“Bayangkan perasaan kami apabila langsung tidak dijemput dan tanpa diberikan peluang sehingga sambutan Pesta Kaamatan selesai,”
SEKUMPULAN penyanyi kelahiran daerah Telupid melahirkan kekecewaan serta ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan penganjur Kaamatan daerah itu awal bulan ini di Dewan Masyarakat Telupid.
Mewakili penyanyi-penyanyi terbabit, pengurus artis John Lingka dalam kenyataannya kepada Hiburan NST mendakwa penganjur menafikan peluang mereka untuk membuat persembahan di atas pentas walaupun telah diberikan ‘lampu hijau’ sebelumnya.
“Kami berasa sungguh kecewa dan dipinggirkan apabila tidak seorangpun daripada 12 artis setempat yang telah bersedia sejak pagi di panggil ke pentas.
“Bayangkan perasaan kami apabila langsung tidak dijemput dan tanpa diberikan peluang sehingga sambutan Pesta Kaamatan selesai,” katanya dalam kenyataan itu.
Sambil membidas tindakan penganjur, John Lingka berkata sepatutnya penyanyi-penyanyi setempat diberikan keutamaan untuk membuat persembahan memandangkan Kaamatan merupakan satu-satunya peluang untuk mereka diketengahkan.
“Di sebalik banyak seruan mengatakan sokongan harus diberikan kepada artis tempatan Sabah, penganjur peringkat Daerah Telupid pula seakan membelakangkan kami.
“Di manakah slogan ‘Jika Bukan Kita, Siapa Lagi?’ yang sering dilaungkan,” katanya lagi. Sehubungan itu, beliau berharap tindakan yang dianggapnya sebagai penindasan terhadap mereka itu tidak berulang pada masa akan datang.
Antara artis yang terlibat, Forester John, Marius Samidau, Joanis Lajungin, Thomas James, Roger Enty, Zakheus Maiji K, Felix, Boni Mercennus, Madurah G, Udin Basri, Masmil G dan Paulus @ Poloi G.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.