Bersedialah menerima kebangkitan nasionalisme di Sabah dan Sarawak

Thursday, 19 June 2014

Kami warga Sabah dan Sarawak hanya menuntut hak kami seperti yang kami impikan untuk berada dalam Persekutuan Malaysia. Jika ianya tidak dipenuhi, maka bersedialah menerima kehilangan dua buah negara yang selama ini menjadi sumber kewangan bagi memajukan Tanah Melayu..

Sarawak telah mengatur langkah pertama, DUN Sarawak sebulat suara meluluskan usul royalti minyak 20% untuk Sarawak. Jika Perdana Menteri atau Kerajaan Pusat tidak setuju, maka bersedialah menerima kebangkitan total nasionalisme di Sarawak dan bakal pula berjangkit di Sabah.

Kami (Sabah dan Sarawak) tidak meminta lebih, kami bukan bangsa tamak. Tidak sebutir pasir pun di Malaya kami mahu tuntut, dan tidak juga walau sehelai daun kering yang sudah bergelar sampah... Kami tidak seperti syarikat-syarikat besar dari Malaya yang merampas tanah orang asal di Sabah dan Sarawak, kemudian menuduh orang asal sebagai ancaman dan penceroboh.. 

Kami warga Sabah dan Sarawak hanya menuntut hak kami seperti yang kami impikan untuk berada dalam Persekutuan Malaysia. Bukan seperti hari ini dimana status "negara" diturunkan menjadi "negeri" ke 12 dan ke 13, status "kaya raya" menjadi termiskin di Malaysia.. dan banyak lagi pengkhianatan UMNO Malaya terhadap negara Sabah dan Sarawak..

Jika hasrat DUN Sarawak tidak dipenuhi, maka jangan hairan, dalam masa terdekat, suara bercerai dengan Malaya akan bertiup kencang.. Sabah dan Sarawak tidak akan rugi andai perceraian berlaku, malah Tanah Melayu lah yang akan rugi kerana selama ini kemajuan yang dikecapi Tanah Melayu adalah hasil dari kekayaan Sabah dan Sarawak..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.