Pendatang asing tidak pulang dapat IC

Saturday 20 December 2014

Antara tahun 1996 dan 2000 terdapat 457,850 ketibaan warga Indonesia tetapi hanya 228,366 yang kembali ke negara asal dan 229,484 yang terus tinggal di Sabah.

KOTA KINABALU: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 229,484 warga Indonesia dan 11,741 warga Filipina yang tidak pulang ke negara asal telah diberikan kad pengenalan secara haram.

“Walaupun tiada angka diberikan untuk warga Pakistan, India dan warganegara lain, ia tidak mengejutkan jika warga asing ini yang tidak balik ke negara asal mereka juga turut diberikan kad pengenalan secara haram,” katanya mengulas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai jumlah ketibaan dan perlepasan warga Indonesia dan Filipina di Sabah.

Laporan RCI menyatakan, antara tahun 1996 dan 2000 terdapat 457,850 ketibaan warga Indonesia tetapi hanya 228,366 yang kembali ke negara asal dan 229,484 yang terus tinggal di Sabah.

“Dalam kes warga Filipina pula terdapat 210,910 ketibaan tetapi hanya 199,169 yang kembali ke negara asal dan 11, 741 yang terus tinggal di Sabah,” kata beliau.

Dakwanya, terdapat bukti yang sangat meyakinkan untuk menyokong penemuan bahawa kad pengenalan diberikan kepada kebanyakan atau semua warga Indonesia dan Filipina yang terus tinggal di Sabah.

“Berdasarkan banci kebangsaan dari tahun 1970 hingga 2010, terdapat kenaikan sebanyak 302 peratus jumlah penduduk Sabah daripada 684, 693 kepada 2, 603, 485 iaitu kenaikan sebanyak 1,918, 792,” katanya.

Secara perbandingan Jeffrey mendakwa, di Sarawak kenaikan jumlah penduduk cuma sebanyak 106 peratus daripada 976, 269 kepada 2, 012, 616, iaitu kenaikan sebanyak 1, 036, 347.

”Jika kadar kenaikan sama seperti Sarawak, jumlah penduduk Sabah hanya akan meningkat sebanyak 725, 775 kepada 1, 410, 468,” kata Jeffrey.

“Dari mana datangnya lebihan jumlah penduduk Sabah sebanyak 1, 193, 017 jika bukan dari “Projek IC” termasuk warga Indonesia dan Filipina yang tinggal melebihi tempoh?”

Jeffrey menambah, kini di Sabah terdapat kenaikan mendadak warga Bugis Indonesia. Mereka bukan sahaja bekerja sebagai buruh di ladang tetapi juga telah masuk ke kawasan tamu dan mengambil alih tempat orang tempatan, mengambil alih tanah orang asal dan ladang dan juga mengawal pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

“Tanya sahaja mana-mana rakyat tempatan Sabah dan mereka akan dapat mengesahkan pencerobohan orang Bugis yang memiliki kad pengenalan,” kata Jeffrey.

Beliau juga berkata bahawa kemasukan mendadak warga Pakistan dan India Muslim juga merupakan satu gangguan kepada rakyat tempatan.

“Mana-mana rakyat tempatan Sabah yang patriotik akan dapat memberitahu bahawa warga India Muslim dan Pakistan ini merampas peluang rakyat tempatan teutamanya dalam sektor runcit dan makanan dan perniagaan-perniagaan lain.”

Kini pada 2014, kata Jeffrey, raksasa yang dihasilkan dan dilepaskan melalui pemberian kad pengenalan lebih dahsyat kepada rakyat tempatan yang kini minoriti di negara sendiri.

“Turut ditambah kepada senarai warga asing yang diberikan kad pengenalan secara haram adalah sebanyak 889,799 orang, menurut banci 2010 di mana 300,000 orang disenaraikan sebagai ‘warga asing pedalaman’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berada di Sabah untuk pelbagai tujuan di bawah pelbagai jenis dokumen atau pas,” dakwa Jeffrey.

“Kelahiran warga asing ini kini melebihi kelahiran rakyat tempatan termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan secara haram dan seluruh generasi orang asing akan tersedia untuk digunakan oleh Umno/BN sebagai ‘pengundi tambahan’ mereka dalam pilihan raya yang akan datang,” kata Jeffrey. “Turut bersama mereka adalah gejala social dan juga masalah-masalah lain seperti yang dinyatakan dalam laporan RCI.”
 

