Pemandu kereta sapu rogol pelajar di Semporna

Friday 23 May 2014

TAWAU: Seorang pemandu kereta sapu berusia 22 tahun dihukum penjara 15 tahun 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol seorang pelajar kolej berusia 20 tahun.

Hakim Amelati parnell menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Mizan Hadiman, 22, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun yang sama.

Tertuduh melakukan perbuatan itu pada 9 Mei lepas kira-kira jam 7 petang di dalam kereta jenis Proton Iswara bertempat di lorong jalan mati di Jalan Island SS, Semporna.

Mengikut fakta kes, mangsa telah menahan sebuah kereta sapu yang dipandu tertuduh untuk ke Pekan Semporna bagi mengeluarkan wang untuk membeli makanan.

Setelah menaiki kereta tertuduh dan duduk di bahagian belakang, tertuduh telah singgah di Petronas Batu 2 sebelum berubah haluan denagan memberitahu mangsa mahu menghantar sound sistem ke rumah kawannya. Selepas itu tertuduh kemudian memandu kereta menuju ke Jalan Airport lama dan menuju Jalan Baru Pesisiran pantai untuk menuju ke Pekan Semporna.

Namun apabila tiba di Bulatan Tampi-Tampi, tertuduh telah berpatah balik menuju ke Kampung Tagasan, mangsa kemudian bertindak menghubungi kawannya.

Tertuduh kemudian bertindak merampas telefon bimbit mangsa, sebelum membawanya ke sebuah jalan mati lalu memberhentikan kereta dan bertindak mengunci kereta.

Tertuduh kemudian ke belakang tempat duduk mangsa lalu mencekik lehernya sebelum mengugut dengan menggunakan pisau lalu merogol mangsa.

Tertuduh kemudiannya berjaya ditahan polis, hasil maklumat kawan mangsa di Jalan Baru Pesisiran Pantai menuju Kampung Tagasan pada hari sama kira-kira jam 10.15 malam.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.