Atas dasar kemanusiaan, PATI bukan lagi kesalahan di Sabah

Monday, 12 May 2014

Atas dasar kemanusian, memang tidak salah pihak hospital memberikan perkhidmatan rawatan kepada PATI dengan BAYARAN MINIMUM. Tapi apa pula tindakan pihak hospital selepas PATI itu mendapat rawatan atau menderma darah? dibebaskan begitu sahaja tanpa dirujuk kepada pihak imigresen? ATAU, mungkinkah PATI ini sangat berguna; selain dari menderma darah (itupun kalau menderma), mereka juga bakal dikenakan cukai (GST) untuk menutup hutang negara dan membiayai kemewahan menteri-menteri umno/BN?

Menurut Dr Rundi, hospital di negeri ini tidak membeli darah, tidak sama seperti di negara-negara lain.

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan untuk menderma darah bagi membantu bank-bank darah di mana ada ketika ia tidak mencukupi terutama pada hari-hari perayaan. Musim perayaan menyaksikan banyak kemalangan berlaku.

Imigran, termasuk pendatang tanpa izin dikenakan bayaran minimum ketika menggunakan kemudahan perubatan di hospital-hospital yang dibiayai negeri, termasuk kes-kes membabitkan kemalangan dan kecemasan.

Di negeri ini, tidak harian melihat wad-wad bersalin di hospital awam dipenuhi oleh pendatang. Ini sering dipersoalkan oleh penduduk tempatan yang bertanya kenapa pendatang tidak didesak untuk menderma sebagai tanda terima kasih kepada kemurahan kerajaan.

Jurucakap dari unit bank hospital di sini berkata, mereka juga menerima darah daripada penderma pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja asing dari Indonesia dan Filipina. - FMT Borneo Plus

KENYATAAN DR. RUNDI INI JELAS MEMBUKTIKAN BAHAWA KEBANJIRAN WARGA ASING TANPA DOKUMEN PERJALANAN YANG SAH DI SABAH BUKAN LAGI SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA IMIGRESEN.. MEREKA (PATI) JUGA LAYAK MENDAPAT LAYANAN SAMA RATA DENGAN WARGA TEMPATAN DAN LAYAK MENIKMATI SUBSIDI YANG DIBERIKAN KERAJAAN UMNO/BN ATAS DASAR KEMANUSIAAN..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.