Jenayah Politik

Oleh: Leo L Okala

Negara Sabah telah dimerdekakan oleh British pada 31. Ogos, 1963 dan telah bersetuju membentuk Penubuhan Gagasan Malaysia bersama-sama dengan Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu(Federation of Malaya) pada 16 September 1963. Walaubagaimanapun, Singapura telah disingkir dari Federation of Malaysia pada tahun 1965. Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan olehTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Selepas penyingkiran Singapura dari gagasan Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah mengambil lapan dari 15 kerusi Parlimen yang diperuntukan untuk Singapura dan tindakan kepimpinan Malaya ini yang diketuai oleh TAR melalui parti UMNO telah membolehkan parti UMNO mendapat 2/3 kuasa di parliament. Tindakan ini sekaligus membolehkan parti UMNO menggubal, menambah, memindah dan mengubah Perlembagaan Malaysia sewenang-wenangnya.

Cuba kita selidiki kecurangan dan konspirasi politik yang telah dilakukan oleh kepimpinan UMNO di Sabah khasnya sejak Sabah bersetuju bergabung membentuk Gagasan Penubuhan Malaysia (Federation of Malaysia).

1. (1963 - 1964) Donald Stephen (Tun Fuad) digulingkan kerana mengkritik penyingkiran Singapura

Donald Stephen (Tun Fuad) telah digulingkan dari jawatan Ketua Menteri Sabah pertama digantikan Datu Mustapha (Tun) dengan penglibatan kepimpinan UMNO Kuala Lumpur (Syed Kechik sebagai penasihat kepada Tun Mustapha dikatakan telah memainkan peranan penting dalam hal ini). Oleh kerana Tun Fuad begitu konsisten dalam isu penyingkiran Singapura dan keperluan untuk menyemak semula perjanjian dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia itu, maka Kuala Lumpur telah menghantar Tun Fuad telah dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan di hantar ke Australia sebagai Duta. Konspirasi dan manipulasi sandiwara politik ini terjadi kerana Donald Stephen sebagai Ketua Menteri Sabah pertama telah memperlihatkan kesungguhannya mempertahankan Konsep Asal Pembentukan Malaysia iaitu RAKAN KONGSI SAMA TARAF.

2. (1967 – 1975) Tun Datu Mustapha digulingkan kerana tidak tunduk kepada Kuala Lumpur

Keengganan Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah untuk tunduk kepada kehendak Kuala Lumpur pada tahun 1975, menyebabkan Kuala Lumpur tidak selesa dan melihat tindak-tanduk Tun Datu Mustapha sebagai menggagalkan usaha Kuala Lumpur untuk terus menguasai Sabah. Oleh sebab keengganan untuk tunduk kepada permintaan Kuala Lumpur maka Tun difitnah bahawa kononnya Tun Datu Mustapha sedang merancang membawa keluar Sabah dari Malaysia.

Mungkin kita masih ingat lagi perkara-perkara yang telah melabelkan parti USNO ini sebagai parti zalim kerana Kuala Lumpur telah memainkan satu sandawara politik yang mana lelaki berambut panjang ditangkap dan digunting rambutnya, perempuan yang memakai mini-skirt ditangkap dan digunting mini-skirtnya sehingga Nampak pakaian dalam dan paderi, pastor, penginjil ditangkap dan dipenjarakan. Kuasa menangkap iaitu polis dan tentera bukanlah atas kuasa kerajaan negeri tetapi terletak di Kuala Lumpur.

Kepolisian dan ketenteraan adalah kuasa dan arahan Kuala Lumpur pada masa itu. Kuasa polis dan tentera telah digunapakai oleh Kuala Lumpur dalam usaha mereka untuk terus menakut-nakutkan rakyat Sabah dan meneruskan usaha mereka untuk menjajah serta mendominasi politik di Sabah. Maka dengan itu, Kuala Lumpur menaja Parti BERJAYA untuk menumbangkan USNO dalam pilihan raya negeri pada tahun 1976.

