Sabah/Sarawak Keluar Malaysia Adalah Hasutan?

Monday 9 June 2014

"MALAYSIA" yang ada sekarang WUJUD atas DASAR PERIKEMANUSIAAN Negara Sarawak dan Negara Sabah selepas SINGAPURA ditendang. MALAYSIA yang sebenar telah lama mati. Maka, bagi yang masih membutakan hati, berkata ini adalah SATU HASUTAN, silakan kerana anda sudah tahu kini bahawa mengatakan "SARAWAK MASUK MALAYSIA", "Sarawak adalah negeri ke 13 dalam Persekutuan Malaysia" atau "Sarawak dan Sabah tidak boleh menarik diri daripada persekutuan" adalah merupakan satu JENAYAH terhadap PERLEMBAGAAN serta ASAS-ASAS PERLEMBAGAAN Negara Sarawak dan INTIPATI Persekutuan Malaysia yang SEBENAR. Negara Sabah dan Negara Sarawak sebenarnya SUDAH KEMBALI menjadi ENTITI BEBAS yang SENGAJA disembunyikan dari mata UMUM oleh pihak yang telah MENYEDARI KESILAPAN mengeluarkan Singapura secara paksa tanpa mendapat kebenaran daripada Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Sabah.

CAPTION : Social Contract is like "18/20 Points for Malaya" while 18/20 Points is like "Social Contract" for Malaysia... THINK!

Eric Yohannes MA63 → Hasutan
Buku Teks → Kebenaran

Eric Yohannes Negara Sabah → Hasutan
Negara Sarawak → Hasutan
Negara Malaysia → Kebenaran
Entahlah... Kita membaca, diajar, dan menulis sejarah rekaan di sekolah. Seraya, negara-negara jiran yang mengelilingi kepulauan Borneo mengetahui sejarah sebenar negara kita dan bercanggah dengan apa yang kita tahu.

Meeth Abha setelah tembelang Malaya pecah,rakyat telah sedar,dengan ketidakadilan malaya

Eric Yohannes Sarawak Merdeka 22 Julai 1963 → Hasutan
Sabah Merdeka 31 Ogos 1963 → Hasutan
Malaysia Merdeka 31 Ogos 1957 → Kebenaran

Eric Yohannes Malaya + Singapura + Sarawak + Sabah = Malaysia → Hasutan
Sabah masuk Malaysia → Kebenaran
Sarawak masuk Malaysia → Kebenaran

Elvinus ET Org sabah yg palui2 saja kata ini tidak benar sejarah buatan malaya itu benar..siou to say lah. Napa saya tulis begini ( org sabah ).terang lagi berspot light masih bolou kerana mereka lebih suka diperbodoh kan walaupun mereka bijak.kalau ada yg sensitif bagus kerana anda mula sedar..

Loter Belaut Malingka Rindonggon Mari kita bersatupadu untuk menuntut hak kita. Jangan kita tunduk dan menjadi hamba kepada Malaya.

Noventhan Langkan Saya malu dibutakn sejarah oleh kroni2 dri malaya,klu anakmuda yg ada skrg x celik lgi dgn sejarah penubuhn malaysia yg hanya menguntgkn 1 pihak,sy x thu lgi utk brpa lma lgi kta ditipu oleh malaya.

Christopher Matt Dulu kita menyalahkan orang tua kita kerana mengikut kemahuan malaya jangan sampai kita pula disalahkan oleh cucu kita di kemudian hari,mari bangun bersama kita mendidik anak kita untuk menuju eara baru untuk negara sabah serawak

Linx Drester Malangnya menteri2 d sabah tidak satu hati utk menjalankan tanggungjawap dorang utk negara sabah.. Tlampau kaya rakyat d lupakan.. Kesian sungguh!


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.