Kenapa perlu takut berjuang berlandaskan dokumen yang sah?

Tuesday 1 July 2014

Adenan Satem, Taib Mahmud dan James Masing di Sarawak sudah hebohkan berkenaan Malaysia Agreement. Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee, Darell Leiking dan Zainnal Ajamain di Sabah juga sudah dedahkan banyak perkara berkenaan Malaysia Agreement. Bahkan Baru Bian sendiri menggunakan Malaysia Agreement untuk mendesak Kerajaan Persekutuan.

SOALAN: Pemimpin Sabah Sarawak cuma berani bersuara kepada Kerajaan Persekutuan untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963, tetapi itu langsung tidak menggentarkan Kerajaan Persekutuan. Kenapa mereka tidak berani berbuat lebih daripada itu, pakcik?

JAWAPAN: Maaf. Kita kena think out of the box sekejap. Ada sebab-sebab baik mengapa pemimpin-pemimpin Sabah/Sarawak gunakan Malaysia Agreement sebagai bahan mereka. Kerana Malaysia Agreement adalah dokumen perundangan yang sah. 

Mereka kena bertindak menggunakan dokumen yang sah kerana sekiranya perjuangan mereka terkeluar daripada skop perundangan yang sah, contohnya memberi cadangan secara terbuka Sabah/Sarawak keluar dari Malaysia, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Mereka boleh dianggap menghasut atau menderhaka atau mengkhianat atau apa-apa lah yang pihak-pihak tertentu boleh lemparkan pada mereka. Itu antara worse case scenario yang kita boleh fikirkan.

Dalam ertikata lain, skop perjuangan mereka terhad. Ada had-had yang mereka tidak boleh langkah. Jadi mereka terpaksa berjuang dari landasan yang ada backing dari dokumen perundangan yang sah. Something they can fall back to defend themselves. Selagi mereka berpijak di landasan Malaysia Agreement selagi itu lah mereka kebal. Kalau tak percaya tanya lah mereka sendiri. Banyak rahsia boleh mereka ceritakan, tetapi semua off the record.

Adenan Satem, Taib Mahmud dan James Masing di Sarawak sudah hebohkan berkenaan Malaysia Agreement. Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee, Darell Leiking dan Zainnal Ajamain di Sabah juga sudah dedahkan banyak perkara berkenaan Malaysia Agreement. Bahkan Baru Bian sendiri menggunakan Malaysia Agreement untuk mendesak Kerajaan Persekutuan.

Ternyata perjuangan mereka tidak sia-sia, kerana semakin ramai rakyat Sabah/Sarawak jadi berani bersuara tentang hak-hak Borneo. Itu satu perkembangan yang baik. Ini sekaligus memberi persedian kepada lebih ramai rakyat SabahSarawak. Persediaan untuk apa? Sama-sama lah kita mengharapkan yang terbaik. 

Kita semua kena faham juga situasi pemimpin-pemimpin kita. Berlaku adil pada mereka. Jadi kita kena biarkan mereka berjuang dari sudut Malaysia Agreement. Jangan kita paksa mereka berbuat sesuatu yang boleh mematikan perjuangan mereka nanti. Kena bermain dengan cara licik dengan Malaya. Kalong Ningkan dan Fuad Stephens pernah cuba cara direct confrontation. Kita semua tahu apa terjadi pada mereka.

Kita sebagai rakyat biasa pulak, memang lah tiada had, semua perkara semua cara kita nak pakai. Itu cara kita sebagai rakyat. Kita ada alasan: Perasaan geram bah. We are loose cannons, so to speak. The leaders have to go by the book. Semoga cara kita dan cara pemimpin kita akan menjurus ke suatu arah yang sama. - Haji Julaihi Haji Suut

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.