Perbualan bersama seorang kakak dari "Malaysia"

Monday 26 May 2014

"Selama ni dengar pengalaman kawan-kawan cakap pasal ni.. tak pasti betul atau tidak.. rupanya pengalaman seperti ini sangat menyakitkan hati. Tapi agak menggembirakan sedikit bila tahu sebenarnya selama ini saya belajar di luar negara..

Kepada semua Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Bagi pengetahuan generasi muda malaya, mereka kini dengan yakin bahawa "malaysia" itu adalah "tanah melayu". Memandangkan mereka telah berjaya dicuci otak oleh pemimpin dan warga pendidik mereka, maka anda semua jangan berasa rendah diri... Katakan kepada mereka...

Saya berasal daripada Negara Sabah @ Negara Sarawak.

Bila ditanya... Sabah dan Sarawak negeri lah dalam malaysia...

Katakan kepada mereka... 

Bila persekutuan tanah melayu merdeka?

Bila Persekutuan malaysia ini merdeka? Merdeka kah atau dibentuk?

Bila kemerdekaan Sabah dan Sarawak?

Siapakah pemimpin yang menandatangani perjanjian persekutuan 
malaysia di london pada 9 Julai 1963?

Dimanakah sudah kerajaan persekutuan tanah melayu yang pernah merdeka suatu ketika dahulu?

Kalau persekutuan tanah melayu telah bertukar nama kepada malaysia, maka kami Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak TIDAK BOLEH MENGANGGAP DIRI KAMI ORANG malaysia sebab melalui pemahaman ini persekutuan tanah melayu (malaya) itu adalah malaysia dan malaysia itu adalah malaya. ITU SALAH SAMA SEKALI!

Lagi pengalaman Sabahan dan Sarawakian ketika berada di "Malaysia"

Mathaeiou PenGyu tringat suatu ketika di kedah kena tanya soalan bonus "awak dari sarawak? sudah lma tinggal di malaysia?" Mgkn slama dia tgl dlm gua di banjaran titiwangsa sna.

Fadily Hamdan nda pa..bagi saja durg tu Malaysia.. kita kuar saja.. tengok dia blh senang ka tidak klu tia rompak hasil minyak Negara Sabah Sarawak

Romuald Leo RA Piong ini cerita pengalaman saya diri sendiri..1st time saya p negeri ....., semua orang, termasuk pemandu teksi, bos di tempat kerja, tuan punya kedai makan, n ramai lagi bertanyakan saya soalan begini.."1st time datang Malaysia ke"..and i was like, WTF!!

Noria Gima Sy pun ada pengelaman cam ni juga...1 st time sy kat subang ada seorg sales men tanya" awak org mana?" so sy jawab sy org Kch, Swk. Pas tu dia puji cara sy bercakap sama bunyi cam dia org ..x de pelat langsung...sy pun hairan jadi sy tanya dia kenapa? dia kata rata2x org indonesia klu bercakap mmang pelat indon tu x boleh tinggal...pas tu sy kata sy bkn org indon...dan lebih menyedihkan dia boleh bagitau sarawak tu bkn dlm indoensia ke???? sy pun tanya dia balik...u sekolah sampai darjah brapa (bkn Tingkatan) masa sekolah ada belajar tntg geo dan sejarah tak???...merah padam muka dia menahan marah....sy buat selamba jer..hahaha

Favius Marcus Hahahahaha....pengalaman saya suatu ketika dulu semasa study di semananjung .....pernah kena tanya oleh makcik gerai makan/resturant dan school mate or classmate........

"Awak ni dari Sabah ke?...Ini pertama kali datang ke malaysia?".......

Bell Bett Saya pun nak share pengalaman saya juga.di malaya kalau org2 tua lingkungan umur 60'an yg tanya dh lama duduk malaysia?sy tak hairan sbb mmg dia org xda belajar sejarah pembentukan malaysia.tetapi budak2 yg umur 20'an pun boleh tanya soalan yg sama.mcm tak pernah belajar sejarah,kuching pun dia org tak tahu kat mana.kasian aku tingok dia org tu buduh tahap gaban.ada juga tanya sarawak tu kat mana?

Viszahora G. Ramping Baru2 ni saya bercuti ke malaya bersama keluarga, masa sampai di malacca nak pergi ke hotel penginapan kami menaiki teksi..dalam perjalanan ditanya pemandu teksi kami dari mana, saya bagitahu kami dari Sarawak datang untuk bercuti. Pemandu teksi tanya lagi: "berapa lama nak dok Malaysia?.." senyum kelat saya jawab, "tak lama..." Malas nak banyak cakap..tapi hati sakit nyer...saya saja yang tahu..

Lai Musta jangan kata org biasa, pensyarah saya org sana pun bole kata "kalau yg d sabah sarawak tu,boleh la upload video dari portal, yg d malaysia ni senang la bole ikut live video streaming.. msh terngiang2 sampai skrg... punya konfiden punya ayat... bukankah kita belajar buku sejarah&geografi yg sama? mau kata xpndai,pensyarah pulak kejanya .... o_O'


Sabah Sarawak Want Their Rights Back @ SSKM [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.