan antara kaum terjejas teruk, isu PTI  yang tiada kesudahan...

dan selepas 50 tahun juga, ramai rakyat malaya menggangap mereka adalah tuan kepada negara ss, malaysia adalah kepunyaan mereka sahaja, mereka dapat mengaut keuntungan dari negara ss untuk memajukan tempat mereka, membina infrastruktur yang jauh lebih baik, dan rakyat mereka jadi kaya raya.. sedar tidak sedar sudah 50 tahun lebih mereka makan duit haram hasil dari penindasan, ugutan dan ancaman kepada negara ss.. 

rakyat ss perlu tahu sejarah sebenar negara mereka, ini adalah hak mereka yang sah, membiarkan sejarah sebenar ss begitu sahaja adalah dosa kepada semua rakyat ss ... sebab itu selepas lebih 50 tahun dibrainwash rakyat ss perlu bersabar untuk menyedarkan semua rakyatnya bahawa mereka adalah negara yang "hilang"... Diamantora Angelos

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.