Parti politik lebih amalkan rasuah berbanding polis

Wednesday 14 May 2014

Parti politik di negara lain tidak dilihat terlalu buruk mengamalkan rasuah seperti di negara ini.

Parti politik mengalahkan institusi polis dan dilihat paling banyak mengamalkan rasuah, satu perkembangan yang sangat luar biasa menurut kajian dijalankan Transparency International-Malaysia (TI-M).

Presidennya, Datuk Akhbar Satar (gambar) hari ini berkata kenyataan itu unik kepada Malaysia kerana parti politik di negara lain tidak dilihat terlalu buruk mengamalkan rasuah seperti di negara ini.

"Ya, kita tak lihat perkara ini di negara lain. Kita melihat perkara sebegini buat pertama kali," katanya selepas menerbitkan keputusan buat julung kalinya dalam Barometer Rasuah Malaysia (MCB) 2014 di Petaling Jaya.

Daripada 2,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden, 45% daripada mereka melihat parti politik mengamalkan rasuah tertinggi diikuti polis (42%), penjawat awam (31%) serta badan perundangan (23%).

Barometer rasuah global tahun lalu mencatatkan 78% rakyat Malaysia percaya polis paling rasuah di Malaysia.

Kajian MCB menunjukkan persepsi kerajaan dalam menangani rasuah merosot dengan 38% rakyat Malaysia merasakan usaha tersebut tidak berkesan.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.