Dalam pilihanraya tersebut, USNO telah tumbang di tangan BERJAYA. Tun Fuad dipanggil semula untuk menerajui parti Berjaya ini kerana Haris Salleh tidak mendapat sambutan dari kaum KDM di Sabah pada masa itu kerana Haris adalah kacukan Pakistan dan sangat sudah bagi Haris untuk mendapat sokongan dari kaum KDM (KDM pada masa itu adalah penduduk majority di Sabah).

3. (1975 – 1976) Isu meletakkan hak minyak kepada Petronas
 
Keengganan Tun Datu Mustapha untuk menyerahkan kekuasaan minyak petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, tidak menyenangkan Kuala Lumpur. Sumber mengatakan bahawa Tun Datu Mustapha menuntut supaya Sabah mendapat 35% daripada hasil minyak petroleum Sabah, sedangkan Kuala Lumpur hanya mahu memberi 5% kepada Sabah. Parti USNO pimpinan Tun Mustapha digulingkan oleh Kuala Lumpur!

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan. Perjanjian meletakkan hak kepada Petronas untuk mengurus-tadbir minyak di Sabah sepatutnya diadakan di Labuan pada 6.6.1976 oleh Tun Fuad dan diiringi oleh barisan cabinet Sabah yang terdiri daripada Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah), Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri), Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya), Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri) dan Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri).

Oleh kerana terma-terma dalam perjanjian minyak berat sebelah maka Tun Fuad membuat keputusan untuk tidak menandatanganinya lalu membawa usul perjanjian tersebut ke Kota Kinabalu untuk dibincangkan dengan kabinet Sabah dan dijadualkan pada sebelah malamnya untuk balik semula ke Labuan untuk majlis penandatanganan. Tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik kerana kapal terbang (jenis Normad) yang mereka naiki jatuh terhempas berdekatan lapangan terbang Kota Kinabalu.
 
Secara ringkasnya, "Double 6 Tragedy" ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. (Ref: http://www.youtube.com/watch?v=aYqRqN3-zWo). Selepas tragedi ini, rakyat Sabah sangat terkejut dan sedih kerana pemimpin-pemiminnya terlibat dalam nahas kapal terbang itu. Semasa rakyat Sabah masih lagi berkabung dan dalam keadaan yang tertekan dengan kematian pemimpin-pemimpin Sabah, Kuala Lumpur sekali lagi datang dengan perjanjian meletakkan hak minyak kepada Pentronas, dan Ketua Menteri Sabah pada masa itu (Haris Salleh) telah menandatangani perjanjian tersebut dan disaksikan oleh Pairin. Jelas sekali bahawa Kuala Lumpur telah mengambil hak minyak Sabah secara kekerasan dan tekanan! Kuala Lumpur akan buat apa saja untuk kepentingan Agenda Malaya!

27hb Ogos 1976, 2 bulan 21 hari selepas peristiwa 'double six', Sabah dan Sarawak diturunkan kedudukan dari rakan kongsi sama rata dengan Malaya kepada sama rata dengan 11 buah negeri di Malaya. Dari taraf negara kepada taraf negeri. Bermula tarikh inilah BLACK YEAR OF SABAH sehinggalah masakini!

4. (1986) Rusuhan di Sabah

Rusuhan Sabah 1986 berlaku di antara Mac dan Mei di beberapa lokasi seluruh negeri Sabah. Rusuhan itu tertumpu di Kota Kinabalu, dan juga bandar Tawau dan Sandakan. Pada 12 Mac, tujuh bahan letupan plastik telah diletupkan di Kota Kinabalu. Satu bom turut diletupkan di Tawau. Rusuhan itu telah mengakibatkan 5 kematian. Rusuhan itu terjadi berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, 1985, di mana Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru sahaja ditubuhkan telah menang, dan menjatuhkan parti BERJAYA dari tampuk pemerintahan. BERJAYA merupakan kerajaan sebelum itu dan merupakan parti komponen Barisan Nasional. 

