Jeffrey mahu Putrajaya tangani kad pengenalan palsu di Sabah

Tuesday 10 June 2014

Beliau mengulas laporan bahawa 18 daripada 22 rakyat Filipina yang ditangkap di Perak baru-baru ini telah mengaku bersalah memiliki kad pengenalan Sabah palsu manakala empat yang lain telah mengaku menggunakan kad pengenalan orang lain di Perak.

KOTA KINABALU: Keengganan kerajaan Persekutuan untuk bertindak mengatasi masalah pengenalan palsu di Sabah telah digambarkan oleh Ketua Parti Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap Sabah.

Beliau bertanya bilakah kerajaan persekutuan akan mengambil tindakan tegas untuk benar-benar membasmi dan menyelesaikan masalah ini.

Beliau juga berkata bahawa terdapat kad pengenalan palsu dan penduduk asing yang menyamar sebagai orang Sabah di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang keturunan pendatang haram ini yang dilahirkan di Malaysia akan berada dalam angka berjuta-juta,” kata Jeffrey, yang juga ADUN Bingkor, dalam suatu perbualan dengan FMT.

“Pada masa itu, masalah ini akan berada di luar kawalan dan imej rakyat Sabah akan tercemar oleh warga asing haram yang memiliki kad pengenalan palsu.”

Beliau mengulas laporan bahawa 18 daripada 22 rakyat Filipina yang ditangkap di Perak baru baru ini telah mengaku bersalah memiliki kad pengenalan Sabah palsu manakala empat yang lain telah mengaku menggunakan kad pengenalan orang lain di Perak.

“Ia tidak lagi akan menjadi tentang jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini malahan hak-hak rakyat Malaysia yang tulen akan terjejas oleh warga asing ini memuncak dalam mereka mentadbir kerajaan pada masa akan datang,” tambah beliau.

“Adakah ini yang diinginkan oleh pemimpin kerajaan persekutuan? Ia adalah satu pengkhianatan jika mereka tidak melakukan apa-apa.”

Terdapat juga kes rakyat Sabah palsu yang di katakan menyamar sebagai seorang doktor di Melaka, kata Jeffrey.

Beliau mengingatkan bahawa beliau telah banyak kali berkata sebelum ini bahawa isu kad pengenalan palsu dan penduduk Sabah palsu akan terus menghantui Semenanjung Malaysia selagi kerajaan persekutuan enggan mengambil serius isu pemberian MyKad palsu di Sabah.

Beliau ingat akan kes-kes yang melibatkan warga asing yang memiliki kad pengenalan Sabah palsu yang diupah sebagai pengawal keselamatan, termasuk seorang yang menembak dan membunuh seorang pegawai bank wanita.

‘Bagaimana pula dengan enam pemandu teksi di Lembah Kelang pada awal tahun ini yang mengaku bahawa mereka dilahirkan di Pakistan tetapi telah didapati memiliki kad pengenalan yang mempunyai kod lahir di Sabah?” tanya Jeffrey.

Mereka telah diberikan surat oleh Jabatan Pendaftaran Negara mengarahkan mereka untuk menyelesaikan masalah dokumentasi pengenalan mereka dan Jeffrey bertanya apakah yang telah berlaku sejak itu.

“Ia adalah modus operandi yang sama seperti yang didedahkan di perbicaraan RCI.”

“Orang asing ini akan mengisytiharkan bahawa mereka telah ‘dilahirkan semula’ di Sabah dan kemudian mereka diberikan kad pengenalan,” kata Jeffrey.

“Kebanyakannya dihantar secara tangan kepada mereka manakala orang asal tulen perlu berjalan daripada kampung-kampung terpencil ke cawangan JPN yang terdekat untuk mendapatkan kad pengenalan mereka.”

Jeffrey berkata bahawa kad pengenalan palsu ini adalah hanya sebahagian kecil daripada 1.5 juta kad pengenalan yang meragukan yang dikeluarkan di Sabah.

Sumber dalaman mengatakan bahawa pengeluaran kad pengenalan yang meragukan masih berterusan, tambah beliau. - FMT Borneo Plus

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.