Malaysia Boleh Terburai

Bagaimana boleh Perjanjian Malaysia 1963 tidak pun di sebut di dalam Perlembagaan Malaysia – cuba cari TIADA !!!! Jadi bagaimana Perlembagaan ini boleh di panggil Perlembagaan Malaysia?

Mengikut Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia menyebut “Persekutuan” dinamai Malaysia dalam Bahasa Ingeriss dan dalam Bahasa Malaysia (Melayu).

Dinamai saja – ertinya tukar nama saja supaya dapat nama glamor “Malaysia” – Jadi siapa sebenarnya yang bernama “Malaysia” ini? Sudah tentu bukan siBeda.

Sebenarnya “Malaysia” ini adalah Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini di tafsirkan didalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia sebagai “Persekutuan”.

Kenapa boleh jadi begini? Mana dia Perjanjian Malaysia 1963 di dalam Perlembagaan Malaysia? Sabah dan Sarawak tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Sabah dan Sarawak hanya tandatangani Perjanjian Malaysia 1963.

Jawapannya kita harus berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan !!

Disebabkan pada saat akhir sebelum Malaysia dibentuk, Negeri Kelantan mencabar Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di mahkamah dengan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu “tiada kuasa” dan “tidak boleh” membentuk Malaysia tanpa persetujuan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Hasilnya untuk Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu “berkuasa” dan “boleh” membentuk Malaysia – “Persekutuan” dengan hanya dinamai “Malaysia dan Persekutuan masih di tafsirkan sebagai Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Hanya dengan Perjanjian 1957 ini saja yang boleh mengikat 11 Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa ikatan Perjanjian 1957 ini setiap Negeri boleh berpisah daripada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Timbul persoalan penting – Apa yang mengikat Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Tanah Melayu oleh kerana Perjanjian Malaysia 1963 TIADA didalam Perlembagaan Malaysia?

Jawapan ringkas – Pada masa ini Sabah dan Sarawak tiada ikatan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini bererti Sabah dan Sarawak di ikat atas penipuan Persekutuan Tanah Melayu yang bertopengkan NAMA Malaysia.

Kecuali Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia.

Sekiranya Perjanjian Malaysia dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia, yang mana satu daripada Perjanjian ini yang mendapat keutamaan?
 
1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957; dan
2. Perjanjian Malaysia 1963.

Ini membuat Kerajaan Persekutuan Tanahh Melayu PENING Kepala. Mana saja di pilih Malaysia Boleh Terburai …….

Rakyat Sabah menunggu jawapan ……

Jangan Buyuk Sabah ……bah !!!!

Terjaga Tetapi Terkeliru..

Ideologi SSKM ialah mahu sabah sarawak berupaya memerintah sendiri ataupun mempunyai kuasa autonomi penuh. Jika mahu mencapai hasrat itu, satu perkara penting yang mesti orang borneo ketahui, kita patut menolak kesemua parti daripada malaya..

Sabah Untuk Sabahan
Sarawak Untuk Sarawakian

Dua kalimah keramat itu seringkali dilaungkan senada dengan kebangkitan rakyat sabah sarawak. Kita telah bangun dari lena yang panjang. Kita juga telah mula menolak "gula-gula" yang dihulur oleh pemerintah. Kita senada,sehati,sejiwa dan bergerak sama tingkah untuk menolak pemerintahan Barisan Nasional. Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah negara dan selama pentadbiran mereka, BN sentiasa memperbodohkan masyarakat sabah sarawak. Bahkan pemimpin negeri sabah sarawak cuma berperanan sebagai boneka dan bersikap pengecut.

Justeru itu, SSKM yang diketuai oleh saudari Doris Jones berperanan penting sebagai satu batu loncatan untuk mengemblengkan seluruh tenaga dan buah fikir bijak pandai sabah sarawak, bagi menyokong gerakan pembebasan borneo. Malahan saudari Doris Jones sendiri bergadai tenaga untuk membawa isu ini ke House of Lords, Westminster Parliament di London, UK. Ini adalah bukti yang teramat jelas dan sebagai satu WARNING kepada kerajaan malaysia, bahawa rakyat sabah sarawak mahukan kebebasan untuk memerintah tanah air sendiri.

