Hanya mentaliti penjajah saja yang kata keluar Malaysia tidak matang

Sunday 22 June 2014

Bagaimana pula bila NGO pro UMNO yang menggesa kaum cina dan india balik ke negara asal? adakah kenyataan itu dikira matang?.. Adakah bagi IKRAM, tindakan menghalau bangsa lain yang bukan beragama Islam keluar Malaysia adalah lebih matang berbanding dengan Sabah/Sarawak keluar Malaysia??.. Terbukti bahawa NGO pro UMNO Malaya hanya berminat untuk mengusir kaum dan penganut agama lain keluar Malaysia tetapi takut mengeluarkan negara Sabah dan Sarawak kerana mereka sedar bahawa Malaya sangat bergantung dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak.. Jika sentimen keluar Malaysia ini disifatkan sebagai tidak matang, begitu jugalah dengan pengkhianatan, penipuan, penjajahan, rompakan dan pelbagai jenayah sosial, ekonomi dan politik yang dilakukan oleh UMNO Malaya terhadap Sabah dan Sarawak..

Sepatutnya, apabila sentimen keluar Malaysia ini semakin lantang dimainkan, pihak yang harus dipersalahkan adalah parti pemerintah iaitu UMNO kerana gagal memimpin negara ke landasan yang sepatutnya, sesuai dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.. Sedangkan masyarakat dunia juga mengakui bahawa kerajaan Malaysia (UMNO) adalah kerajaan yang gagal, inikan pula rakyat Malaysia yang setiap hari melihat dan merasai hasil-hasil 'kegagalan' kerajaan UMNO..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.