Rupanya Melayu itu bukan Bumiputera

Monday, 16 June 2014

Hanya Melayu UMNO saja yang boleh hidup di Malaysia dengan berselindung disebalik jenama 'Bumiputera'..

Apabila perkataan "Melayu" diletakkan bersebelahan dengan perkataan "Bumiputera", nampak lah muslihatnya di situ. Rupa-rupanya Melayu itu bukan Bumiputera. Melayu satu perkara; Bumiputera satu perkara.

Dulu semasa Bank Bumiputera dibuat, kami ingatkan ianya untuk kebaikan Bumiputera SabahSarawak. Rupa-rupanya bila bank itu dilanda skandal kewangan, hasil minyak SabahSarawak juga yang digunakan untuk menyelamatkan bank Melayu.

Dulu kami diberitahu UiTM adalah untuk Bumiputera. Ramai lah ibubapa SabahSarawak menghantar anak-anak bersekolah di sana. Baru-baru ini kami sedar, rupa-rupanya UiTM untuk Melayu sahaja, lebih-lebih lagi selepas Ibrahim Ali masuk menjadi ahli lembaga pengarah UiTM.

Dulu semasa Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, kami sangkakan Bumiputera SabahSarawak akan dapat habuan. Kemudiannya baru lah kami sedar, kami hanya lah batu loncatan supaya Melayu UMNO dapat jadi Orang Kaya Baru. Kami di SabahSarawak pula kekal miskin.

Sekarang sudah banyak yang kami sedar. Selagi itu kami bukan berbangsa Melayu UMNO, selagi itu lah kami tiada harapan. Melayu Malaysia pun tiada harapan. Hanya Melayu UMNO saja yang boleh hidup di Malaysia.

Sekarang Ibrahim Ali berkata, "Perkasa juga kecewa kerana kini wujud segelintir pribumi liberal yang seolah-olah bertindak ke arah meluntur dan menghakis status bangsa teras Malaysia yang berpaksikan kepada pribumi dan Islam." 

Pakcik Julaihi pun berkata, "Banyak kali sudah kami berkorban supaya Melayu spesis Ibrahim Ali boleh insaf dan mengerti maksud Pribumi yang sebenarnya. 

"Kami sekarang sedar tiada gunanya menolong orang yang tidak mahu menolong dirinya sendiri. Selagi ada bulan dan bintang, lagi baik SabahSarawak mencari cara untuk menolong diri kami sendiri." - Haji Julaihi Haji Suut

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.