Sekian lama, sejarah sabah sarawak terpadam dari tinta sejarah negara. Malahan, banyak perkara tersembunyi telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu sehingga kini untuk mengawal tindak tanduk masyarakat sabah sarawak. Bahkan, mereka mencabuli perkara 18/20 sewenang-wenangnya tanpa memikirkan hati dan perasaan penduduk borneo. Dari segi agama, mereka banyak kali mempersoalkan cara anutan kristian seperti isu penyebaran agama kristian dan isu kalimah Allah, di mana sabah sarawak sentiasa menerima tempias isu-isu tersebut. Padahal, isu isu agama di malaya sepatutnya tidak membabitkan tanah borneo selari dengan perkara 18/20 yang telah lama termetrai.

Begitu juga dengan perkara 8, Borneonisation, di mana pada masa sekarang, sepatutnya penjawat awam di sabah sarawak diketuai oleh orang orang tempatan dan bukan pegawai dari malaya. Malangnya pada sesi soal jawab parliament baru baru ini, masih terdapat lebih 30 peratus penjawat awam negeri sabah sarawak masih lagi dikuasai oleh orang dari malaya. Malahan usul untuk mengkaji perjanjian malaysia oleh MP Penampang, Darell Leiking telah ditolak mentah mentah seolah-olah tiada ruang dan peluang untuk suara kita berkumandang di parliament malaysia.

Sebab itulah, mengapa rakyat sabah sarawak sudah reti untuk menzahirkan rasa benci dan dendam terhadap seluruh pimpinan BN. Rakyat mula berdiskusi dan bersatu menolak regim BN dan sekutu-sekutu mereka.Jika kita menolak BN, jadi parti apakah yang kita akan undi selepas itu? Senang sahaja bagi yang masih kurang faham tentang erti sebenar perjuangan SSKM, undi mereka akan beralih kepada Pakatan Rakyat. PR baru-baru ini sudah mula memancing hati penduduk borneo. DAP, PKR dan juga PAS sudah mula menawarkan "bantuan" untuk mengembalikan hak hak borneo termasuklah royalti minyak.

Jika ada yang tertipu, maka golongan inilah diantara "pengkhianat" perjuangan SSKM yang terkeliru. Ideologi SSKM ialah mahu sabah sarawak berupaya memerintah sendiri ataupun mempunyai kuasa autonomi penuh. Jika mahu mencapai hasrat itu, satu perkara penting yang mesti orang borneo ketahui, kita patut menolak kesemua parti daripada malaya. Jika tidak, kita boleh diumpamakan seperti keluar dari mulut harimau, masuk pula ke dalam mulut buaya dan perjuangan SSKM adalah sia-sia. Biarpun, kita belum pernah diperintah PR, tiada sebab untuk kita membazir masa semata-mata mahu mencuba nasib.

Buat masa ini, lagi bijak jika penduduk borneo cuma memangkah parti yang memperjuangkan hak hak orang sabah sarawak ataupun mana-mana parti yang tidak dipengaruhi oleh ideologi parti daripada malaya. Sebagai contoh, bolehkah kita memangkah undi untuk pemimpin BN yang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan SSKM? Jawapannya, tidak boleh. Jika kita masih memberi undi kepada mereka, kita seperti masih mahukan BN menang dan memerintah. Jika benar mereka mahu berjuang bersama kita, mengapa mereka tidak keluar dari parti BN yang tidak menghormati ketertinggian nilai perkara 18/20?

Bagaimana pula dengan mengundi PR? Pendapat peribadi saya mengatakan, dengan beri undi kepada PR kita seolah-olah mencipta sebuah jalan yang samar samar. Secara rasionalnya, PR tidak akan membantu kita untuk menjadikan sabah sarawak sebagai sebuah negara. Mereka cuma boleh membantu kita dari segi royalti minyak. Buat apa mereka mahu membantu kita, jika satu hari nanti jika mereka memerintah, mereka akan kehilangan besar sumber kewangan yang selama ini kita sumbangkan dari tanah borneo.Jadi, kita patut memberi undi kepada Parti Bebas jika tiada pilihan lain.The United Borneo Front adalah antara parti tempatan yang patut diberi peluang. Buat masa sekarang, ideologi mereka masih lagi senada dengan misi SSKM dan memberi peluang kepada parti tempatan, kita boleh "membeli" masa untuk SSKM mengumpul petition yang cukup sebelum SSKM membawa misi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia - Sabah Sarawak Union

Mengapa anda mahu menentang perjuangan SSKM-SSU(UK)?