Dilaporkan bahawa kumpulan perusuh telah berarak untuk menggulingkan presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan dari jawatan Ketua Menteri. Jelas sekali bahawa pihak Kuala Lumpur yang telah menaja parti Berjaya dan kalah telah menggunakan taktik kotor mereka iaitu memperalatkan PTI buat kacau di bandar-bandar utama Sabah untuk mempromosi TERROR di kalangan rakyat asal Sabah! Inilah satu lagi sandiwara politik Kuala Lumpur di Sabah kerana kalah dalam pilihanraya! (Nota: RUSUHAN DI KOTA KINABALU TELAH DIREKA KHAS OLEH KUALA LUMPUR KERANA PARTI BERJAYA YANG DITAJA KALAH TERUK DALAM PRU)

5. (1986 – 1994) Kejatuhan Parti Bersatu Sabah (PBS)

Apabila Kerajaan Berjaya ditumbangkan PBS dalam pilihan raya 1985, Datuk Joseph Pairin (Tan Sri) tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur kerana perjuangan PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu dilhat mencabar kepimpinan Persekutuan dengan mengungkit hal berkaitan dengan Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia yang di perkenalkan oleh Datuk Dr Jeffrey dalam perjuangan PBS.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang Datuk Mark Koding yang telah menubuhkan AKAR dan Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional.

Kemasukan UMNO di Sabah telah memecah belahkan perpaduan pemimpin-pemimpin PBS kerana UMNO yang diketuai oleh Mahatir dan Timbalannya Anwar telah memperkenalkan formula PECAH dan PERINTAH yang mana pemimpin-pemimpin PBS yang keluar dan menyertai BN akan diberi jawatan Ketua Menteri Sabah sekiranya melompat dari PBS. Maka terjadilah aksi-aksi katak melompat ke BN. Siri lompatan ini adalah tajaan Kuala Lumpur pimpinan UMNO yang didalangi oleh Anwar sebagai master mind yang telah diamanahkan oleh Mahatir. (ref: http://www.youtube.com/watch?v=f4_hTItpHr4&feature=youtu.be). Dr. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya 1999.

6. (1991) Dr. Jeffrey G Kitingan ditahan ISA

Dr. Jeffrey, telah berusaha sejak 1986 mendidik rakyat tentang Hak Istimewa Sabah yang dijamin dalam Artikel VIII Perjanjian Malaysia dan 20-PERKARA sambil mengingatkan Kerajaan Persekutuan (Kuala Lumpur) supaya menghormati perjanjian tersebut. Namun, usaha Dr. Jeffrey ini dihalang oleh Kuala Lumpur. Mahatir telah memberi amaran kepada beliau, “JEFFREY, ORANG-ORANG KAMPUNG TIDAK TAHU TENTANG HAK-HAK NEGERI SABAH DAN 20 PERKARA, KENAPA KITA HARUS MEMBERITAHU MEREKA? LAPORAN DARI SPECIAL BRANCH (POLIS SB) MENGATAKAN BAHAWA KAMU DAN IDS BERTANGGUNGJAWAB MEMBERITAHU RAKYAT…” kemudian tidak lama dari itu, Dr. Jeffrey diburu bagaikan seorang penjenayah oleh pihak polis sehingga beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13hb. Mei 1991. Dr. Jeffrey ditahan di bawah akta ISA selama 2 tahun 7 bulan.

Sejak penahanan Dr. Jeffrey, tiada lagi pemimpin-pemimpin Sabah yang berani meneruskan agenda menuntut hak istimewa rakyat Sabah kerana ditakut-takutkan dengan akta ISA. Ini jelas terbukti bahawa, Kuala Lumpur bukan saja bermain sandiwara tetapi lebih teruk dari itu. Kuala Lumpur yang di bawah pimpinan Mahathir menggunakan pentadbiran kuku besi (regime Mahatir) dalam segala hal di Sabah khasnya. Manipulasi jenayah politik Kuala Lumpur ini telah menjadikan rakyat Sabah kehilangan hak-hak istimewanya.

Pada hari ini, selepas 50 tahun, kita menyedari walaupun sedikit berlambat, bahawa Malaysia adalah bukan Malaysia seperti yang dijanjikan kepada kita, iaitu gabungan sama rata di antara 4 buah Negara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak telah menjadi negeri ke 12 dan ke 13 sejak penyingkiran Singapura (1965) di bawah jajahan Persekutuan Tanah Melayu! Sabah terus dimanipulasi oleh Kuala Lumpur sehinggalah sekarang!.. Jadi? Masa kita sudah sampai untuk TAKE CHARGE! GOD is watching!

