Tidak wajar keluar Malaysia, tidak wajar juga Sabah/Sarawak dikhianati

Friday 20 June 2014

Jika Profesor Agus dan kerajaan persekutuan menganggap bahawa kenyataan Sabah dan Sarawak KELUAR MALAYSIA adalah melanggar perlembagaan, sila buktikan dahulu bahawa Perlembagaan Persekutuan 1963 itu masih GAH didaulatkan oleh kerajaan persekutuan..

Salam Jumaat untuk semua.

Dua hari yang lepas, kita "dikurniakan" dengan kenyataan "Ugutan untuk Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia tidak wajar timbul daripada ahli-ahli politik yang mempunyai semangat patriotisme terhadap negara." oleh seorang professor iaitu Professor Mohammad Agus Yusoff.

Satu kenyataan yang diberinya yang menarik perhatian kita ialah "Menurutnya, ia bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan tetapi menunjukkan betapa tidak kuatnya semangat patriotisme terhadap negara."

Professor yang lebih dikenali sebagai Professor Agus memberi kenyataan seolah beliau begitu cetek pengetahuannya berkenaan PERLEMBAGAAN dan ASAS-ASAS PERLEMBAGAAN. Untuk pengetahuan semua, kuatnya semangat PETRIOTISME terhadap MALAYSIA telah dibuktikan sendiri oleh rakyat Sarawak dan Sabah sekian lama walaupun mereka TAHU bahawa PERSEKUTUAN MALAYSIA yang SEBENAR telah LAMA LUPUS kerana perbuatan Persekutuan yang membuang Singapura tanpa KEBENARAN daripada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah pada 9 Ogos 1965.

Sarawak dan Sabah memikirkan SUDUT KEMANUSIAAN dan nama "Malaysia" kekal ada sehingga hari ini bukan kerana Sabah dan Sarawak "MASUK MALAYSIA" semenjak 16 September 1963, tetapi kerana Sarawak dan Sabah memahami apa yang DIPERLUKAN oleh MALAYA. Namun, sehingga hari ini, saban kali Sarawak dan Sabah diperlekeh dan direndahkan setelah membantu "mengekalkan" nama "MALAYSIA" dan Perlembagaan apakah yang dilanggar di sini jika kita mengatakan usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak tidak wajar?

Kami mengandaikan bahawa Professor Agus sendiri sedang berusaha menutup SEJARAH yang telah terpatri dengan memutarbelit fakta dengan sentimen yang tidak layak untuk hadir daripada seorang yang bergelar professor.

Jika perlembagaan Malaysia yang dilanggar, adakah ia VERSI 1963 atau VERSI 1976?... Kepada warganegara Sarawak, anda haruslah sedar bahawasanya TYT Gabenor Negara Sarawak ke-7 telah MENGANGKAT SUMPAH menggunakan TEKS 1963 dan bukan TEKS versi PASCA 1976, bermakna ungkapan Professor Agus yang telah MELANGGAR perlembagaan Persekutuan yang sebenar. Ini kerana HAK PERLEMBAGAAN menunjukkan bahawasanya Negara Sarawak dan Negara Sabah MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA TANPA MENGHILANGKAN TARAF KENEGARAAN mereka.

Apa yang terjadi pula selepas 1976?... Ya, Sabah dan Sarawak DITURUNTARAF kepada setaraf negeri Melaka yang lebih kecil daripada saiz Bahagian Mukah dari sudut HAK dan KUASA PERLEMBAGAANNYA. Maka, sudah terurai kini, soalannya siapakah Professor Agus untuk menafikan HAK Negara Sarawak dan Negara Sabah untuk MENGELUARKAN DIRI daripada PERSEKUTUAN yang tiada lagi semenjak 1965?...

Jika hendak disamakan dengan KELANTAN, Professor Agus hendaklah MEMBUKTIKAN bahawa KELANTAN telah menandatangani PERJANJIAN MALAYSIA pada 1963. Andaikata pihak Persekutuan Malaya pula mengatakan bahawa mereka mewakili negeri-negeri di Malaya, maka kenalah mereka dedahkan surat rasmi dari setiap kerajaan negeri di Malaya mengenai pembentukan Malaysia. Jika ada sekalipun, ia tidak akan menggugat fakta bahawa Sarawak dan Sabah tetap kekal identiti kenegaraannya. 

Jesteru, adalah tidak salah untuk Negara Sarawak dan Negara Sabah memisahkan diri setelah mereka memutuskan bahawa keikhlasan mereka telah dikhianati oleh Persekutuan Malaya yang menguasai Persekutuan Malaysia melalui Perlembagaan Malaysia versi pasca 1976. Professor Agus sendiri serta kerajaan persekutuan haruslah membuktikan bahawa Perlembagaan Persekutuan 1963 itu masih GAH didaulatkan seandainya mereka hendak mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah dan Sarawak KELUAR MALAYSIA adalah melanggar perlembagaan. - Abdul Halim

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.