Mengapa anda mahu menentang perjuangan SSKM-SSU(UK) yang mahu mengembalikan kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak ke tempat asalnya?

Negara Sabah atau dahulunya dikenali sebagai North Borneo dan Negara Sarawak pula dikenali sebagai Kingdom of Sarawak. Apa yang pihak SSKM-SSU(UK) lakukan kini hanyalah untuk mengembalikan kedudukan asal Negara kita. Bukan kita tidak pernah berdiri sendiri. PERNAH! Kita hanya mewujudkan semula Identiti Negara kita sebenar-benarnya!

Apabila pihak SSKM-SSU(UK) katakan yang kita bakal menggunakan matawang "Dolar", mengapa ramai yang ragu-ragu? Dahulunya matawang negara Sabah (North Borneo) ialah North Borneo Dollar manakala Negara Sarawak ialah Sarawak Dollar. Bukan kita tidak pernah ada matawang dahulu. PERNAH! Kita hanya mewujudkan semula matawang kita!

Bercakap mengenai isu keselamatan yang melibatkan polis dan ketenteraan untuk menjaga Negara Sabah dan Negara Sarawak, pihak SSKM-SSU(UK) berulang kali mengatakan bahawa kita boleh dan mampu untuk mewujudkan barisan pertahanan kita iaitu Polis dan Tentera kerana sememangnya dahulu kita memang ada Pasukan Polis dan Tentera sendiri yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Bukan tidak pernah tapi faktanya memang PERNAH! Kita hanya mewujudkan semula barisan pertahanan kita semula!

Apa lagi???

Masih tidak faham???

Kalau sudah faham, sebarkan...
Kalau tidak, bincangkan...

Sabah Sarawak Keluar Malaysia - Sabah Sarawak Union

Kebenaran yang perlu anda tahu...

Negara Sarawak adalah sebesar England est.50,000 sqm. Negara Sabah pula adalah sebesar Scotland est.28,000sqm. Negara Sabah dan Negara Sarawak jika bergabung adalah sebesar United Kingdom of Great Britain.

Perjuangan SSKM adalah berdasarkan menjaga KEDAULATAN Negara Sabah dan Negara Sarawak. Bukan rasa tidak puas hati. Apa yang jelas Kemerdekaan kita telah dinodai. Negara Singapura ada masalah tanah tetapi jika mahu masuk malaysia, perkara itu tidak penting sangat. Tapi itu persoalan Negara Singapura dan bukan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Keutamaan sekarang ialah untuk menyelesaikan pilihanraya. Kalau ada pemimpin kita membawa Negara Sabah dan Negara Sarawak ke langkah seterusnya--- Kita berikan sokongan kepada mereka.

Malaysia ini hakikatnya hanya bersifat sementara. Kita, Negara Sabah dan Negara Sarawak diberi masa untuk berkerajaan sendiri. Jangan lupa ini perjuangan kearah Kemerdekaan daripada cengkaman penjajahan luar yang langsung tidak memperdulikan masa depan Negara kita. Memang banyak risiko tapi dimanakah negara yang tidak mempunyai risiko? Cukuplah meragui keupayaan diri dan andak Bangsa.

We can do wonders if we are desperate.

Sekarang ini yang tinggal persoalannya adalah "Adakah berbaloi semua ini?" Bagi pihak SSKM, YA. Ia berbaloi kerana SSKM tahu sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pihak SSKM adalah anak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Perasaan cinta yang mendalam adalah kepada Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara sabah dan Negara Sarawak yang mampu untuk menentukan halatuju masa depan Bangsa kita.

Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dan berasa mustahil ini akan berlaku, silakanlah berfikir demikian. Dahulu, orang katakan bahawa Tembok Berlin akan berada disana selama-lamanya. Kini, tengoklah... Betapa sejarah boleh berubah.

Tapi kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dan berasa mustahil, silalah duduk dirumah. Apa yang pihak kami pinta, jangan halang perjuangan ini. Jangan khianati rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak. Anda semua boleh kata apa sahaja tetapi jangan halang kami atau menghasut orang lain yang ingin turut serta dalam perjuangan ini.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia - Sabah Sarawak Union