MH370: Mahathir sibuk, Pak Lah bercuti

Monday, 19 May 2014

Penasihat MAS patut lebih peka dan prihatin terhadap kehilangan pesawat MH370, dan bukannya mereka yang langsung tidak memegang sebarang jawatan daripada pihak MAS..

PETALING JAYA: Setelah 71 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal hilang, usaha menjejak rangka pesawat tersebut masih belum berhasil.

Dalam masa itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak henti-henti menggesa supaya misi pencarian pesawat MH370 dipergiat dan menyeru agar semua pihak tidak menuding jari kepada MAS semata-mata.

Mahathir sering meluahkan hasrat dan harapannya berkenaan kehilangan pesawat malang itu di laman blog miliknya iaitu www.chedet.cc.

Namun perkara ini tidak dilakukan oleh seorang lagi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang juga merupakan Penasihat MAS yang telah dilantik pada 1 Mei 2009.

Terdapat dakwaan bahawa Pak Lah dipercayai telah berlepas ke Barcelona 14 Mei lalu menaiki pesawat Emirates Airlines bersama-sama isteri dan rakan karibnya seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan dan juga anaknya yang hanya dikenali sebagai Kamal.

“Tun Abdullah telah pergi ke Barcelona bergembira bersama rakan dan keluarganya bagi menaiki kapal layar mewah,” kata seorang sumber yang enggan namanya didedahkan.

Ujarnya lagi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan tumpuan masyarakat dunia masih ke arah syarikat penerbangan yang sering dilabelkan sebagai ‘anak emas’ dalam industri penerbangan negara.

Malah, orang ramai masih menanti pengumuman rasmi daripada pihak MAS berkenaan khabar gembira mengenai pesawat MH370.

“Sepatutnya, penasihat MAS sendiri yang lebih peka dan prihatin terhadap kehilangan pesawat MH370, dan bukannya mereka yang langsung tidak memegang sebarang jawatan daripada pihak MAS,” tegasnya.

FMT difahamkan cuti Penasihat MAS itu ditanggung oleh kerajaan kecuali naik kapal mewah dibayar sendiri.

2 comments:

  1. Bangan ka pa ang niii....? Dlu nk sngt dia berenti.... Bla dia dh stop smua kalut nk sruh dia wat itu ini.... Ingt ank dia miskin kaaa...? Scomi weiiii.... Bkn mkn gaji seminggu 100.... Projek smua luaq negara.... Bangang pnya manusia kja mk fitnah....

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.