Sabahan dan Sarawakian jangan sekali-kali putus asa menentang penjajahan alaf baru UMNO Malaya..
Isu agama dan kaum sudah lama diselesaikan dahulu di Sabah dan Sarawak.
Keutamaan warga Sabah dan Sarawak masa ini bukanlah mengenai ketuanan bangsa dan agama tetapi 'penindasan halus' kerajaan Persekutuan.
- Hak Minyak DIRAGUT!
- Hak Borneonisasi DIRAGUT!
- Autonomi Imigresen CUBA DIHAPUS!
- Laporan IGC 1962 DINAFIKAN!
Untuk memecahkan perpaduan di Sabah dan Sarawak, 'pihak berkuasa' Persekutuan menimbulkan isu agama dan kaum.
Jadi, jangan kena 'racun' mereka!
Sabah dan Sarawak bukan milik mana-mana agama dan bukan juga milik sesetengah kaum dan ia juga bukannya tempat dimana semua orang hendak menjadi wira untuk mendapat nama.
Wilayah Borneo (Sabah Sarawak) ini milik semua orang Borneo (Sabah Sarawak) yang mengenal intipati perlembagaan yang sebenar.
Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia bukan kerana Persekutuan ini mempunyai agama rasmi tetapi mereka menyertai sebab Persekutuan ini 'dijanjikan' sebagai sebuah wilayah sekular.
Warga Borneo (Sabah Sarawak) perlu berpendirian tegas mengenai budaya dan pemahaman mereka.
51 tahun sudah cukup 'tertindas' dan 'dianaktirikan'.
Status Persekutuan Malaysia hari ini diragui sepenuhnya, setelah 51 tahun Sabah dan Sarawak menjadi 'rakan setaraf' dengan Malaya.
Tiada keuntungan untuk ketiga-tiga pihak menjadi rakan setaraf lagi.
- Royalti Minyak 5% (Padahal sumber minyak adalah milik kepunyaan penuh Borneo)
- Sumber menjelaskan bahawa 20 tahun yang lalu, warga asal Sabah sekitar 70%-80% tetapi hari ini warga asal cuma 23%.
- Isu agama dan kaum 'sengaja ditimbulkan' untuk membuatkan warga Borneo bertindak balas dan penguatkuasaan EO (Ordinan Darurat) boleh dilakukan ke atas Borneo (Peristiwa Kalong Ningkan 1966) :- Ini membolehkan pengambilalihan penuh Persekutuan terhadap undang-undang negeri.
- Kerajaan Persekutuan buat masa sekarang memerhati 'pergerakan nasionalis' Borneo.
RUMUSAN :
Rakyat Borneo perlu bersatu tanpa mengira latar belakang politik. Perjuangan warga Borneo adalah menjunjung tinggi kedaulatan Borneo.
Jangan putus asa!!!
Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.