Agenda Borneo – Sejak Dr. Jeffrey dibebaskan dari tahanan ISA, beliau meneruskan perjuangan menuntut hak Sabah melalui parti politik namun bermacam-macam bentuk tohmahan dan kritikan ditempuh beliau untuk mencapai hasrat tersebut. Untuk meneruskan perjuangan Agenda Borneo ini, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan parti politik yang dinamakan “UNITED BORNEO FRONT (UBF)” sebagai landasan meneruskan usaha mendidik rakyat Sabah tentang hak-hak yang seharusnya menjadi hak mutlak rakyat Sabah sejak Sabah diberi kebebasan dari penjajah British pada 31hb. Ogos 1963.

(NOTA: PENAHANAN DI BAWAH ISA OLEH KUALA LUMPUR TELAH MEMPROMOSIKAN SATU BENTUK TERROR (terrorist act) KEPADA RAKYAT SABAH AGAR TUNDUK KEPADA KUALA LUMPUR SEPENUHNYA)

7. (1990an – masa kini) Projek Mega Kuala Lumpur UMNO iaitu IC PROJEK

Projek IC merujuk kepada 'projek rahsia' untuk mengubah demografi negeri Sabah dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya Malaysia khasnya di Sabah. Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang dijadikan sebagai Fixed Deposit sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan UMNO. Pentadbiran Mahathir melancarkan projek itu untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah". Sentimen pemisahan di Sabah pada masa depan dapat dikekang, dan di samping memperkukuhkan Umno bagi menguasai negeri Sabah sepenuhnya.
 
Perkara ini telah didedahkan dalam buku penulis Mutalib MD dan Dr Chong Eng Leong. Pada pilihan raya 1995, Kuala Lumpur melalui UMNO telah menggunapakai PTI yang diberi IC Projek untuk meraih undi. Cuba lihat manusia-manusia PTI tajaan Kuala Lumpur UMNO ini (ref: http://www.youtube.com/watch?v=zBOhYGkEhio). Kuala Lumpur yang dipimpin oleh UMNO akan buat apa saja untuk mempastikan kemenangan BN di Sabah! POSIK!

8. (Feb 2013 – masa kini) Pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh kononya (waris Sultan Sulu)

Lahad Datu??? Ketika diambang PRU13 yang mana pihak Kuala Lumpur pimpinan UMNO sedang menghadapi saat getirnya dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaan politik di Sabah. Berlaku pula kes pencerobohan di Lahad Datu yang mana kononya "KESULTANAN SULU" pula dijadikan sebagai alasan pencerobohan itu. Penceroboh yang lengkap bersenjata dirunding pula oleh Kuala Lumpur, sedangkan tuntutan hak dan kuasa kemerdekaan rakyat Sabah melalui 20 Perkara dan Perkara 8 dalam Perjanjian Malaysia tidak pula dirunding oleh Kuala Lumpur.
 
Secara realistik dan holistic, Kuala Lumpur masakini sedang mengatur satu lagi bentuk sandiwara politik mereka di Sabah dengan mempromosi TERROR atau FEAR factors. Oleh kerana pilihanraya 13 ini (yang lalu) merupakan pilihanraya yang sangat getir, Kuala Lumpur pimpinan UMNO sekali lagi menghasut rakyat, menipu rakyat, memanipulasi minda rakyat, melakukan jenayah politik khasnya di Sabah kerana “BN AKAN BUAT APA SAJA UNTUK MENANG PRU13 INI!”.
 
Pencerobohan ini adalah satu alasan politik Kuala Lumpur untuk tidak membubarkan parlimen sehingga segala bentuk rasuah politik seperti tangki biru, zink, BR1M 3.0, 4.0 dan 5.0 dapat mereka lancarkan. Ini juga satu bentuk jenayah politik rasuah Kuala Lumpur. Ada juga sumber mengatakan bahawa kes pencerobohan ini hanya satu gimik retorik politik Kuala Lumpur untuk mengabui mata orang ramai mengenai kes RCI yang sedang giat dijalankan sekarang dan ada juga suara mengatakan bahawa adengan kes penceroboh ini juga satu approach untuk melambat-lambatkan PRU13.

State Reform Party, Sarawak (STAR)

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.