Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Tanah Melayu?

Thursday 19 June 2014

Komen dibawah adalah komen si "professor malaya" atas nama... Sedih juga kepada pelajar-pelajar Jurusan undang-undang Negara Sabah dan Negara Sarawak yang di didik olehnya...

Teknik orang malaya... Gubal undang-undang dengan menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak sebagai negeri. Selepas itu, apabila dalam perdebatan, mereka menggunakan undang-undang yang telah digubal untuk menguatkan hujah temberang mereka...

Perlu diingatkan bahawa perlembagaan yang telah digubal atau yang diguna pakai sehingga kini merupakan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Seharusnya dan semestinya satu perlembagaan baru mesti diwujudkan dan perlembagaan malaya TIDAK terusik.

Disebabkan pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak TIDAK mempunyai pendidikan yang tinggi, mereka telah termakan kata-kata Malaya untuk menggunakan perlembagaan mereka sementara perlembagaan persekutuan malaysia akan diwujudkan kemudian... Tetapi sehingga kini, tiada... Ironinya, malaya menggunakan justifikasi dengan mengatakan malaya telah bertukar dirinya menjadi malaysia dengan menggunakan rujukan perlembagaan mereka itu...


Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.