KEPALA OTAK RAHMAN DAHLAN SUDAH MIRING

Monday, 9 June 2014

Pengkhianat kepada Perjanjian 20 Perkara (Sabah), Perjanjian 18 Perkara (Sarawak), Perjanjian Malaysia 1963, dan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan tidak pula dikenakan tindakan..

Isu pokok dan akar kepada segala masalah politik sekarang adalah disebabkan oleh pengkhianatan dan pelanggaran terhadap Perjanjian 20 Perkara (Sabah), Perjanjian 18 Perkara (Sarawak), Perjanjian Malaysia 1963, dan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan! Siapa yang mengkhianati perjanjian tersebut? Mengapa mereka tidak disiasat dan diambil tindakan undang-undang? Mengapa perjanjian-perjanjian tersebut tidak dilaksana, sedangkan perjanjian tersebut telah dipersetujui ketika North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963?

Rakyat posting sesuatu isu dalam laman sosial setelah semua saluran media massa dan media elektronik dikawal sepenuhnya oleh kerajaan! Dan rakyat membuat posting dalam laman sosial adalah untuk memberi penjelasan, kefahaman, kesedaran, pengetahuan dan pendidikan kepada rakyat tentang sesuatu perkara, bukannya menghasut! Jika seseorang menyuarakan sesuatu perkara berkaitan hak, kebenaran dan keadilan yang perlu dituntut, adakah itu bermakna mereka menghasut? Adakah Rahman Dahlan mahu semua rakyat buta, pekak, bisu dan jahil? Adakah Rahman Dahlan mahu semua rakyat Sabah ikut telunjuk pemimpin-pemimpin BN-UMNO yang sudah jadi Pak Angguk, Pak Turut, Pak Tiong, Pak Kalabau, Pak Bisu, Pak Pekak, Pak Buta, Pak Unta dan Pak Hamba kepada kepimpinan BN-UMNO di Malaya? Adakah Rahman Dahlan berfikir bahawa semua rakyat Sabah bodoh dan boleh dibisukan?

Adakah tindakan seseorang memberi penjelasan, kefahaman, kesedaran, pengetahuan dan pendidikan kepada rakyat tentang sejarah kenegaraan, tentang hak, kebenaran dan keadilan yang perlu dituntut itu berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara? ATAU menternak dan memelihara lebih 1.72 juta Warga Asing/ PTI dengan memberi Kad Pengenalan melalui ‘Projek IC’ dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi bagi mengundi parti tertentu itu lebih berbahaya dan mengancam keselamatan negara? Mengapa petualang dan pengkhianat negara yang membuat ‘Projek IC’ tidak diambil tindakan undang-undang? Bukankah petualang dan pengkhianat negara ini sudah dikenali? Adakah kerana mereka ahli UMNO, menyokong UMNO dan pengundi UMNO?

"Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah," (Rahman Dahlan)

Perjanjian 20 Perkara (Sabah), Perjanjian 18 Perkara (Sarawak) dan Perjanjian Malaysia 1963 adalah perjanjian dan syarat minima yang ditetapkan oleh Sabah dan Sarawak sebelum bersetuju bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963! Dan perjanjian itu sudah menjadi fakta sejarah dan dokumen perlembagaan! Justeru, mengapa pihak yang mengkhianati perjanjian itu tidak dianggap berbahaya dan mengancam keselamatan negara? Mengapa mereka tidak diambil tindakan undang-undang kerana memungkiri dan mengkhianati perjanjian?

Bukankah pelanggaran terhadap perjanjian itulah yang sebenarnya lebih berbahaya, mengancam keselamatan negara dan menyebabkan perpecahan wilayah dan perpecahan rakyat? Dan bukankah pengkhianat terhadap perjanjian itulah yang telah menyebabkan ketidakstabilan politik Sabah dan menyebabkan konfrontasi politik berpanjangan antara Sabah dan Malaya sekarang? Bukankah isu pokok dan akar kepada segala permasalahan politik sekarang adalah disebabkan oleh ketidakjujuran, kecurangan, manipulasi dan penipuan pemimpin-pemimpin BN-UMNO terhadap perjanjian tersebut? - Justin Ingin

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.