Kampung yang berusia lebih 200 tahun dikatakan kawasan Hutan Simpan?

Tuesday, 3 June 2014

KEMUSNAHAN HUTAN DI SABAH HANYA BERLAKU SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA,.. KEMUSNAHANNYA MAKIN RANCAK DILIHAT SELEPAS KEMASUKAN UMNO DAN MAKIN KRITIKAL SELEPAS MUSA AMAN MEMEGANG JAWATAN KETUA MENTERI SABAH.. KINI ORANG ASAL PULA YANG DIKAMBING HITAMKAN DAN DIPAKSA MENYERAHKAN TANAH MEREKA KEPADA JABATAN PERHUTANAN..??

Sehingga hari ini, tiada permohonan maaf dari pengarah perhutanan Sabah, Sam Mannan, selepas menuduh orang asal sebagai penceroboh dan mengancam hutan di Sabah.. Sebaliknya beliau menghantar pegawainya dan anggota polis yang kesemuanya lengkap bersenjata masuk ke kampung Pagasaon (Kudat) untuk mengumumkan bahawa kampung itu adalah milik Hutan Simpan Jabatan Perhutanan..

Jika kampung Pagasaon diwartakan sebagai Hutan Simpan, dimana lagi penduduk kampung mahu berkampung, bercucuk tanam, menternak ikan dan lain2 bentuk ekonomi?? Adakah ini sebahagian dari strategi umno untuk menindas, memiskinkan dan meminoritikan orang asal Sabah? 

Bagaimana dengan syarikat2 Malaya yang memusnahkan jutaan hektar hutan di Sabah? Masalah utama di Sabah adalah pembalakan yang tidak terkawal yang turut didalangi oleh orang2 umno termasuklah orang2 jabatan perhutanan sendiri.. Bukannya orang asal yang sudah tinggal dan berkampung di kawasan itu lebih dari 200 tahun..

Inikah caranya kerajaan umno pimpinan Musa Aman menutup kemusnahan hutan di Sabah akibat dari kerakusan dan ketamakan umno/BN dengan menuduh orang asal sebagai puncanya dan kemudian merampas tanah orang asal atas alasan Hutan Simpan?

PERLU DIINGAT, KEMUSNAHAN HUTAN DI SABAH HANYA BERLAKU SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA,.. KEMUSNAHANNYA MAKIN RANCAK DILIHAT SELEPAS KEMASUKAN UMNO DAN MAKIN KRITIKAL SELEPAS MUSA AMAN MEMEGANG JAWATAN KETUA MENTERI SABAH.. KINI ORANG ASAL PULA YANG DIKAMBING HITAMKAN....

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.