Bapa kanak-kanak yang diculik ditahan semula berhubung kes lain

Tuesday 20 May 2014

Dakwaan sesetengah pihak bahawa kanak-kanak itu sudah ditemui adalah tidak benar..

KOTA KINABALU: Bapa kepada kanak-kanak yang diculik sebelum ini, yang dibebaskan kelmarin ditahan semula berhubung kes lain yang dilaporkan berlaku di Klang, Selangor empat tahun lalu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata lelaki berumur 31 tahun itu ditahan sehingga pihak polis Klang datang mengambilnya untuk disiasat atas dakwaan menipu.

Suspek dan isterinya dibebaskan hari ini setelah ditahan Selasa lalu bagi membantu kes penculikan anaknya pada 9 Mei.

Anak mereka yang berusia tiga tahun dilarikan bersama sebuah kenderaan yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air.

Jauteh berkata, pihak polis masih menjejaki kanak-kanak itu dan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia sudah ditemui adalah tidak benar.

Kanak-kanak itu Low Ming You yang berpakaian baju T berwarna putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena di dalam kenderaan berkenaan apabila ia dilarikan.

Kenderaan itu kemudiannya ditemui di Menara Jam, Bukit Bendera kira-kira pukul 9.30 pagi, empat jam selepas kejadian tanpa kanak-kanak tersebut.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau Pegawai Penyiasat di talian 016-3572935. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.