Dua bulan selepas tragedi "Double Six” status Sabah/Sarawak diturunkan

Wednesday 18 June 2014

27.08.1976... beberapa bulan selepas “Tragedi Double Six” status kita sebagai rakan kongsi dalam "Federation of Malaysia" di turunkan kepada negeri yang setaraf dengan negeri dalam Pesekutuan Tanah Melayu..

Malaysia hanya wujud dengan adanya “Perkara 20” dan “MA63”. Tiada dua dokumen ini maka tiadalah Malaysia. Bila dua dokumen ini tidak dihormati, ertinya Malaysia ini tidak dihormati. Keterlaluankah mendesak supaya Malaysia ini mesti dihormati ?!

Tiada satu peruntukan undang-undang yg menghalang kepada usaha menuntut hak pelaksanaan perjanjian. Perjanjian ini mestilah menjurus kearah komitmen bersama untuk melaksanakan apa yang dipersetujui. “Perkara 20” tidak pernah hilang nilai perundangannya. Mengapa tidak dihormati?!

Jika “Perkara 20” dan “MA63” tidak dihormati, ini bererti negara Sabah dan negara Sarawak akan terus rosak dan Persekutuan Malaysia juga terus rosak. sekiranya Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak di hormati maka kedaulatan, keluhuran, kesopanan ‘Federation Of Malaysian’ kabur dan hilang serinya di hati Pribumi Sabah dan Sarawak.

Kami anak-anak Pribumi negara Sabah dan negara Sarawak akan terus melaungkan hak-hak kami. Kalau tidak di bumi nyata, di akhirat kita berjumpa!


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.