Tubuhkan akta menangani pelampau kaum

Tuesday 13 May 2014

Bila ditanya kenapa GST dilaksanakan, kerajaan akan jawab GST telah dilaksanakan dibeberapa buah negara.. jesteru, mahukah kerajaan melaksanakan akta menangani hubungan kaum memandangkan akta ini juga telah dikuatkuasakan di beberapa buah negara seperti United Kingdom (UK) dan Australia?

TELUPID: Sudah tiba masanya bagi Kerajaan memtimbangkan untuk memperkenalkan akta bagi membendung pelampau kaum yang tidak bertanggungjawab, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee.

Menurut beliau perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini akan tergugat jika tiada usaha dan tindakan yang lebih konkrit untuk membendung pelampau kaum ini.

“Walaupun dilakukan oleh segelintar rakyat namun ianya jika berlarutan akan mengancam perpaduan kaum yang telah dibina sejak sekian lama,” katanya pada Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Telupid yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Michael Asang.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata berkata akta untuk menangani hubungan kaum ini telah dikuatkuasakan di beberapa negara termasuk di United Kingdom (UK) dan Australia.

Katanya UK dikenali sebagai Akta Hubungan Kaum (Race Relations) Act dan di Australia terdapat dua akta iaitu Akta Diskriminasi Kaum (Racial Discrimination Act) dan Akta Penghinaan bersifat perkauman (Racial Vilification Act).

Menurutnya negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia menuntut rakyat yang bertolarensi dan saling hormat antara sesuatu kaum.

“Sebenarnya inilah asas perpaduan yang wujud sejak sekian lama dan harus dikekal serta diperkukuhkan,” katanya.

Ronald berkata akta untuk membendung pelampau kaum di negara ini harus dilihat sebagai suatu usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum kalangan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

“Kita perlu fokus pada membina hubungan bermakna dengan orang dari pelbagai bangsa dan agama melalui saling menghormati dan kita tidak harus bertoleransi jika sesiapa cuba memusnahkan perpaduan yang telah dicapai,” katanya.

Beliau berkata di Sabah, sambutan Kaamatan adalah merupakan antara acara kebudayaan yang telah membantu mengeratkan pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Katanya Malaysia akan terus aman jika rakyat di semua negeri menghayati perpaduan dan toleransi kaum seperti yang berlaku di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.