Jasa Musa Aman hingga beliau dilantik menjadi Ketua Menteri

Thursday 12 June 2014

Bagaimana Sabah boleh menjadi negeri yang paling ramai ahli UMNO sehingga layak digelar "Fixed Deposit" berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaya yang lebih dulu menerima parti UMNO? Kenapa hanya ketika Musa Aman memegang jawatan Ketua Menteri Sabah barulah sistem penggiliran ketua menteri dihapuskan sehingga beliau berjaya memecahkan rekod memegang jawatan ketua menteri paling lama di Sabah?..

Mungkinkah atas "jasa" Musa Aman menambah bilangan ahli UMNO sekaligus mengukuhkan kedudukan UMNO di Sabah menyebabkan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri? Lebih menguntungkan apabila sistem penggiliran dua tahun yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Sabah sebelum ini turut dihapuskan sebaik Musa Aman dilantik ke jawatan itu.. Sungguh besar ganjaran yang diperolehi Musa Aman hasil dari pengkhianatan beliau terhadap kedaulatan Negara Sabah.. Disebabkan ganjaran ini juga, Musa Aman semakin lupa diri, lupa sejarah Sabah, lupa Perjanjian Malaysia 1963, lupa hak-hak rakyat dan lupa mengenai kekayaan bumi Sabah yang dirompak setiap hari oleh Malaya..

***HARAP BILANGAN AHLI SAJA YANG RAMAI TAPI SABAH TETAP MENGUNGGULI STATUS NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA.. MUNGKIN ADA BENARNYA KATA-KATA KEDAI KOPI, MAKIN RAMAI AHLI UMNO, MAKIN RAMAI JUGA BILANGAN PENYAMUN..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.