Pesawat Singapore Berpatah Balik Ekoran Masalah Pintu Kargo

Friday 9 May 2014

Bagaimanapun pintu kargo pesawat itu didapati tertutup ketika pesawat berkenaan mendarat di Changi..

SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Hong Kong berpatah balik dan terpaksa diganti selepas menerima isyarat amaran berkaitan pintu kargo.

Akhbar tempatan, The Straits Times (ST) melaporkan Penerbangan SQ866, sebuah pesawat superjumbo Airbus A380 sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Hong Kong apabila lampu amaran berkaitan pintu kargo, diterima.

"Maka juruterbang memutuskan untuk berpatah balik ke Singapura," ST melaporkan dengan memetik seorang jurucakap SIA pada Jumaat.

Jurucakap itu berkata pintu kargo pesawat itu bagaimanapun, didapati tertutup ketika pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Changi pada 2.20 petang, waktu tempatan.

Tiada seorangpun cedera dan siasatan kenapa penggera telah dihidupkan sedang dijalankan.

Sebuah pesawat gantian dengan kru yang sama berlepas pada 5.18 petang dan dijangka tiba di Hong Kong pada 8.40 malam, lebih tiga jam setengah lewat daripada jadual waktu ketibaan asal.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.