Warga asing acu bakakuk ditembak mati

Tuesday, 13 May 2014

Kebanjiran warga asing di Sabah bukan ancaman kepada negara kata menteri umno.. Sebaliknya ancaman terbesar kepada keselamatan negara adalah kerajaan umno/BN..

LAHAD DATU: Polis terpaksa menembak mati seorang lelaki warga asing selepas bertindak mengancam nyawa salah seorang anggota dengan mengacu selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri jenis ‘bakakuk’, di sini kelmarin.

Dalam kejadian di Ladang G&G, Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd kira-kira jam 12.15 tengahari itu, suspek dikenali sebagai Rahman Tabu @Paman @Kumis, 49, mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di bahagian paha kanan dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mamah dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu berkata, berdasarkan kejadian pada 11 Mei lalu (Ahad) itu, sepasukan tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD telah ke tempat kejadian untuk menahan suspek selepas menerima laporan kira-kira jam 9 pagi yang menyatakan suspek disyaki terlibat dalam kes ugut seorang penolong pengurus ladang.

Katanya, sebaik tiba di kawasan rumah suspek pada jarak lebih kurang 90 kaki, telah melihat suspek sedang mendukung seorang bayi berusia 7 bulan yang merupakan cucuknya sambil menyandang senapang di bahu kanannya.

“Setelah beberapa kali anggota kita mengeluarkan arahan supaya suspek menyerah diri, suspek kemudiannya bertindak nekad dengan meletakkan bayi itu dan terus mengangkat senjata lalu meluru ke arah polis sambil mengacukan senjata ke arah salah seorang anggota yang berada di situ.

“Suspek terus mara ke arah salah seorang anggota sehingga jarak 14 kaki dan pada ketika itu, anggota kita terpaksa melepaskan satu das tembakan pada kaki kanan suspek dengan tujuan agar suspek menyerah diri.

“Bagaimanapun, keengganan suspek menyerah diri membawa kepada maut selepas dia dikatakan terus mara ke arah anggota terbabit sambil mengacukan senjatanya, di mana polis terpaksa melepaskan satu lagi das tempakan yang mengenai badan suspek,” katanya sambil menambah, suspek kemudian rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Omar berkata, berikutan kejadian itu polis turut merampas sebatang lembing dan sebutir peluru hidup, manakala mayat suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Tambahnya, polis kini masih meneruskan siasatan berhubung punca suspek bertindak agresif dan mengugut pekerja ladang.

Sementara itu, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

Sabah Sarawak Want Their Rights Back @ SSKM [Petition Background / Sign Petition]

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.