Menurut KLF perbincangan sedang dijalankan dengan Universiti Malaysia Sabah untuk menawarkan kursus tersebut di peringkat sarjana muda dan sarjana.
KOTA KINABALU: Usaha untuk memperkenalkan bahasa kadazandusun sebagai pendidikan persekolahan sedang berjalan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan yang perlu diatasi, menurut Rita Lasimbang, ketua pegawai eksekutif, Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF – Kadazandusun Language Foundation)
Rita menjelaskan salah satu masalah yang di hadapi adalah kekurangan dalam penghasilan tenaga guru pengajar terhadap bahasa berkenaan ketika ditemui di sambutan Pesta Kamaatan 2014, di pusat Badan Kerjasama Komuniti di Sabah (PACOS) Penampang baru baru ini.
Menurut beliau, hanya Maktab Perguruan Kent yang menjadi perintis pada tahun lalu memulakan program melatih dan tenaga pengajar yang benar-benar berkelayakan dan khas dalam pengajaran bahasa kadazandusun di sekolah kerajaan di sekitar negeri Sabah.
Namun, Rita melihat jumlah kemasukan hanya 20 satu sesi dilihat kecil dan tidak mampu memenuhi keperluan sekolah di mana kebanyakan pelajar yang ibu bapa mereka terdiri daripada keturunan Kadazan dan Dusun di Sabah.
Beliau berharap Kementerian Pelajaran dapat mengembangkan dan memperkenalkan latihan serta menambahkan jumlah bilangan guru bahasa Kadazandusun di Maktab Perguruan Gaya, Keningau dan Tawau.
Selain itu, Rita juga menjelaskan bahawa kemasukan pelatih sesi 2013, akan menamatkan pembelajaran mereka pada tahun 2017 dan mereka akan diserapkan ke sekolah di Sabah, namun mereka hanya layak untuk mengajar bahasa Kadazandusun untuk tahap sekolah rendah sahaja.
“Ini menyebabkan berlaku kekosongan dalam tenaga pengajar yang berkelayakan di peringkat sekolah menengah dan pelajar tidak dapat menyambungkan pembelajaran mereka akan bahasa Kadazandusun di peringkat tersebut,” katanya.
Menurut ketua pegawai eksekutif KLF, perbincangan sedang dijalankan dengan Universiti Malaysia Sabah untuk kemungkinan menawarkan kursus pengajaran bahasa Kadazandusun di peringkat sarjana muda, sarjana dan seterusnya ke peringkat falsafah.
Setakat ini, UMS hanya menawarkan bahasa Kadazandusun sebagai pilihan bahasa sebagai keperluan program sarjana muda kepada siswazah yang menuntut di universiti tersebut.
Beliau mengakui bahawa pada tahun 2010, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memperkenalkan pengajian program minor bahasa Kadazandusun kepada pelajarnya.
Kursus-kursus dalam program minor itu antara lain Sejarah Bahasa Kadazandusun, Kesusasteraan dan Kebudayaan Etnik Kadazandusun, kemahiran bahasa, pengetahuan tatabahasa dan kemahiran komunikasi bahasa Kadazandusun.
Dengan itu, Rita berharap pembelajaran bahasa kadazandusun dapat meningkat menjadi satu bidang utama di peringkat universiti terutamanya di UMS kerana ia mampu membawa faedah kepada penduduk setempatnya terutamanya di peringkat pendidikan.
Beliau juga berharap pihak universiti akan dapat mempercepatkan penawaran program tersebut untuk mengisi kekosongan yang bakal dihadapi oleh pelajar sekolah rendah tersebut sekiranya mereka beralih ke peringkat sekolah menengah.
Pada tahun 2010, Kementerian Pelajaran telah menawarkan mata pelajaran bahasa Kadazandusun dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011.
Rekod Kementerian Pelajaran menunjukkan bahasa Kadazandusun yang mula dirintis pengajarannya di 15 buah sekolah rendah di Sabah tahun 1997, kini dipelajari kira-kira 18,000 pelajar sekolah rendah dan 16,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini.
Berdasarkan kepada Jabatan Perangkaan Negara, daripada bancian penduduk tahun 2010 ialah kira-kira berjumlah 568,575 orang berbanding pada tahun 2000 hanya berjumlah 479,944 orang melalui banci penduduk dan perumahan yang dijalankan pada tahun 2000.
Menurut Wikipedia, Bahasa Kadazandusun (yang juga dikenali sebagai Boros Kadazandusun, Boros Momogun, Boros Mamasok) merupakan bahasa yang digolongkan dalam kelompok Malayo-polynesian dalam rumpun bahasa Austronesia dan bahasa ini dituturkan oleh komuniti Kadazan dan Dusun di Sabah.
Bahasa Kadazandusun menjadi sebagai media penghubung dalam komunikasi antara mereka. Bahasa Kadazandusun mempunyai saudara terdekat dengan bahasa Murutic dan Paitanic walaupun mempunyai perbezaan besar dari sebutan dan pembentukan dari morfologi dan sintaksis.
Pada tahun 24 Januari 1995, perjanjian telah dibuat di antara Persatuan Budaya Kadazandusun (KDCA – Kadazan Dusun Cultural Association) dan Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA – United Sabah Dusun Association bahawa bahasa Kadazandusun adalah bahasa rasmi bagi kedua pertubuhan tersebut.
Awasi kopio info do sinuat nu admin. Kotoluadan au giigina
ReplyDeleteAlansan oku kaanu oku phd id suang Boros Kadazandusun somonu..apasi boros ,apasi kointutunan,apasi kointutunan,apasi koubasanan
ReplyDeletetopot ma ri.
ReplyDeleteAlansan oku haro daa master toi ko phd id boros kadus koimbagu hilod ums.
ReplyDeletesya dari ethnic Dusun Bundu menyokong usaha ini, saya tidak berkepujian apapun dlm matapelajaran spm, tapi saya akan menyumbang sepenuh tenaga percuma secara youtuber ataupun mana2 social network. di persilakan melengsuri web testing sya di https://youtu.be/yUScks7Rk3w
ReplyDelete