Kerana anda, generasi Sabah hari ini menderita

Saturday 12 July 2014

Kerana kedangkalan pemimpin-pemimpin seperti di bawah, warga Sabah hari ini terpaksa menanggung derita kehilangan hak, diancam pengganas, dihina, dimiskinkan, diabaikan, diugut, dan sebagainya..

Oleh: Cinice An
Kerana anda kami kehilangan Hak, 
Kerana anda kami dibanjiri PTI, 
Kerana anda kami kehilangan keselamatan,
Kerana anda kami dihina tinggal di atas Pokok.
Kerana anda kami dihina miskin,

Kerana anda pentingkan nama,
Kerana anda pentingkan pangkat,
Kerana anda pentingkan wang sendiri,
Anda lupa ramai yang sengsara kerana tindakkan Mu,

Kerana anda tidak tahu menjaga Negara,
Anda berikan dengan penjajah Malaya,
Anda berikan kepada pendatang asing,
Kami kehilangan tempat untuk berteduh,

Kami menangis dalam perjuangan,
Kami tersungkur dan lalu berdiri,
Kami menangis membayangkan generasi masa depan kami akan sengsara,
Kami menyaksikan mereka sengsara didepan mata kami sendiri, 
Di kala anda sudah hilang ditelan bumi.

Layakkah anda dipanggil nenek moyang kami,
Layakkah anda dipanggil datuk nenek kami,
Layakkah anda dipanggil ibu bapa kami,
Layakkah anda dipanggil saudara kami. 
Sedangkan anda tidak berjuang menjaga hak dan kedudukan kami.

Berjuanglah bersama kami,
Sementara anda punya tenaga,
Bantulah kami menuntut hak,
Kami akan mengampuni kesalahanMu,
Kami akan teruskan perjuanganMu,
Itulah peninggalan Mu yg kami akan hargai, 
Setiap namaMu, GenarasiMu akan kami hormati.

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.