Usul untuk membahaskan mengenai hak minyak dan royalti Sabah telah ditolak bulat-bulat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
KUCHING: Keputusan Kerajaan persekutuan untuk menimbangkan permohonan royalti minyak dan gas Sarawak ‘mengaibkan’ Sabah, kata Ketua STAR Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan.
Beliau berkata reaksi spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menimbangkan permohonan Sarawak telah meletakkan kerajaan Sabah dalam keadaan ‘tergantung’.
“Reaksi spontan Najib untuk menimbangkan permohonan Sarawak meminta royalti yang lebih tinggi telah ‘mengaibkan’ kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah,” kata Jeffrey mengulas jawapan Najib kepada ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta royalti yang lebih tinggi di Miri.
Adenan membangkitkan isu terbabit ketika memberi ucapan semasa rumah terbuka Gawai Dayak peringkat kebangsaan di Miri malam tadi.
Jeffrey berkata permintaan Adenan tidak selari dengan Sabah di mana kerajaan dan pemimpin BN Sabah hanya mampu berdiam diri.
“Mereka berdiam diri mengenai pendirian ke atas royalti minyak dan gas Sabah,
“Sebahagian daripada parti-parti komponen yang lain terpaksa mengambil jalan keluar untuk mendapatkan suara dari sayap belia mereka untuk membuat pendirian,
“Pemimpin kanan hanya mampu ternganga walaupun rakyat biasa berdiri teguh agar royalti ditingkatkan jika mereka tidak diberi pemilikan penuh ke atas minyak dan gas Sabah,” katanya.
Keputusan sebulat suara
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lalu, kerajaan negeri meluluskan usul meminta kerajaan persekutuan meningkatkan royalti minyak dan gas ke negeri ini dari lima peratus kepada 20%.
Usul tersebut mencapai kejayaan kerana mendapat keputusan sebulat suara oleh kedua-dua belah jurang politik.
Di Sabah pula, tegas Jeffrey, usul untuk membahaskan mengenai hak minyak dan royalti Sabah telah ditolak bulat-bulat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
“Dengan perkembangan terkini dan jaminan PM, kerajaan dan pemimpin Sabah perlu menilai semula kedudukan mereka dan membuat pendirian yang positif,
“Sekurang-kurangnya permintaan bagi royalti yang lebih tinggi jika tiada hak pemilikan minyak dan penyenaraian saham oleh Petronas,
“Mereka harus menuntut hak minyak Sabah untuk manfaat semua rakyat Sabah, termasuk yang belum dilahirkan walaupun terpaksa kehilangan jawatan yang tinggi.” tambah beliau.
Hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri perlu dimanfaatkan dengan tidak berbuat demikian, ia hanya boleh bermakna bahawa hubungan yang baik tidak wujud kecuali dalam imaginasi mereka, tegas Jeffrey. - FMT Borneo Plus
Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.