Kerajaan umno biarkan PATI di Sabah nikmati elektrik percuma

Friday, 23 May 2014

Terima Kasih rakyat Sabah kerana membiarkan PATI mendapat KARAN free. Majoriti rakyat Sabah tau COMPLAINT karan balik-balik putus. Tapi tidak ambil peduli walaupun Salah satu punca adalah keCurian KARAN oleh PTI , setinggan dll.. - 1 Suara Sabah

Ada juga pihak yang tidak puas hati bila SESB dipersalahkan ekoran penyambungan elektrik haram yang berleluasa di Sabah. Kononya kata mereka, pihak SESB telah banyak kali melakukan serbuan dan pemotongan, namun penduduk setinggan tetap melakukan penyambungan haram.

Malah ada juga yang mengakui tugas melakukan pemotongan sambungan elektrik haram di kawasan penempatan setinggan ini amat bahaya. Pihak SESB terpaksa membawa bersama polis atau tentera untuk tujuan keselamatan pekerja-pekerja SESB sepanjang melakukan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik haram. 

Menurut salah seorang pengguna laman sosial yang juga merupakan bekas pekerja SESB, beliau sendiri pernah melalui detik cemas apabila kenderaan SESB yang mereka gunakan ditembak menggunakan senapang guli ketika melakukan operasi memotong sambungan elektrik haram.

Persoalannya, sampai bila penduduk setinggan yang mojoritinya berstatus PATI ini "dibenarkan" bermaharajalela di Sabah? Jika alasan "tidak semudah yang disangka" memaksa SESB "membenarkan" penyambungan haram ini, adakah rakyat tempatan juga perlu menggunakan cara yang sama digunakan oleh PATI untuk menikmati kemudahan elektrik percuma?

Susah sangatkah SESB membuat laporan polis atau minta kerajaan umno robohkan setinggan PATI dan hantar semua PATI balik ke negara asal? Mana hilangnya undang-undang bagi kesalahan imigresen, penyembungan elektrik haram, penempatan haram dan sebagainya? kenapa undang-undang ini tidak terpakai bila komuniti PATI melakukan kesalahan? atau memang umno menganggap PATI di sabah ini terlalu istimewa untuk mereka?..

Sabah Sarawak Want Their Rights Back @ SSKM [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.