Sabah bolos lagi: Tumbangkan pengkhianat UMNO

Sunday 13 July 2014

Tidak mungkin Putajaya dapat mengawal penculikan dan pencerobohan ini daripada terus berlaku. Tidak mungkin Putrajaya dapat mengesan dalang-dalangnya. Mereka (pengganas) punyai IC malah mereka kemungkinan telah menjadi ahli Umno..

Masalah bermula apabila Umno cuba menumbangkan Parti Bersatu Sabah dengan pengeluaran IC besar-besaran atau dikenali sebagai Projek IC Mahathir kepada PTI dari Filipina.

Kebajiran PTI dari Filipina dan Indonesia yang tidak dikawal oleh Putrajaya menyebabkan hampir seluruh pelusuk Sabah didiami oleh mereka.

Kemunculan mereka ini mula menimbulkan masalah sosial terutama yang melibatkan kes-kes kecurian, rompakan, dadah dan yang paling parah apabila mereka turut terlibat dalam kes-kes pembunuhan.

Peristiwa penculikan yang berlaku sejak kebelakangan ini hanyalah kisah panjang bagaimana amaran orang Sabah supaya Putrajaya tidak khianat kepada negara Sabah dengan memberikan IC kepada warga asing sewenang wenangnya.

Tidak mungkin Putajaya dapat mengawal penculikan ini daripada terus berlaku. Tidak mungkin Putrajaya dapat mengesan dalang-dalangnya. Mereka punyai IC malah mereka kemungkinan telah menjadi ahli Umno. Pentadbiran Najib hilang kawalan ke atas keselamatan Sabah. Mereka tidak mampu menangani dan sememangnya tidak mahu menyelesaikannya secara total.

Niat menempatkan imegresen sebagai badan yang mengetuai keselamatan pantai timur adalah tidak jujur. Umno tahu bahawa imegresen dapat dipergunakan untuk 'membersihan' statistics PTI.

Umno tidak pernah jujur untuk Sabah, umno pengkhianat kepada perjanjian pembentukan Malaysia. Umno khianat kepada pemimpin-pemimpin Sabah terdahulu.

Jika anda mengharapkan Umno cuba menyelesaikan PTI, ianya umpama mengharapkan Sharizat dan keluarganya mengaku bersalah kerana makan duit rakyat melalui projek ternakan lembu.

Tanyalah pemimpin-pemimpin Umno dari Sabah, apa tindakan mereka dalam kes-kes PTI, nada mereka sama seperti yang lain, diam dan cuba mengelak untuk menjawab. Hingga kini, Umno cuba melengahkan masa untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Kebanjiran PTI di Sabah.

Kepada Sabahan TULEN, satu-satunya penyelesaian kepada semua masalah ini adalah, TUMBANGKAN UMNO!!!

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.