Akibat terlalu lama memerintah negara, kerajaan UMNO/BN semakin kebal dari undang-undang dan tidak perlu risau melakukan apa jua bentuk jenayah sosial, ekonomi dan politik.. Malah segala bentuk undang-undang dan hukuman tidak akan terpakai jika pemimpin, badut dan kroni UMNO mengkhianati kedaulatan negara dan undang-undang..
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
- Sejauh mana rakyat Malaysia dapat menerima kepelbagaian agama dan mazhab di Malaysia? Apakah tahap toleransi penduduk Malaya berbanding Sabah dan Sarawak?
2) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Apa perlunya dan logiknya rakyat Sabah dan Sarawak perlu setia kepada Raja-Raja Melayu serta kepada Persekutuan Malaysia, sedangkan hak-hak kita diperlekeh oleh mereka?
3) Keluhuran Perlembagaan
- Perlembagaan yang mana satu? Perlembagaan Malaya? Perlembagaan Persekutuan Malaysia versi 1963? Ataupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah diubah sesuka hati tanpa merujuk kepada suara rakyat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu?
4) Kedaulatan Undang-Undang
- Adilkah undang-undang tersebut jika ianya digubal dan dilaksanakan oleh para pemimpin kuku besi yang tidak menghormati Perlembagaan itu sendiri, seperti merampas Alkitab BM?
5) Kesopanan Dan Kesusilaan
- Kenapa hanya 'sensitiviti' sesetengah kelompok komuniti yang perlu dijaga dan dihormati? Adakah negara ini mereka yang punya? Mengapa mereka berpendapat yang kelompok komuniti lain tidak punya sensitiviti yang perlu dijaga dan dihormati? (Tidak perlu saya sebut kaum apa, saya rasa kamu faham juga tu.)
Credits to Jengking Merah
Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.