MATANG bagi para badut-badut UMNO adalah apabila orang yang tidak suka kerajaan umno tinggalkan Malaysia, kerana yang untung adalah umno (boleh terus berkuasa sampai kiamat).. Manakala tindakan yang sangat TIDAK MATANG bila negara Sabah/Sarawak mahu berpisah dengan Persekutuan Malaysia, kerana yang rugi adalah kerajaan umno Malaya (Malaya masih bergantung dengan kekayaan bumi Sabah/Sarawak untuk membiayai pembangunan negeri-negerinya, membiayai kemewahan para pemimpin, badut dan kroni UMNO, disamping membayar hutang negara)..
Apa susahnya kerajaan UMNO tunaikan hasrat murni rakyat negara Sabah dan Sarawak untuk berpisah dengan Malaysia? Bukankah kerajaan UMNO juga yang menaja NGO-NGO perkauman seperti ISMA dan PERKASA yang lantang melakukan provokasi menghalau kaum dan penganut agama lain untuk keluar dari Malaysia?.. Bukankah orang-orang UMNO juga yang mahu rakyat yang benci pada kerajaan UMNO supaya keluar dari Malaysia? Tapi bila negara Sabah dan Sarawak mahu keluar Malaysia, badut-badut umno ini menuduh tindakan itu sebagai ugutan, hasutan dan tidak matang.. Siapa yang lebih dulu menunjukkan sikap tidak matang seperti ini sebenarnya??
Sebelum menuduh tindakan keluar Malaysia ini sebagai tidak matang dan bersifat ugutan, para pemimpin dan badut-badut UMNO patut menjawab apa untungnya Sabah/Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia?? Kenapa Sejarah Sabah/Sarawak dihapuskan? Kenapa perjanjian Malaysia 1963 dibakul-sampahkan? kenapa kekayaan Sabah/Sarawak diangkut ke Malaya? Kenapa biarkan Sabah dibanjiri warga asing yang kemudiannya diberikan IC? Kenapa status "rakan kongsi" dihapuskan dan digantikan dengan status negeri ke 12 dan ke 13?.. dan banyak lagi..
Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.