Kecewa bekalan elektrik Sabah terus terganggu

Sunday 18 May 2014

Mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan umno, memang kaya dengan masalah.. Rakyat mengharapkan penambahbaikkan perkhidmatan, sebaliknya "penambahbaikkan" bil pula yang dihadiahkan kepada rakyat..

KOTA KINABALU: Penduduk Sabah geram kerana bekalan elektrik di rumah dan pusat komersil kerap terputus menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu, manakala barangan elektronik pula ada yang rosak.

Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) setiap kali menjawab rungutan pengguna, memberi pelbagai alasan seperti kerja-kerja senggaraan kritikal di stesen-stesen janakasa atau kerosakan set-set janakuasa.

Penduduk semakin bosan walaupun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berjanji untuk memulihkan bekalan elektrik ketika mengambil alih kementerian itu pada tahun lalu.

Persatuan Industri Kayu-kayan Sabah (STIA) menggesa kerajaan negeri meliberalisasikan peruntukan bekalan elektrik di Sabah dan menggantikan SESB kerana ketidakcekapan melakukan tugas.

Walaupun menerima pelbagai rungutan kerana gangguan bekalan, SESB dan pihak berkaitan tidak proaktif untuk bertindak menyelesaikan masalah ini.

Pada masa yang sama kata Presiden STIA, Datuk James Hwong, SESB patut membayar pampasan kepada mereka yang terjejas akibat ketidakcekapan itu.

“Oleh kerana kerap berlaku gangguan, banyak industri termasuk perniagaan kayu turut terjejas dan mengalami kerugian. STIA mendedahkan masalah yang mereka hadapi di Seguntor Sandakan.

“Daerah lain turut menghadapi masalah yang sama kerana kurang penjana kuasa untuk membekal tenaga kepada banyak kilang,” katanya menambah, masalah itu berlaku hampir setiap hari di kilang kayu di Sipitang.

Catuan bekalan

Daerah di timur Sabah iaitu Sandakan, Lahad Datu dan Tawau adalah kawasan paling kerap menerima gangguan bekalan elektrik dan catuan bekalan dilaksanakan oleh SESB sebagai penyelesaian sementara.

Catuan bekalan elektrik dilaksanakan akibat kerja-kerja senggaraan kritikal di beberapa stesen seperti janakuasa Hidro Tenom Pangi dan Patau-Patau di Labuan serta kerosakan beberapa set janakuasa di Sepanggar Kota Kinabalu.

Ramai pihak mempertikaikan cara catuan itu dilaksanakan kerana hanya kawasan di timur Sabah paling merasai kesan catuan berbanding di kawasan barat Sabah.

Menurut James, kos pengeluaran industri berasaskan kayu di daerah yang terjejas seperti di Sipitang dan Keningau, adalah sangat tinggi akibat kekurangan bekalan elektrik.

Masalah berterusan ini katanya, menjejaskan perniagaan kayu kerana ribuan ringgit dibelanjakan setiap bulan untuk menghidupkan penjana kuasa sendiri, satu khidmat yang gagal disediakan oleh SESB.

STIA berasa kecewa tiada cadangan untuk menyelesaikan masalah itu walaupun kerajaan sudah menaikkan tarif elektrik.

Kerajaan perlu ada pelan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini supaya dapat memastikan survival sektor pembuatan Sabah.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.