Salahkan Malaya jika Sabah dan Sarawak memilih untuk berpisah

Wednesday 18 June 2014

Jangan pernah kata bahawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tidak berperikemanusian serta tidak mengenang budi kerana pemimpin Malaya yang telah melakukan ini semua kepada Bangsa Borneo..

Rakyat persekutuan malaysia yang terdiri daripada empat bangsa... Tapi kini tinggal 3 bangsa lagi... 

*Bangsa Negara Sabah
*Bangsa Negara Sarawak
*Bangsa persekutuan tanah melayu (malaya)

Tapi, adakah persekutuan ini masih sah??? TIDAK SAMA SEKALI!

Kaum di malaysia BUKAN terdiri daripada 3 kaum (melayu, cina, india) yang terbesar... Itu adalah bangsa malaya! Jangan terperangkap dengan permainan malaya.

Apa yang dilakukan oleh Kumpulan Nationalist di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan satu langkah untuk merekodkan bukti-bukti usaha untuk berbincang dengan Malaya secara professional. Tapi nampaknya Malaya masih bongkak dan lupa diri.

Dan seperti yang dikatakan oleh wakil kumpulan forum, Jolumin, perpisahan adalah jalan terakhir kerana bukti dan usaha untuk "menyelamatkan" Persekutuan Malaysia ini telah diendahkan/dihiraukan/tidak dipedulikan... Maka kumpulan Pejuang Kebangsaan Negara Sabah yang terdiri daripada Kumpulan SSKM, SAPA, BOPIM, BHF, BFM, UVSB dan beberapa kumpulan lagi mempunyai locus standi yang kukuh untuk menyokong pilihan terakhir... "PERPISAHAN" daripada persekutuan yang TIDAK mahu diselamatkan sendiri oleh Malaya... Jangan pernah kata bahawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tidak berperikemanusian serta tidak mengenang budi kerana pemimpin Malaya yang telah melakukan ini semua kepada Bangsa Borneo... Sabahan dan Sarawakian!


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.