Musa Aman hanya pentingkan kuasa berbanding isu keselamatan

Saturday, 24 May 2014

Memandangkan pihak pemerintah Sabah terutamanya Musa Aman kurang agresif soal isu keselamatan masa kini di Sabah, biarlah saya sampaikan apa yang sepatutnya disampaikan oleh seseorang pemimpin dan pihak pemerintah..

Kepada seluruh rakyat Sabah, sila berhati-hati selalu kerana kita bimbang kecenderungan pengganas atau penjenayah melakukan penculikan akhir-akhir ini boleh berlaku bila-bila masa atau pada sesiapa sahaja. Awasi kanak-kanak, anak gadis, isteri dan jangan keluar berseorangan. Kes-kes penculikan selama ini hanya dikhabarkan sehari-dua kemudian senyap entah ke mana seolah-olah tiada kebimbangan langsung soal kes "culik" ini. Sangat berbeza di negara lain, kalau adanya kes berat seperti ini, laporan perkembangan sentiasa disebarkan untuk menunjukan bahawa mereka sangat mengambil berat dan prihatin. Tetapi di Malaysia khususnya Sabah, langsung tiada laporan susulan seolah-olah kes culik adalah perkara remeh berbanding isu politik dan kepentingan kuasa. - SUMBER

Greatt Michael Ya. Memang betul dan membimbangkan terutama yang berjauhan dengan keluarga. Kerajaan Sabah amat lemah berbanding Sarawak yang lebih mengutamakan kepentingan rakyatnya.

Sabah Sarawak Want Their Rights Back @ SSKM [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.