Selepas jual Labuan dan minyak Sabah, kini Harris pertahankan Suluk

Thursday 12 June 2014

Apa pandangan anda bila pengkhianat yang bertanggungjawab menyerahkan Labuan dan minyak Sabah kepada Malaya memberikan amaran untuk tidak membangkitkan bangsa sesetengah VVIP, VIP dan penjawat awam yang berketurunan Suluk?? Adilkah bagi orang asal bila kewujudan bangsa asing di Sabah dipertahankan sementara orang asal dianggap sebagai ancaman dan penceroboh oleh badut-badut umno Malaya?

memang ada bangsa Suluk tempatan di Sabah tapi persoalannya bagaimana jumlah mereka boleh meningkat secara luarbiasa mengatasi jumlah orang asal terutamanya KDM? dan bagaimana pula dengan pemberian kewarganegaraan kepada lebih setengah juta warga asing dari Filipina dan Indonesia oleh kerajaan umno?? Pengkhianatan inilah yang perlu diberikan penjelasan oleh badut-badut umno Malaya seperti Harris Salleh, bukannya memberikan amaran kepada pihak yang mempertikaikan keistimewaan yang dinikmati oleh bangsa asing..

Tidak mustahil warga projek IC ini juga sudah diserap masuk dalam jabatan kerajaan.. malah bergelar VVIP dan VIP.. Bukti paling jelas adalah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.. Pengganas-pengganas ini terdiri dari bekas penjawat awam.. Sabah hari ini tiada kaitan atau sebarang hubungan dengan kesultanan Sulu mahupun Brunei, malah Sabah sudah mengecapi kemerdekaan sebelum bergabung membentuk Persekutuan Malaysia.. Jesteru, kenapa kerajaan umno dan Harris masih mahu memberikan kerakyatan dan pelabagai keistimewaan kepada bangsa Suluk?

***DISEBABKAN PENGKHIANATAN UMNO DAN HARRIS, KINI SUKAR UNTUK MEMBEZAKAN SULUK TEMPATAN DAN SULUK ASING..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.