Pelajar cemerlang Sabah dinafikan hak mendapat biasiswa

Wednesday 14 May 2014

Kerajaan umno perlu telus, jujur dan berterus terang kepada rakyat Sabah/Sarawak mengenai syarat-syarat permohonan biasiswa, dan tampil memberikan penjelasan kenapa pelajar Sabah/Sarawak seringkali dinafikan hak mereka untuk mendapatkan tajaan biasiswa.. Mungkinkah benar bangsa dan agama menjadi kayu pengukur kelayakan seseorang pemohon sebagaimana yang dilalui oleh pelajar cemerlang Sarawak (DISINI)?.. Jika tidak mahu spekulasi seperti ini terus dimainkan, kerajaan perlu buang sikap berat sebelah dan berlaku adil terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama..

kawan sia Valentino Gumbilai berasal dari Tamparuli Sabah,dan sedang menuntut di Kyoto University dalam jurusan DOKTOR FALSAFAH *MEDICINE and INTERNAL MEDICINE.semua subjek dan research beliau di Kyoto university, adalah pada tahap yg tertinggi. Beliau merupakan satu satunya pelajar MALAYSIA di Graduate school of medicine Kyoto University.

Apa yang membimbangkan ialah beliau tidak pernah mendapat apa2 bantuan biasiswa atau tajaan dari mana2 pihak...beliau sudah membuat 3 pemohonan kepada pihak MARA tetapi semua di ketepikan.Mungkinkah alasan kenapa beliau dinafikan bantuan kerana BANGSA dan AGAMA beliau?

Persoalannya..kenapa beliau dinafikan bantuan tajaan pengajian sedangkan pelajar2 Malaysia lain yang berasal dari Semenanjung begitu mudah mendapat tajaan..

Saya telah nasihatkan beliau agar menghubungi YB Datuk Safie Afdal untuk meminta sokongan.Akhirnya pihak Datuk Safie Afdal telah menghubungi beliau melalui FB.

" 0/2, 12:13pmExpand
Show ImagesShafie Apdal Official
W'kumsalam, boleh saudara beri saya lebih maklumat mengenai permohonan ini? Salinan surat yang terbaru dan lain-lain dokumen yang berkaitan? Saya akan minta pegawai saya untuk buat semakan nanti....."

" 10/3, 12:05pmExpand
Show ImagesShafie Apdal Official
Ok, saya akan semak permohonan ini...."

10/16, 12:35pmExpand
Show ImagesShafie Apdal Official
Terima kasih Valentino, permohonan saudara masih dalam pertimbangan.....October 16, 2013

11/21, 5:00pmExpand
Show ImagesShafie Apdal Official
Salam, maaf lambat balas. Permohonan saudara saya dah panjangkan kepada MARA. Kemudian nanti saya minta pegawai saya emailkan surat itu.....

Sampai sekarang belum ada respon dari pihak YB Datuk Safie Afdal yang berjanji akan menyemak permohonan tajaan beliau.

Harap2 pihak kerajaan melalui MARA sekali lagi mempertimbangkan permohonan tajaan biasiswa kepada Valentino kerana dia ada 2 tahun lagi untuk menghabiskan study. Sayang sekiranya selepas graduate, beliau memilih untuk bekerja di negara lain dan bukan di Malaysia.

Kepada mana2 individu yang berpengaruh dalam politik dan rapat dengan mana2 menteri bolehlah tampil untuk memberikan bantuan kepada pelajar Sabah ini dan hanya merupakan seorang sahaja pelajar dari Sabah dan Malaysia yang belajar dalam jurusan yang sangat susah ini.

Mohon pertimbangan dari PM DS Najib Razak, Ketua Menteri Sabah DS Musa Aman agar dapat membantu pelajar ini. - SUMBER

Sabah Sarawak Want Their Rights Back @ SSKM [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.